Visa Melancong Dan Transit Di India - Faizal Fredley

Visa Melancong Dan Transit Di India

 

Visa Melancong Dan Transit Di India. Baru-baru ni kat facebook ada kecoh pasal seorang student Malaysia yang belajar di India tak boleh nak fly dari KLIA ke India disebabkan masalah visa dan passport. Apa yang aku faham passport lama tu dah nak tamat tempoh lebih kurang 6 bulan lagi jadi terpaksa buat baru.

 

Visa pula di apply untuk passport lama. Sepatutnya tak ada masalah pun nak fly. Entah dimana silapnya student ni tak boleh fly. Tak pasti ianya masalah dari staf Air Asia yang mungkin kurang pengalaman atau masalah dari pihak immi di India.

 

Disebabkan kes itu aku pun dah cuak dah sebab aku akan ke Dubai 2 minggu lagi. Flight aku pulak akan transit di Kochi, India dulu. Masa aku check in kat kaunter Air Asia minggu lepas sebelum ke Yogyakarta aku ada tanya staff AA katanya memang kena ada Visa walaupun untuk transit. Kalau tak ada aku tak leh fly. Fuhh…

 

 

So balik dari Jogja aku teruslah gi ambil gambar passport untuk buat visa india. Gambar visa india background putih segi empat sama. Dah ada gambar tu boleh lah apply online untuk visa India.

 

Dah siap isi online semua kena print dan bawak ke kedutaan India untuk stamp dan biometrix. Nak kena ada copy passport dan IC. Harga RM194.56.

 

1) Isi borang online kat sini 

https://indianvisaonline.gov.in/visa/  ** make sure isi dengan betul

 

  • Part nama tu selalunya ramai yang salah isi, contohnya yang betul :-
Bagi nama,contoh Ali bin Abu
Surname : Bin Abu
Given Name : Ali

 

(Make sure kat surname tu korang letak bin/binti bagi yang ade bin/binti. Kan tak pasal kena denda atau isi borang baru yang memerlukan korang bayar lebih)

 

**Yang last part dia ada mintak reference name in India, address la, no phone la. So if korang takde kenal sesiapa kat sana. Korang just masukan nama, no. telefon dan alamat hotel yang korang akan menginap tu. Dan penting jugak details hotel ni sebab sampai sana nanti korang kena isi arrival form yang perlukan details hotel tu juga.

 

2) Lepas dah isi borang, korang print borang tu dan bawak ke India Visa Centre yang beralamat di :- 
G-01, Ground Floor, Bangunan Straits Trading,
No 2, Lebuh Pasar Besar,
50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel. No: 006 03 2692 2692
Fax: 006 03 2698 2692
E-Mail: kl@indiavisa.com.my
Laman web: www.indiavisa.com.my

 

Antara dokumen-dokumen yang korang kena bawa ialah:-

 

  1. Satu (1) salinan borang yang dah diisi online tadi.
  2. Dua (2) gambar berlatarbelakang warna putih. (Pergi kedai cakap je nak buat gambar visa ke India. Kalau tak xde buat je kat sana tapi charge RM20)
  3. Satu (1) salinan tiket penerbangan pergi balik.
  4. Passport Original
  5. Satu (1) salinan pasport. (tak sure perlu ke tak tapi bawa je)
  6. Duit RM161.30 (Tak termasuk denda segala bagai, so  make sure isi betul-betul)

 

Settel dan boleh lah fly… Buat korang yang nak ke India hati-hati sikit. Kat India ni amat terkenal dengan scammer…

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

4 Comments

  1. Jsm

    October 6, 2017 at 6:37 PM

    Selamat mengembara lagi tuan

  2. Mazni Azmi

    October 3, 2017 at 5:42 PM

    Selamat mengembara lagi tuan

    Dah transit di india apa lagi makan kari lah
    Mazni Azmi recently posted..26 Cara Atasi Alahan Mengandung Teruk Semasa Hamil? No 9 Paling BestMy Profile

  3. Dkna Abza

    October 3, 2017 at 4:52 PM

    fuh.. boleh tahan jugak harganya sampai beratus macam renew pasport
    Dkna Abza recently posted..Rindu Kat Abang LongMy Profile

  4. IQ aka Izyan Balqis

    October 3, 2017 at 3:55 PM

    baru baca scammer dekat india yg 5 org traveler kena tu. menakutkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge