Home LIFESTYLE Liverpool vs Chelsea Dan Kepulangan Rafa Serta Jersi Baru Chelsea 2013/2014

Liverpool vs Chelsea Dan Kepulangan Rafa Serta Jersi Baru Chelsea 2013/2014

1022
1
Prediksi-Liverpool-vs-Chelsea-21-April-2013-EPL

Aku sebenarnya tak ada isu apa2 pun dengan Rafa. Kata2 beliau terhadap Chelsea ketika di Liverpool itu sememangnya tak boleh diterima namun semua orang pernah melakukan kesilapan. Perkara paling penting di sini ialah Rafa pengurus Chelsea. Apa yang beliau cuba lakukan demi kepentingan kelab. Kau orang semua boleh benci Rafa semasa beliau keluar nanti, tapi buat masa sekarang, kita harus supportnya.

Top 3, semi final Piala FA & semi final Europa League. Ini satu pencapaian yang baik dari interim manager. Terkeluarnya Chelsea dari groupstage UCL sebelum kedatangan Rafa lagi.

Rafa ni dari segi taktik, beliau hebat. Namun apa yang kurang tentang Rafa ni ialah dari segi motivasi. Itu yang Chelsea tidak ada pada musim ini, jika nak banding dengan musim lepas bersama RDM. Kita tak ada winning mentality dalam perlawanan2 besar. Jadi sebab itu musim depan Chelsea perlu panggil balik Jose Mourinho.

Kalau nak ikutkan Liverpool ini bukan musuh Chelsea. Musuh tradisi Liverpool adalah MU & Everton. Tetapi sejak kedatangan Rafa & Mourinho, Liverpool & Chelsea sudah jadi macam kucing dengan anjing, dek kerana peperangan mulut di antara mereka berdua.Tak lupa insiden dalam final Carling Cup 8/9 tahun lepas yang mana JM melakukan isyarat “senyap” terhadap penyokong Liverpool membuatkan mereka masih lagi sakit hati dengan pasukan kita.

Tapi itu dululah, masa zaman Istanbul Aku Datang mereka itu. Kalau bukan Rafa, Torres dengan bekas kelab kesayangannya, perlawanan minggu ini tiada yang istimewanya.

Lawan Liverpool ini seperti perlawanan2 biasa.Umpama menentang kelab mid-table. Yang jadi pentingnya kerana Chelsea sedang berjuang untuk kekalkan kedudukan 4 teratas. Liverpool seperti yang sudah diketahui, akan terlepas lagi beraksi dalam Champions League & berkemungkinan besar juga tak akan bermain dalam apa2 kompetitif Eropah musim depan. Bagi Chelsea, perlawanan ahad ini sebagai a-must-win-game. Bagi Liverpool, aku tak tahu sebab menang atau kalah, kedudukan liga mereka tetap sama, di bawah Chelsea juga. Sejarah tinggal sejarah.

Apa pun, fokus Chelsea tetap top 4 spot & aku pasti Rafa seorang yang professional.

Sementara itu, semalam Chelsea telah merasmikan jersi home yang akan dipakai pada musim depan.

Ia masih kelihatan cantik. Plain & Simple.

Kau orang semua boleh mula pesan secara online pada 15 Mei nanti.

ps: Kampung Chelsea

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here