Home LIFESTYLE Kontroversi Khairul Fahmi Dan Dahlia Teck Bersama Botol Arak (Werner’s, Changkat Bukit...

Kontroversi Khairul Fahmi Dan Dahlia Teck Bersama Botol Arak (Werner’s, Changkat Bukit Bintang)

7705
7

assalamualaikum…

berita ni aku rasa masih lagi panas walaupun dah 2 hari melanda, kontroversi demi kontroversi yang berjaya apek atau khairul fahmi ni menghadiah kan kepada semua peminatnya. bermula dengan putus tunang hingga la kes arak memang mendapat liputan yang meluas di internet.

namun kita sebagai manusia sememangnya selalu melakukan kesilapan. bagi aku isu mengenai apek ni memang agak berat, seandainya apek memang terlibat dengan arak aku harap cepat-cepat la dia bertaubat….jika dia tidak melakukan nya aku rasa dia tak patut berada di tempat seperti itu…nak berhibur pun berpada-pada lah jangan lupa kepada agama..

aku pun tak nak komen panjang-panjang mengenai isu ini kerana aku pasti dah terlalu ramai orang yang bagi komen mengenai perkara ni, silap komen aku pulak yang akan terima padah….oleh itu baik aku diam jer…

Memang heboh di blog-blog hiburan yang menyiarkan penjaga gawang gol pasukan bola sepak negeri Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex, berhibur bersama Dahlia Teck dan beberapa rakan seksinya yang lain.

Gambar-gambar tersebut bukan sahaja disiarkan oleh Oh! Bulan, Rotikaya.com atau Media Malaya.com sahaja, malah turut disambut oleh beberapa blog politik terkenal seperti Empayar Pemuda dan Keris Pusaka berkenaan perkembangan terbaru Apex yang berasal dari Kelantan itu.

Media Malaya.com yang menerima gambar-gambar tersebut melalui emel diberitahu oleh pengirimnya bahawa Apex, Dahlia dan rakan-rakan mereka berhibur di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini.

Laman web Oh! Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai beberapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.

“Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas meja, namun dalam gambar menunjukkan beberapa botol minuman keras yang sudah dibuka,” kata laman web hiburan terkenal itu.

Bagaimanapun, Oh! Bulan meminta para peminat industri hiburan tanahair untuk berfikiran positif terhadap Apex dan Dahlia.

Rotikaya.com pula menyifatkan Khairul Fahmi sebagai lebih ‘Kuala Lumpur” sifatnya merujuk kepada gambar yang tersiar itu.

“Tetapi nampaknya penjaga gawang pasukan kebangsaan ini semakin hari semakin Kuala Lumpur sifat’nya.. Bagus,” kata pemilik laman web tersebut, tidak tahu sama ada kenyataan itu ikhlas atau menyindir.

sumber: my news hub

PS: GOOD LUCK BUAT SKUAD SUKAN SEA….

7 COMMENTS

    • maaflah, gadis2 tu nampak mcm GRO… inilah akibatnya jika berpakaian macam spesis tersebut… susah nak bezakan… ni anak gadis baik2 ke gadis2 jalanan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here