Sumber air di Malaysia semakin kritikal. Secara kasar nampak ianya agak mustahil untuk negara kita mengalami sumber air bersih, kerana sedia maklum Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa menjadikannya sebuah negara yang beriklim tropikal lembap. Di mana iklim ni membolehkan Malaysia menerima keadaan panas dan lembap sepanjang tahun dengan purata suhu 22 – 32 darjah. Dengan itu Malaysia menerima hujan sebanyak 2030mm sepanjang tahun, kadang-kadang ianya boleh mencecah 5000mm terutamanya di kawasan lembap.

Berdasarkan keadaan ini, sepatutnya Malaysia mewah dengan sumber airnya. Walau bagaimanapun keadaan sumber air bersih ketika ini nampaknya menunjukkan keputusan sebaliknya.

Ini kerana, pemintaan air semakin meningkat tahun demi tahun dengan penambahan populasi yang tinggi serta pembangunan fizikal yang pesat.

Menuju ke abad 21 ini sememangnya Malaysia memerlukan bekalan air yang mengcukupi seiring menjadikan Malaysia negara yang maju.

Oleh yang demikian, langkah awal untuk ke arah itu, kita memerlukan projek-projek dalam pemulihan bekalan air sedia ada. Contohnya projek W.A.T.E.R (Working Actively Through Education and Rehabilitation). Projek ini dibiayai oleh Yayasan SPARK di mana ianya memperuntukkan RM2.5 juta selama 3 tahun untuk membantu menerajui usaha perlindungan sumber air dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan komuniti tempatan menerusi projek strategik untuk kerja-kerja ke arah bekalan air yang mampan.

Baru-baru ini aku berpeluang ke Fasa 3 projek ini di Blok 1, Desa Mentari Petaling Jaya. Yayasan SPARK dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Global Environment Centre (GEC) telah membina tangki sistem tadahan air hujan di kawasan ini.

Sistem ini dianggarkan mampu menadah lebih kurang satu juta liter air hujan setahun dan akan memberi manfaat kepada lebih 1,800 penghuni untuk kegunaan umum seperti pembersihan, perkebunan dan pengairan semasa ketandusan hujan.

Tindakan ini begitu strategik untuk memastikan bekalan air diuruskan secara mampan sebagai satu sumber yang dikongsi bersama.

Sejak 10 tahun lalu, Yayasan SPARK telah melabur lebih RM8 juta bagi Fasa 1 dan Fasa 2 Projek W.A.T.E.R. Yayasan SPARK telah menjadikan lima sungai sebagai ‘sungai angkat’ iaitu Sungei Wey dan Sungai Penchala di Selangor, dan juga Sungai Senam, Sungai Buntong dan Sungai Kledang di Perak sejak 2007.

Projek W.A.T.E.R merupakan kerjasama antara Yayasan SPARK dan Global Environment Centre (GEC) – sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan sungai dan air menerusi program-program berasaskan komuniti. Sumbangan berjumlah RM2.5 juta untuk tempoh tiga tahun akan datang akan membantu membiayai program-program pendidikan dan pelbagai inisiatif strategik yang berterusan di sepanjang lembangan sungai yang disasarkan iaitu Sungei Wey,Sungai Penchala dan Sungai Selangor.

Jadi guys, sama-samalah kita tanamkan sifat jimatkan air dalam diri dan keluarga demi memberipeluang kepada generasi akan datang sumber air bersih yang mencukupi. Aku tak nak tinggalkan anak cucu aku dengan air kotor kelak.

Untuk mereka yang berminat menjadi sukarelawan projek ini boleh layari laman web di bawah

www.sparkfoundation.com.my.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

  1. I’m working in water industry, memang diakui sumber air bersih di Malaysia semakin berkurangan.. Sebab tu rakyat Malaysia kena sedar jaga sungai / segala catchment area jangan suka-suka cemari sungai.. Ianya tanggungjawab bersama..

  2. bagus aktiviti macam ni,sapa kata malaysia mewah air memang buta,hahahha kat kampung2 pun bersepah masalah nak dapatkan air bersih skrg,ye la hutan di tebang nak balak,semua salahhhhh….tuttttt ehhh ahhahahah….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge