Persediaan Bercuti di Perth, Australia

Persediaan Bercuti di Perth, Australia. Percutian yang tidak di rancang sebab tetiba jer macam terbeli tiket ke Perth. hehe. Aku pilih perth kerana antara banyak banyak destinasi di Australia, perth paling murah. Lagipun dari KL ke Perth hanya mengambil masa 4 jam sahaja. SO bagi korang yang teringin nak jejakkan kaki di bumi Australia apakata korang bermula dengan perth dulu. Air Asia dan Malindo Air biasanya murah je tiket..

Dan Australia memerlukan visa ye untuk ke sana. tapi no worries visa ke australia boleh apply secara online harga dalam 35AUD. Tempoh approved dalam masa 24 jam dan sah untuk jangka masa setahun.

Tapi kalau apply by travel agency boleh dapat dalam harga RM30 jer.

Dah settel visa aku setelkan planning itinerary pulak. maklumlah bila pergi secara solo ni byk benda nak kena study. rasa macam buat assignment pun ada. Hotel, Flight dan kereta sewa semua boleh booking secara online. So x perlu risau pasal benda tu. Melalui pembacaan aku di dalam blog-blog travel, travel ke perth ni x susah. tapi depa katalah. Bila sampai sana nanti baru tau keadaan macam mana.

12196006_10205434080355380_6396088176690522095_n

Selamat tukar duit. Ketaq tangan woii sebab RM banyak jatuh

So far semuanya dah setell tunggu untuk fly jer.

Bajet so far sebelum fly

  • Visa (AUS 35)
  • Kereta Sewa (AUS111)
  • Hotel 3 hari 2 malam (RM650)
  • Flight – Pergi/Balik (RM1200)
  • Lain-lain (RM150)

Check List

  • Check in Flight
  • Medicine
  • Camera
  • Tukar duit
  • Packing brg2
  • Passport
  • Travel adapter
  • Toiletries
  •  Itinerary

Nasib baik fly masa summer so x byk preparation yg nak kena buat. Apapun semoga sepanjang penerbangan selama 5 Jam 30 Minit dari Kuala Lumpur selamat sampai. Serius jugak kadang2 bila teringat kat MH17 dan MH370. Sekarang ni flight pun byk yg terhempas. Terbaru flight dari Rusia kalau x silap aku.

.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.
.
THIS WEBSITE SPONSORED & SUPPORT BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & #kelabbloggerbenashaari
.
“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge