Peluang Menangi Tiket ke London, Berlin, Paris Dan Rome Dengan TICO BRICKS - Faizal Fredley

Peluang Menangi Tiket ke London, Berlin, Paris Dan Rome Dengan TICO BRICKS

 

Orang yang kenal aku confirm tau aku ni kaki travel. Hampir tiap bulan ada je destiansi yang aku akan travel. Tapi sejak akhir-akhir ni projek travel aku terpaksa di slowdown sikit sebab aku dah start mula kerja tetap aku dan pada waktu sama aku juga sibuk untuk habiskan Master aku di UPM.

 

Memilih kerjaya dan pelajaran sebagai keutamaan tidak mematahkan semangat aku untuk tetap travel. Bagi aku travel is travel walau macam mana sibuk sekali pun aku tetap akan cuba cari masa untuk travel ke tempat-tempat yang aku rasa nak pergi.

 

Paling lastest aku baru balik dari Yogyakarta Indonesia selama 5 hari. Memang padat jadual kat sana tapi best. Next projek adalah Dubai UAE. InsyaAllah kalau di beri peluang. So far dah hampir 60% siap perancangan ke Dubai. Moga di permudahkan.

 

Selain travel aku juga suka kumpul barang-barang. Terutama di tempat yang aku pergi. Aku akan pastikan aku bawa balik satu dua souvenir untuk sesi throwback yang aku pernah jejakkan kaki di situ. Antara barang-barang yang aku selalu kumpul adalah replika Kapal Terbang. Buat masa sekarang aku ada dalam 30 koleksi flight.

 

Terbaru aku dah ada hobi baru lagi. Iaitu kumpul landmark tempat-tempat yang aku pergi. Tapi bukan replika. Kali ini aku memilih TICO BRICKS. Banyak sebab kenapa aku pilih benda ni untuk di jadikan hobi baru.

 

Salah satunya TICO BRICKS ni boleh uji minda dan daya pemikiran aku semasa nak pasang benda ni. Agak mencabar sebenarnya. Tapi cukup seronok. Lagi-lagi bila dah berjaya siapkan keseluruhan model ini. Sekali start memang tak leh stop dah.

 

 

Buat masa sekarang aku dah ada dua koleksi iaitu The Louvre, France dan juga Rialto Bridge, Italy. Aku pilih dua model ini disebabkan tahap cabaran untuk pasang adalah sukar. Sukar bagi aku laaa.. Bagi korang tak pasti. Tapi paling best dua model ini ada hampir 1600++ keping Tico. Kalau ikut level kesukaran adalah 4/5.

 

Jadi dari korang duk beli benda mengarut tu baik beli TICO BRICKS ni. Boleh juga layan buat benda ni di hujung minggu. Layan dengan anak-anak lagi best. Boleh asah pemikiran anak-anak korang. Di samping itu boleh luangkan masa bersama dengan keluarga.

 

 

MANA NAK DAPAT TICO BRICKS?

 

Ok bagi korang yang berminat nak dapatkan TICO BRICKS ni boleh dapatkan melalui 11street. Pernah guna tak 11street untuk shopping barang-barang? Mudah beb. Pilih jer pastu bayar online dan tunggu penghantaran ke rumah anda. Penghataran pulak cepat. Aku beli hari ni esok dah sampai. Mudah!!!

 

Dapatkan TICO BRICKS di 11Street 

 

 

BERPELUANG MENANG SEPASANG TIKET KE EROPAH

 

Haaa ini satu lagi peluang untuk menang tiket percuma ke 4 destinasi hebat ini. Bukan selalu woo dapat peluang menang ni. jadi apa lagi jom beli Tico Bricks sekarang di 11street. Mana tau rezeki korang boleh fly percuma ke destinasi impian. aku pun tak pernah lagi sampai ke Berlin dan Rome. Best jugak kalau dapat ke sana.

 

Aku dah beli dan join korang bila lagi?

 

CARA-CARA UNTUK MENYERTAI 

 

  1. Beli Tico Bricks di 11street dan rakam proses semasa anda pasang. Pastu post kat Instagram
  2. Pilih destinasi impian anda dan bagitau kenapa anda nak kesana
  3. Tag @TicoMalaysia dan #tico11streetMy #buildtagfly #11streetMY

 

*Contest ini berakhir pada 31 October 2017

 

Untuk Matlumat lanjut boleh ke Win a Trip to Europe. Senang kan? Jom join. Ada rezeki leh travel percuma.

 

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

3 Comments

  1. Shaklee Klang

    October 5, 2017 at 3:11 PM

    Hidup ini umpama memasang jigsaw puzzle

    Kita kena mulakan dengan kepingan yang pertama

    Dan nak berjaya mesti ada strategi

    Pasang kepingan tepi dan buat sampai habis

    Ramai yang tak sanggup
    Shaklee Klang recently posted..Pengedar Shaklee Klang Untuk COD Vitamin Shaklee Tanpa POS. Jimat Masa dan Tenaga!My Profile

  2. Mazni Azmi

    October 5, 2017 at 6:49 AM

    Wah samapai 1200 komponen nak pasang

    kena rajin tu

    Mesti boleh tahan harganya kan
    Mazni Azmi recently posted..Ibu Ini Ada Kencing Manis Semasa Mengandung. Cuba 12 Cara Kawal GDM!My Profile

  3. anuar

    September 30, 2017 at 1:53 AM

    Alamak… 30 September… hari ni tu.. macam tak sempat jer nak join contest..
    anuar recently posted..Rekod Jualan melebihi RM350K dalam tempoh 5 Hari dan 2 Rekod jualan Terbaru Affiliate TempatanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge