Travel Ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna Dan Tawau Dalam 5 Hari | Tempat Menarik Di Sabah. Sabah merupakan antara negeri yang sangat kaya dengan lautan yang cantik, air yang jernih, Hutan tropika tertua di dunia juga terletak di Sabah. Sebab itulah, Sabah merupakan destinasi pelancongan yang cukup popular di Malaysia. Tidak hairanlah tiket nak ke Sabah lebih mahal dari travel ke Indonesia.

Tapi jangan risau pasal tiket flight sebab dengan adanya Air Asia korang boleh dapatkan tiket ke Sabah dengan harga yang sangat murah. Tu kalau korang pandai beli dan ambil peluang. Lagi-lagi bila Air Asia ada buat promo. Selalulah keep update dengan Air Asia ya. Percayalah korang tak kan menyesal. Pi follow twitter, facebook dan instagram Air Asia cepat!

Sabah! Bahagian timur Sandakan – Lahad Datu – Semporna – Tawau

Untuk trip kali ini aku luangkan selama 5 hari di timur sabah. Antara destinasi dalam persinggahan aku adalah Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. 4 destinasi ini cukup-cukup untuk cover dalam masa 5 hari. Memang padat tapi dengan cuti yang limited untuk cover 4 bahagian ni pun dah kira berbaloi.

Sandakan

Ok aku mulakan dengan Sandakan. Ini kali kedua aku ke Sandakan. Jika sebelum ini aku touch down kat Sandakan dan terus ke Kinabatangan untuk Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Review. Serius berada di hutan tropika Sabah memang sangat menenangkan. Di kelilingi oleh pelbagai spesis monyet dan menyelusuri arus sungai Kinabatangan pada waktu malam dan pagi memang satu pengalaman yang cukup berharga. Tetapi bukan itu yang hendak aku cerita untuk trip kali ini.

Kali ini aku fokus di bandar Sandakan. Sebab last time memang tak sempat nak berjalan-jalan di Sandakan jadi ni kira trip revenge lah ni.

Sepilok Rehabilitation Centre

Apa yang aku boleh katakan bandar Sandakan ni sangat bersih dan kalau korang ni jenis suka bangunan lama datanglah kat sini. Banyak bangunan penuh sejarah. Walaupun lama bangunan ini masih dijaga dengan baik. Dan paling best cuaca kat sini sejuk tapi tak sejuk sangat dan tak panas. Ah susahlah nak explain.

Lagi satu apa yang aku paling suka Seafood di Sandakan adalah antara yang paling murah di Sabah. Penggemar seafood korang datanglah Sandakan kalau nak makan makanan laut ni.

St. Michael & All Angel’s Church
Agnes Keith House & English Tea House

10 Tempat Menarik di Sandakan

  • Borneo Sunbear Conservation Centre
  • Sepilok Rehabilitation Centre
  • Rainforest Discovery Centre
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
  • Lunch at Ikan Bakar Pasar Sim-Sim
  • Puh Jih Shih Temple
  • St. Michael & All Angel’s Church
  • Agnes Keith House & English Tea House
  • Dinner at Seafood Sim Sim Kau Kee
  • Four Points by Sheraton Sandakan – #fourpointssandakan

Okay di sebabkan kalau aku nak huraikan 10 tempat menarik di Sandakan ni satu persatu alamatnya memang panjanglah artikel aku kali ini. Jadi untuk jimatkan masa aku dan juga masa korang untuk membaca aku skip dulu. Nanti aku akan update secara detail lagi untuk 10 tempat ini.

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Lahad Datu

Satu malam dekat Sandakan, esok pagi kami teruskan perjalanan ke Lahad Datu. Sebelum mulakan perjalanan kami breakfast siap-siap di San Da Gen Kopitiam. Ok kafe ni sangat popular dekat sini. Rugi kalau korang tak singgah. Banyak makanan sedap dan tradisional kat sini. Dan jangan lupa cuba UFO tart. Sangat famous nih! Sedap.

San Da Gen Kopitiam

Selepas breakfast kami teruskan perjalanan ke Lahad Datu yang mengambil masa hampir 3 jam perjalanan menggunakan kereta. 3 jam tu baru sampai kat Lahad Datu yer. Destinasi aku yang seterusnya adalah dekat Tabin Wildlife yang akan mengambil masa lagi 1 jam 30 minit.

Orang kata Lahad Datu ni bahaya dikawal oleh tentera lepas tu dengan krisis Sulu membuatkan ramai yang takut nak datang Lahad Datu. Ok sini aku nak betulkan keadaan di Lahad Datu bukanlan seperti korang bayangkan. Bandar LD selamat dan macam bandar-bandar lain juga. Kedai makan buka, korang boleh jalan-jalan dekat town. Tak bahaya aih. Jangan risau kalau nak datang Lahad Datu yer. Meh meh..

Tabin Wildlife ni terletak di pedalaman. Ambil masa 1.5jam driving oleh pemandu dari Tabin Wildlife. Sebab jalan dia sangat kecil dan sepi. Macam korang masuk dalam hutan. Sebelum mulakan perjalanan yang mencabar ni kami singgah lunch dulu dekat bandar Lahad Datu. Isi perut selepas 3 jam perjalanan lepas tu nak sambung lagi 1.5jam. So tambah lagi membuta dalam kereta… Jadi kerja kami hari kedua tidur sahajalah sebab aktiviti akan bermula sebaik kami jejakkan kaki di Tabin Wildlife Resort. Ada aktiviti malam!

Tabin Wildlife Resort
Tabin Wildlife Resort

Perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan yang penuh kehijauan, sepanjang perjalanan kami ada dengar bunyi Gajah. Bukan main excited lagi masa tu dengan harapan akan jumpa Gajah. Tapi menurut pemandu pelancong, Gajah dah bergerak ke tempat lain. Kemungkinan nak jumpa Gajah tu agak tipis. Tapi tahi gajah adalah kami jumpa.

Tabin Wildlife

Feeling bila datang kat tempat ni memang lain macam weh. Lagi-lagi kalau korang jenis tinggal dekat hutan batu. Dapat dengar bunyi alam dan sungai pun dah buat korang rasa tenang. Di keliling dengan pokok-pokok serta aliran sungai dan juga ditemani oleh sang monyet buatkan korang akan hargai kehidupan korang. Tapi aku nak ingatkan kalau boleh jangan dekat dengan monyet kat sini sebab mereka agak nakal sikit. Biasalah hidupan liar kan. Hormat sikit sebab kita datang tempat dia.

Mud Volcano
Air Terjun Lipad

Ok nak cerita sikit pasal monyet ni. Hari terakhir sebelum balik kami punyalah excited nak mandi sungai tepi resort ni. Sekali penuh dengan monyet. Kami punyalah tunggu dekat 30 minit biar mereka habis mandi dulu tapi hampeh. Nampaknya dia tak benarkan kami mandi kat sini. Mereka lepak kat sungai tu sampailah kami putus asa nak tunggu. Last-last mandi kat resort jelah. Elok ja kami dah siap mandi mereka pun blah dari sungai itu..hahaha kohaja betul.

Selepas check in, kami ambil masa untuk freshkan diri, mandi sebelum mulakan aktiviti di hari kedua. Aktiviti dimulakan dengan jalan-jalan di sekitar resort. Sebagai permulaan boleh lah untuk panaskan badan.

Balik dari jalan-jalan, bersihkan diri dan terus dinner. Makanan not bad lah untuk dalam hutan. Sedap! Ada seafood lagi, ada rusa. Perghh! First time juga aku makan daging rusa. Lepas dinner kami teruskan aktiviti waktu malam.

Aktiviti ni untuk tengok hidupan liar yang keluar waktu malam sekitar resort ni. Kami naik jeep bukan jalan kaki. Sepanjang aktiviti banyak juga binatang kami jumpa. Paling excited tengok kucing hutan. Selain tu ada jumpa babi hutan (so cute), musang pandan, musang kat atas pokok (tak pasti ianya spesis musang pandan ke musang lain sebab musang pandan duduk kat bawah), kucing batu dan macam-macam lagi lah.

Paling tak leh bla pesanan jaga-jaga kalau jumpa musang makan ayam tepi jalan. Sampai kesudah aku fikir benda tu biasa. Semasa aku membesar orang tua-tua memang cakap musang makan ayam. Tapi bila dah besar setahu aku musang makan buah. Hahaha. Dah balik baru diorang bagitau maksud musang makan ayam tu apa benda. Harre betoilah. Selepas 28 tahun baru aku faham maksud nenek aku dulu cakap musang makan ayam nak bagi aku tidur awal.

Air Terjun Lipad
Air Terjun Lipad

Satu lagi aku suka tentang kawasan pedalaman ni adalah langit yang sangat biru waktu siang dan malam korang boleh tengok pelbagai bintang. Shooting star dan buruj. Dah lama tak dapat tengok langit clear macam ni. Kalau kat KL jangan haraplah nak jumpa langit macam ni setiap masa kelabu biru jer.

Kesokkan paginya, kami awal lagi jam 5.30 dah siap breakfast dan bergerak untuk sesi Morning Bird Walking. Pejalanan ambil masa 30 minit. Tempat pertama kami singgah adalah Mud Volcano. Jangan tak tahu kat Sabah pernah ada Volcano satu ketika dahulu. Kalau tak silap namanya Gunung Berapi Maria. Kalau salah mapunkan daku ya. Tak dengar betul-betul apa yang guide tu cakap. Kat Mud Vocano ni masing-masing kena calit sikit kat muka elok untuk kulit wajah katanya. Sebab tu kulit aku bersih. Gituh!

Dah puas main Mud kami gerak mandi air terjun Lipad. Bolehlah mandi-mandi sekejap bersihkan badan. Bagi aku mandi no 2 yang penting kena bergambar. Air dia sejuk cuma agak keruh mungkin hujan semalam.

Semporna

Hari ketiga kami teruskan perjalanan ke Semporna. Dari Lahad Datu dalam 2 jam jer. Tapi jalan agak mencabar. Harap bersabarlah ye semasa driving. Sampai agak petang. Semporna adalah salah satu destinasi impian aku sejak kecil lagi. Bila lihat dokumentari pasal Semporna aku sentiasa excited. Akhirnya dapat juga aku sampai kat sini. Thanks to Air Asia dan Sabah Tourism Board untuk trip yang awesome ni.

Bohey Dulang
Bajau Laut Village
Bajau Laut
Rumah orang bajau laut

Kami stay di Scuba Tiger Semporna Holiday Resort. Betul-betul tepi laut. Petang-petang boleh lepak kat tepi laut dengan pemandangan yang cantik. Air dia perghh jernih weh. Katanya kat sinilah tempat yang Maya Karim shooting dalam filem Duyung tu kot. Ala yang dalam sangkar tu.

Scuba Tiger juga yang bawa kami pergi Tun Sakaran Marine Park. Antara pulau yang sempat kami singgah adalah Bohey Dulang, Mantabuan Island dan juga Sibuan Island. Dalam perancangan nak daki bukit kat Bohey Dulang tapi sayang tak dibenarkan sebab hari sebelumnya hujan. Jadi trek agak licin dan merbahaya. Dengan berat hati terpaksa batalkan sahaja. Nampaknya kena datang lagi nih! Definitely.

Semporna
Bajau Laut Village
Bajau Laut Village
Bajau Laut Village

Air dia weh.. memang tak leh lupa. taraf-taraf Maldives beb! Ha lagi satu nak rasa fresh seafood pun memang sesuai datang Tawau. Kalau nak ambil pakej Scuba ke apa ke boleh hubungi Scuba Tiger Semporna Holiday Resort.

Tawau

Akhirnya sampai ke destinasi terakhir. Dari Semporna nak ke Tawau tak jauh sangat dalam 1 jam sahaja. Kami sampai di Tawau dah dekat malam. Jadi aktiviti akan bermula pada keesokkan harinya.

Tawau Hills Park – Bombalai Hill
Tawau Tanjung Market
Tawau Tanjung Market
Columnar Basalt at Giram Nek Legek, Kg. Balung Cocos

Pagi hari lepas breakfast kami buat aktiviti hiking dalam misi mencari pokok tropika tertinggi di dunia setinggi 194meter. Laluan just okay tak tuff sangat dalam 20 minit sahaja. Tapi ada pacat! Kalau korang sejenis takut dengan pacat sila bawa siap-siap insect repellent.

Balik dari hiking kami singgah kejap di Teck Guan Cocoa Museum, kat sini kami akan mengenali cara-cara membuat koko dan produk keluaran koko. banyak juga kegunaan koko ni rupanya. Masa kecil-kecil dulu selalu lah aku makan buah koko sebab kat belakang rumah aku ada pokok koko yang aku tanam sendiri yer.

Seperti biasa sebelum balik semenanjung kami singgah kat Tawau Tanjung Market untuk bawak balik sedikit cenderamata. Korang kalau nak cari ikan bilis mata biru atau keropok yang popular di Sabah sila datang kat Tawau Tanjung Market. Aku tak beli apa pun memandangkan lagi beberapa hari dari tarikh trip ni aku pun akan jadi orang Sabah. Lagi seminggu kot akan datang balik ke Kota Kinabalu untuk my first wedding dengan orang Sabah.

Columnar Basalt at Giram Nek Legek, Kg. Balung Cocos
Sedap pulak biskut dari produk koko ni

Otw ke airport kami singgah sekejap di Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg. Balung Cocos. Apa benda tu? tempat ni adalah air terjun batu bersusun kalau dalam bahasa melayunya. Air terjun ni satu satunya air terjun yang terjadi akibat gunung berapi dan korang boleh berdiri di atas batu yang bersusun tu. Sayang sekali masa tu aku dah pun pakai pakaian nak balik KL dah kalau tak memang mandi gak kat situ. Tempat ni masih ramai lagi yang belum tahu. Antara Hidden Gems di Sabah!

Dengan itu berakhirlah sudah #VacaywithAirAsia kami!

Oklah aku bagi sinopsis secara ringkas tentang trip ini ya. Aku tahu korang jenis malas nak membaca.

Day 1, 29 October 2018, Sandakan

  • Borneon Sunbear Conservation Centre (Tempat Menarik)
  • Sepilok Rehabilitation Centre (Tempat Menarik)
  • Rainforest Discovery Centre (Tempat Menarik)
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary (Tempat Menarik)
  • Lunch at Ikan Bakar Pasar Sim-Sim (Tempat Makan)
  • Puh Jih Shih Temple (Tempat Menarik)
  • St. Michael & All Angel’s Church (Tempat Menarik)
  • Agnes Keith House & English Tea House (Tempat Menarik)
  • Dinner at Seafood Sim Sim Kau Kee (Tempat Makan Seafood)
  • Four Points by Sheraton Sandakan – #fourpointssandakan (Stay)

Day 2, 30 October 2018, Lahad Datu

  • San Da Gen Kopitiam (Breakfast)
  • Tabin Wildlife Resort (Stay)

Day 3, 31 October 2018, Semporna

  • Mud Volcano (Tempat Menarik)
  • Lipad Waterfall (Tempat Menarik)
  • Scuba Tiger Semporna Holiday Resort – #TheScubaTigerExperience (Stay)

Day 4, 1 November 2018, Tun Sakaran Marine Park

  • Bohey Dulang (Tempat Menarik)
  • Mantabuan Island (Tempat Menarik)
  • Sibuan Island (Tempat Menarik)
  • LA Hotel Tawau (Stay)

Day 5, 2 November 2018

  • Tawau Hills Park – Bombalai Hill (Tempat Menarik)
  • Teck Guan Cocoa Museum (Tempat Menarik)
  • Tawau Tanjung Market (Tempat Menarik)
  • Columnar Basalt at Giram Nek Legek, Kg. Balung Cocos (Tempat Menarik)

Artikel ini hasil kerjasama dengan Sabah Tourism Board dan Sponsored by Air Asia. Special Thanks to all who makes this journey very Awesome. Faizal Fredley – Desember 2018 #VacaywithAirAsia #sabahtourism #sabahokbah #AirAsia


Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge