Home Japan Ehime Kembara Jepun 5 Hari di Chugoku & Shikoku (Summer)

Kembara Jepun 5 Hari di Chugoku & Shikoku (Summer)

5740
1

Chugoku dan Shikoku ialah kawasan paling barat di Honshu. Di dalam Chugoku ada 5 prefectures iaitu  Hiroshima, Okayama, Shimane, Tottori, dan Yamaguchi. Manakala Pulau Shikoku terdapat Ehime, Kagawa, Kochi, dan Tokushima.

Sepanjang 5 hari trip aku ke dua buah kawasan ini aku sempat cover hanya beberapa bahagian sahaja iaitu Hiroshima, Kagawa, Okayama dan Ehime. Kalau nak cover semua mungkin aku kena lanjutkan trip kali ini selama sebulan. Memandangkan aku hanya ada masa selama 5 hari jadi inilah destinasi yang ada di dalam list aku kali ini.

Perjalanan aku untuk trip kali ini. Dari KIX – Okayama – Kagawa – Ehime – Hiroshima – KIX

Untuk akses ke tempat ini korang boleh ambil flight dari KL ke Kansai International Airport (KIX). Ada Air Asia X direct terbang ke sini. Selain tambang murah, Air Asia X juga menawarkan penerbangan ke KIX 2 kali sehari.

Penerbangan dari KL ke Kansai Airport melalui AAX yg mengambil masa lebih kurang 7 jam. Eta 6jam 30minit. Fight kami pagi jam 8am so agak rushing sikit lah. Aku dari Puchong gerak jam 6am. Patutnya kalau nak selamat kena sampai 2 jam sebelum. Tapi kalau lambat juga sampai kat KLIA2 terus ke kaunter T16 or S16 utk last minit check in. InshaAllah boleh lepas lagi. Aku sampai kol 7.10am. Lagi satu tiket aku premium flex jadi tak ada masalah sangat

Flying with Air Asia X

Untuk lebih tenang semasa pernerbangan kami diberikan premium tiket dimana kami boleh menikmati AirAsia Premium Red Lounge. (Sebab aku sampai lambat jadi tak sempat nak merasa red lounge)

Sampai KIX jam 3pm waktu Malaysia. Kat Kansai waktu lebih awal 1 jam. Sekarang kat Jepun musim panas. Jadi prepare barang2 musim panas lah utk di bawak. Baju tshirt nipis2 sudah. Then kebiasaanya kat sini akan hujan waktu summer.

Tips: sila bawa baju yg mudah kering dan sediakan payung.

Shinkansen

Termasuk kali ini adalah kali kedua aku sampai ke Kansai Airport. Di Kansai ada di sediakan tempat solat untuk pelancong muslim. Kalau tak silap di tingkat 2 bahagian hujung. Tempat solat agak selesa dan luas. Owh satu lagi kalau sampai awal tu boleh sewa bilik mandi kat airport. Tak mahal sangat pun. Boleh lah nak bersihkan badan. Memandangkan aku sampai ngam-ngam je aku tak perlu nak sewa untuk mandi. But aku dah pernah try before this. Not bad!

Banyak aktiviti dan tempat-tempat best aku sempat buat sepanjang 5 hari di sini. Destinasi pertama kami tuju adalah Okayama Prefecture.

Okayama merupakan salah satu city yang terdapat di Chugoku. Bandar ini begitu kaya dengan sejarah terutama jikalau korang peminat sejarah tentang peperangan dunia kedua. Aku nak cerita tentang sejarah dunia kang korang mengantuk pula nanti. So aku skip je lah part sejarah tu yer.

Great Seto Bridge (Gambar Google)

Dari KIX ke Okayama kami ambil Haruka Express ke Shin-Osaka Station dan dari Shin-Osaka we take Nozomi Shinkansen to Okayama Station. Wow first time aku naik Shinkansen yang famous tu. You know what? Dari Osaka ke Okayama hanya mengambil masa sekitar 50 minit sahaja. Dalam Shinkansen ni suasana dia macam dalam flight. Tapi ada tempat untuk smoking.

Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan view yang sungguh menarik. Dan paling excited kami merentasi Great Seto Bridge yang menghubungkan Okayama dan Kagawa. Kalau korang perasan jambatan ni macam jambatan yang ada kat Amerika tu. Cantik sungguh!

Granvia Okayama Hotel

Sampai di Okayama kami terus check di Granvia Okayama Hotel. This hotel is awesome. Connecting dengan Okayama Station menjadikan hotel ini pilihan terbaik buat pelancong yang datang ke Okayama. Berhampiran hotel ini juga ada 7 Eleven dan beberapa lagi Convenient Store. Ini salah satu tip mencari hotel ketika travel. Cari hotel yang berdekatan dengan train station dan juga kedai 24 jam.

Hotel ini menjadi pilihan juga kerana ianya mesra muslim. bagi pelancong muslim kalau datang ke Okayama boleh stay sini. Di tingkat dua, mereka menyediakan ruangan untuk solat. See bagus betol hotel di Jepun ni. Aku dah jumpa banyak hotel di Jepun yang sediakan ruangan solat kat hotel ni. Semasa trip ke Hokkaido pun diorang ada sediakan ruangan solat untuk pelancong muslim.

ruangan solat tingkat 2

Selain ruangan solat, makanan di hotel ini juga mesra muslim dimana mereka menyediakan Halal-certified meat, non-pork dan juga non-alcoholic menu.

Kami di sajikan dengan hidangan yang  cukup membuka selera kami setelah seharian perjalanan dari KL ke Okayama. Menu hari ini adalah Scallops with Lemon Coulis Sauce, mushroom soup, Lamb Chops with Checca Sauce, Mango Sherbet.

Rasa? Fuh tak payah cakap lah. Gerenti sedap! Kalau tak caya boleh tanya Kak Emila dan Poji. Aku bagi 5 bintang untuk makanan di Olivier Restaurant.

Dah selesai sesi menternak lemak kami terus masuk bilik masing-masing. Dah penat semua dah. Masa untuk berehat. Sebelum berakhirnya hari pertama aku di bumi Jepun ini aku sempat jalan-jalan sekitar hotel untuk melihat suasana Okayama di waktu malam. Malam yang tenang. Kembali ke hotel dengan view yang cukup memukau menghadap celahan bangunan serta Okayama station dan juga Shiyakusho-suji Avenue.

View from my room

Berakhirlah sudah diari hari pertama. Bagi korang yang nak explore Okayama secara total aku sangat-sangat recommend. Banyak lagi tempat menarik di Okayama yang korang boleh pergi.

Hari Kedua

Cantik betul tempat ni

Lepas breakfast kat hotel kami terus ke aktiviti pertama kami iaitu peach picking. Okayama ni memang terkenal dgn buah peach. Korang boleh jumpa sepanjang jalan ada buah peach. Tp ikut musim jugak lah.

Kami gerak dengan kereta. Kalau korang sewa kereta boleh lah ke sini. Dalam 1 jam drive gitu. Sepanjang perjalanan korang akan di hidangkan dengan pemandangan kehijauan yg pastinya memukau mata anda. Fresh. Banyak tanaman padi juga di sini. Sekali imbas macam di Perlis. Eh

Peach picking di Tomomien garden.

Peach picking

Kat sini majoriti is white peach (kameda). So dia ajar cara-cara nak ambil buah ni. Buah peach kat sini besar. Macam buah epal. Tak macam kat pasaraya di Malaysia. Maybe jenis lain kot.

Selain buah peach kat sini juga ada buah anggur. Tapi kalau nak rasa buah anggur boleh datang pada bulan september. Masa utk picking buah peach pada awal julai hingga awal ogos. Jangan datang masa winter pulak. Tak de org nak petik buah musim sejuk.

