Home OCEANIA Australia Driving in Perth Australia | Apa yang Anda Perlu Tahu

Driving in Perth Australia | Apa yang Anda Perlu Tahu

5524
5
DSC00258
Driving in Perth Australia | Apa yang Anda Perlu Tahu

Driving in Perth Australia | Apa yang Anda Perlu Tahu. 3 hari 2 malam aku berseorangan di perth Australia. Kali ni aku just nak cerita tentang cabaran dan keseronokan aku memandu di Australia ni. Part percutian dan tempat menarik di Perth Australia aku cerita lain kali lah. Masih dalam mood recovering setelah penat berpacking di Perth.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, untuk memandu di Australia ni tidak memerlukan lesen antarabangsa. Sebelum ni aku ada post dalam facebook untuk mintak pendapat tentang “Perluke lesen antarabangsa untuk memandu di Australia?” Dan ramai jugak yg cakap perlu dan ada jugak yang cakap tidak.


DSC00285

Dan Alhamdulillah memang tidak perlu pun lesen antarabangsa untuk drive di sana. Lesen memandu Malaysia yang baru ni dah dalam dwi bahasa jadi boleh diguna pakai di sana.

Untuk pemanduan pula stering kereta sama macam Malaysia iaitu belah kanan.

Tentang sewa kereta di sana banyak ke company yang ada di Airport cuma peringan utk sesiapa yang nak sewa kereta semua bayaran perlulah dari kad kredit/debit. Tunai x diterima. jadi sila spare sikit duit dalam akaun yer.

Harga kereta pula x mahal sangat pun utk sehari dalam AUD50 utk 2 hari. Memang murah kan? TAPI jagan terpedaya banyak lagi benda2 lain nak kena amik. Kira pakej sekali lah.

Ni pakej yg aku amik utk kereta HYUNDAI HY I30 1.8L.

  • GoZen – AUD72 (2 days)
  • Licenses and Fees – AUD13.50
  • Administration Fees – AUD5.35
  • Premium Station Surcharge – AUD26.89
  • Payment Card Fee VI – AUD3.05
  • Customer Choice – AUD20
  • Basic Rental – AUD47.30
  • Deposite – AUD200
  • Insurance – AUD35
  • Tax – 10%

Untuk GoZen atau GPS tu aku rasa better tak payah amik lah. Aku pun guna Waze jer kat sana lagi senang. Dan satu lagi diorng akan mintak deposite ye sebanyak AUD200.

Itu jelah pasal harga then utk minyak kereta dia bangi full dan masa korang return pun kena full jugak kalau diorang akan tolak deposite.

DSC00172 DSC00294 (1)

Driving in Perth, Australia

Sepanjang pemanduan di sana memang best giler. Dari segi jalan kalau nak compared dengan Malaysia memang jauh beza. Walaupun jalan kat sana ada yang bertampal tapi masih lagi sekata. So memang x ada bumping lansung naik kat sana.

Kalau naik kat Malaysia ni memang rasa macam naik kuda.

Kat sana x der tol. Kalau kat sini nak gi 15KM je pun dah kena lalu 40 tol. Macam harem jer.

Pemandu kat sana memang berhemah. Tiap kali nak ke kiri atau kanan memang depa akan bagi signal.

Traffic light banyak tapi x de pun yang langgar traffic light.

Pemandu kat sana x ada yang memandu sambil pegang Phone.

Kalau minum x boleh drive walaupun tak mabuk

Part paling best bila aku drive dari Perth city ke Pinnacle utk tgk sunset. Memang view yang tersangat ohsem. Cantik gila!!!! Udara sejuk. Buka tingkap lagi best dari buka air corn.

Kalau korang bertuah korang boleh tgk kangaroo atau burung kiei melintas. Aku sempat tgk burung kiwi melintas je tapi x sempat nak snap pic lak sebab aku dah tutup kamera.

Anyway kalau korang ke Australia korang patut try driving kat sini memamg seronok!!!

DSC00296 (1)

DSC00288 (1)

DSC00286 (1)

IMG_4082 IMG_4086 IMG_4087

IMG_4379 IMG_4438

5 COMMENTS

  1. wah! bestnya dapat self drive kat Perth. Saya pernah self drive pun masa ke UK beberapa tahun lepas.

    Pemanduan diorang memang berhemah. Perjalanan 16 jam hanya lalu satu tol berharga 30 pense. Accident memang tak nampak sepanjang perjalanan. Kalau kita setiap 10-20km mesti ada accident. huhuh

    thanks. Mungkin lepas ni nak ke sana plak dengan self drive.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here