Home LIFESTYLE Kerana Ego

Kerana Ego

3565
4

Semua orang ada ego tapi tak semua orang boleh kawal ego untuk menjadikan diri sendiri lebih berjaya dan positif. kadang-kadang kita terlalu ikutkan perasaan ego sampai tidak sedar bahawa ianya membuatkan kita dijauhi oleh orang-orang di sekeliling.

Bagi aku ego ni penting, dengan ego aku dapat protect my self untuk tidak di khianati. Tapi itulah kadang-kadang kita ni selalu juga alasan ego untuk menutup kelemahan sendiri.

Dahulu aku ni jenis innocent, dulu-dulu lah…masa budak-budak. aku ikut je apa yang orang suruh sampai sekarang benda tu memberi effect kat diri aku. Sebab dulu aku ni jenis pendiam, tak banyak cakap, orang pun tak nak kawan dengan aku. Sedih juga bila terkenangkan benda tu.

Sebab aku di layan macam tu lah ego aku makin lama makin tebal. Aku usaha untuk jadi lebih dari mereka. Akhirnya aku berjaya dan ketika itulah ego makin menebal.

Aku rasa aku lebih baik dari mereka, hingga aku sahaja yang betul, apa yang mereka sakap semua salah.

Kini aku sedar ego ni kalau disalahgunakan boleh memeberi kesan buruk kepada diri kita. Tapi itulah nak buang rasa ego ni bukan senang. Tapi ego ni juga yang boleh protect diri kita dari di khianati dan terpedaya dengan janji-janji manis orang…

For now ego still menebal dalam diri ini….

4 COMMENTS

  1. Salam rabu dari Mama, Semoga sihat wal afiat dan di rahmati Allah swt. Ego pun sifat yang bahaya tuan. Semoga tuan di beri kan panduan menuju jalan orang berjaya di dunia dan diakhirat.

    Semua dari kita ada kelemahan dan kelebihan.

  2. Assalamualaikum dan selamat pagi dari Ibu. Singgah blog walking blog tuan faizal. Kalau kita di beri hikmah itulah sebaik baik nikmat tuan.

    Semoga Allah anugerahkan tuan dengan sahabat yang baik dunia akhirat. Orang tak banyak cakap biasa kuat kerja. Dan orang lain yang pandai cakap akan claim kerja kita.

    Cukup ketara dalam politik tempat kerja. Tapi Allah kan ada. Di dunia manusia lihat hasil, di akhirat Allah lihat usaha dan niat ikhlas kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here