Buah Anggur (dibuka pada September)

Lepas petik tu korang kena tunggu lebih kurang 4 hari nak biarkan buah tu masak. Nak tau dah masak ke belum boleh bau. Kalau bau dah keluar tu maknanya dah boleh makan. Bukan petik terus boleh makan ye. No no no. Kena tunggu dulu bagi masak. Pastu cuci buang bulu bulu dia. Then makan..

Dah alang-alang datang sini korang kena try juga ais krim peach. Banyak kedai area sini jual ais krim ni. Masa aku singgah salah satu kedai kat sini, aku agak terkejut dengan harga buah peach. Satu bakul ada dalam 4 biji harga lebih kurang 1750 yen. Convert ke RM lebih kurang RM65.

Lokasi: Tomomien Garden

Tiket: ¥1800 (Termasuk petik 2 biji dan makan)

Okayama Korakuen Garden

Korakuen Garden

After that, kami gerak ke Okayama Korakuen atau pun Okayama Castle. Bagi mereka yang minat building historical sesuailah datang sini. Kat sini ada garden yg cantik sangat. Tapi sayang masa kami sampai hujan then angin pun kuat sikit nak ambil gambar pun susah. Musnah jugalah payung aku. Tapi tetang ada view yang cukup menarik. Kehijauan mata memandang membuatkan diri ini seakan bersatu dengan alam sekitar. Wahhh

Actually taman ni cukup luas. Banyak juga spot-spot menarik untuk bergambar. Dah alang-alang sampai tu aku pusing satu taman terus.

Say hi to my anak ikan

Korakuen Garden merupakan salah satu garden yang terbesar dari 3 taman di Jepun. Dibina pada tahun 1700 oleh Ikeda Tsunamasa, Lord of Okayama taman ini sudahpun mencecah usia sekitar 300 tahun. Di taman ini juga mempunyai sebuah istana yang bersejarah iaitu Okayama Castle. Siap di bina sepenuhnya pada tahun 1597. Menurut sejarah, istana ini terselamat dari dibom satu ketika dahulu. Kalau korang ada masa pergilah melawat istana tu sekali.

Dari kejauhan Okayama Castle tampak cukup gah berwarna hitam putih yang di ambil bersempena Crow Castle atau “castle of the blackbird”.

Dah habis pusing taman kitaorg makan kat area sini. Ada satu restoren boleh request halal food. Makanan sini Japanese style. Kalau kena tekak boleh lah makan. Aku jenis main bedal je. So i have no problem with the food here. Tapi aku ada try sejenis makanan tu macam belut tapi bukan belut, first aku rasa memang tak leh masuk mulut sebab terbayang makan belut.

Okayama Islamic Centre

Singgah melaksanakan kewajiban

Dah habis makan kami singgah di Okayama Islamic Centre utk solat. Tak jauh pun dari Okayama Korakuen. Boleh jamak terus ye. Travel bukan alasan utk tinggal solat. Kat Jepun ni punyalah banyak tempat boleh solat.

Kurashiki Bikan Historical Area

Dah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim di Okayama Islamic Centre kami terus gerak ke Kurashiki Bikan historical area. Tempat ini ala-ala macam Venice sebab ada canal yang cantik. Kiri-kanan di penuhi dengan bangunan kedai yang bersejarah.

Apa yang aku boleh katanya Kurashiki, in Okayama Prefecture, worths a visit for its historic district, the Bikan. Canals, Edo storehouses, museums, nice gift shops and cafes, it has everything for a perfect day!

Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam di sini.

Setelah puas menghabiskan masa di sekitar Kurashiki, kami terus bergerak ke hotel untuk check in. From Kurashiki, we took the train back to Okayama Station and then travelled to Takamatsu on a Marine Liner. Dengan ini berakhirlah kisah kami di Okayama Prefecture .Hotel kami di hari kedua adalah JR Hotel Clement Takamatsu. Paling best aku dapat view menghadap laut. Sungguh cantik sekali.

Owh selepas check in kami keluar makan di Tempura restaurant dekat Daikumachi area. Hanya 5 minit jalan kaki dari hotel kami. Disepanjang perjalanan ada kedai-kedai 5 start kalau jenis suka LV, Chanel semua tu bolehlah singgah. Tapi kedai tutup jam 9 malam.

Episode seterusnya di Kagawa Prefecture!

Hari ke 3

Ritsurin Garden 

Rasa macam berada dalam dun ia farytale

For the third day in Takamatsu we went to the beautiful Ritsurin Koen Park. Built around 1620 is now one of the most beautiful park in Japan.

After breakfast kami terus ke Ritsurin Garden. Take about 15 minit from our hotel. Antara 2 garden bertaraf 3 bintang di Shikoku Island.

Ritsurin Garden mempunyai lanskap yang terbaik pernah aku tengok. Sungguh mempesonakan. Kalau korang sering tengok cerita Jepun dulu-dulu macam ni lah garden dia. So classic.

Japanese maple leaves are amazing in Autumn when it turns red, but also has beautiful and refreshing green in spring.

Ada 2 part iaitu South & North. Basically people will explore south area only. North area mereka reserve if ada pokok yg mati dekat taman ni dia akan ganti dgn pokok belah north. Kira tempat dia tanam balik pokok tu.

It divided into 2 part, in the south you can see the Japanese tradition while in the North the western charm. It seems to be inside a fairy tale, so perfect in all the details. Superb!!!

Apa yang sayang sekali kami tak punya banyak masa untuk habiskan di sini sebab terpaksa bergegas ke Nakatado untuk aktiviti making Udon.

Making Udon

Making Udon

Actually bab masuk dapur ni aku lemah sikit hahaa, nampak tak aku ni jenis pemalas masuk dapur tapi bila lapar tahu pula nak bertukang kat dapur tu, But no worries making udon ni macam ko masuk kelas memasak. Tak boring sebab proses membuat udon ini sangat unik. Kami menggunakan cara traditional. Nak tau macam mana proses dia? nanti aku shared video ya.

Lepas dah berjaya mengharungi kelas, kami di anugerahkan sijil tamat belajar. Macam graduation day pula. Then tiba masa untuk makan udon yang kitaorang buat tadi. Nak tahu sedap ke tak? Ofcouse lah wei sedap.

Ada macam-macam cara nak makan Udon ni sebenarnya. Hari tu kami buat dua cara iaitu badan dan kering. But i prefer kering kena selera dengan aku.

Yuran kelas making Udon: ¥1300 / person

Sebelum bergerak ke Ehime Prefecture kami singgah Konpira (Kotohira-gu).

Dekat sini juga ada shrine yang di dedikasikan khas oleh para pejuang terdahulu yang mati di lautan. Lebih kurang macam tu lah cerita dia. Kena study lagi untuk explain lebih lanjut.

Hari ketiga ni agak rushing sikit sebab kami nak pergi ke Matsuyama Castle sebelum ia tutup jam 5 petang. Tapi rezeki kami untuk sampai sebelum jam 5 petang tak kesampaian. Sebab sangkut dalam jammed. Tapi tak apa kami datang lagi esok pagi…

Perjalanan yang agak panjang untuk ke Ehime Prefecture! Almost 3 jam.

Hari ketiga kami check in di Dogo Grand Hotel. Hotel ni jenis hotel dulu-dulu. Nanti aku cerita lagi lebih lanjut. Panjang sangat dah ni. Next entri aku sambung hari ke 4 dan 5 di Ehime dan Hiroshima.

Till then. See you next entri about Hiroshima, Miyajima Island dan juga Matsuyama Castle!

******************

Muslim FAM Trip di Chugoku & Shikoku ini di bawakan khas oleh JNTO! Thanks please invite me again next trip

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 5 hari di Jepun aku guna pocket wifi dari RoamingMan!

Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here