Home LIFESTYLE Akhirnya Aku Pasang Invisible Grill, Selepas Kucing RM12K Dari Rusia Jatuh Dari...

Akhirnya Aku Pasang Invisible Grill, Selepas Kucing RM12K Dari Rusia Jatuh Dari Tingkat 18

1961
0

Kisah ini aku pendam agak lama, nak bercerita tentang kehilangan sesuatu yang berharga dan yang kita sayang bukanlah susuatu yang mudah. Pada awalnya aku bukan berminat untuk jadikan kucing sebagai binatang pelihara sebab aku sendiri pun jarang ada dekat rumah, diri sendiri pun tak terjaga.

Tak tahu macam mana dari seekor, sampailah lima ekor ada dengan aku. Yang nombor lima ni aku tunggu agak lama dan nak pilih pun memang susah. Dari dia lahir sampailah berusia 6 bulan aku sentiasa ikuti perkembangan dia dari jauh.

Kucing-kucing aku yang first sampailah nombor 4 iaitu Abu, Allie, Alice, Ahmad semuanya made in Malaysia. Istimewanya yang kelima iaitu Anggun berasal dan lahir di Russia. Proses untuk bawa Anggun ke Malaysia juga bukan mudah. Kos yang tinggi dan harga kayangan selepas nego dari RM12,000 dapatlah kurang menjadi RM11,500.

Lebih kurang 6 bulan, kucing untuk masuk Malaysia perlu berusia 6 bulan ke atas. Jadi aku tunggu 6 bulan, habis dekat RM12K akhirnya sampai juga kat KLIA. Masa tu kalau tak salah kucing-kucing yang sampai dari luar negara perlu dikuarantin di pusat kuarantin lebih kurang seminggu kalau tak silap.

Maka sampailah kucing dari Russia baka British Shorthair Golden NY12. NY12 ni special sikit sebab amat susah nak dapat, kalau ada pun NY11. Warna oren dia tak sama untuk setiap kod BSH. Sempatlah beranak 4 ekor tapi yang hidup hanya satu, sampai sekarang.

Tunggu Papa di Sana Ya. Papa Minta Maaf Tak Dapat Jaga Anggun Sebaik Mungkin

Selepas bercerai aku pindah rumah, rumah yang paling dekat dengan tempat kerja kira 5 minit naik motor je. Rumah baru ni tingkat 18 ada 2 bilik, balkoni dan yard. Jadi satu bilik untuk aku dan satu untuk kucing.

Aku ni kalau sebelum tidur rumah kena kemas dan bila bangun pagi kena nampak semua tersusun. Kalau tak malam tu aku tak leh tidur dengan tenang. Balkoni aku dia tutup separuh jadi 50% selamat la. Yard pula pun sama tapi sejak ada kucing aku tutup yard aku dengan penghadang yang tinggi tapi masih lagi tak selamat.

Kebiasaanya kucing akan masuk dalam bilik dan aku tutup pintu bilik kecuali untuk abu & allie. Dua ekor ni tak suka duduk dalam bilik. Kalau tak dia bising. Lagi pun dua ni bukan jenis memanjat.

Seperti kebiasaannya aku akan lepas semua kucing satu rumah sebelum masukkan balik dalam bilik. Jadi abu, allie, alice, ahmad & anggun termasuk ben (anak abu & alice), bella (anak ahmad & maincoon member) & budin (anak abu & anggun) semua ada kat ruang tamu.

Malam sebelum kejadian, entah mengapa aku biarkan allie & anggun dekat luar. Padahal hati dah terdetik tak kena. Sebab biasanya aku buka separuh sliding door dan pintu yard berminggu minggu abu & allie tak pernah panjat. Tujuaan dia nak bagi aliran udara keluar masuk. Tetapi malam itu allie & anggun dekat luar. Sebelum masuk bilik tidur hati aku tak sedap sebab anggun kat luar bukan abu tapi aku sedapkan hati kata ok.

Keesokkan pagi aku bangun tak sedap hati sebab tak bunyi suara kucing dari bilik aku. Biasa ada suara. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku turun dari katil aku mandi siap-siap nak pergi kerja aku keluar dari bilik aku dan automatik aku hanya nampak allie je. Masa tu aku tak fikir nak cari anggun sebab hati aku kata anggun kat bawah dah. Aku langkah kaki masuk bilik kucing bersihkan bilik kucing. Aku tak mahu tengok ke bawah lagi dekat bahagian yard tu sebab aku tak ready lagi nak hadapi.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Pergi dekat yard tengok ke bawah nampak anggun dah terbaring. Dekat bahagian yard tu kira satu kawasan yang orang tak akan lalu dan tak boleh access pun. Masa tu aku tak dapat rasa apa-apa dah, aku turun pergi dekat security mintak dia bukakan tingkap untuk masuk ke bahagian anggun jatuh. Aku bawa beg siap-siap aku masuk ikut tingkap dan ambil anggun letak dalam beg. Badan dia dah sejuk sebab dah banyak jam berlalu. Aku tak sampai hati nak ambil gambar dia masa tu. Bagi aku cukuplah aku simpan gambar cantik-cantik sahaja tentang anggun.

Letak dalam kereta aku beli cangkul dan beg yang cantik untuk tanam dia di tempat yang aku selalu lepak bila aku sedih iaitu di tepi sungai. Sejak dari hari itu aku tak berani nak cerita dekat orang tentang apa yang jadi dekat anggun. Aku simpan sendiri. Ianya berlaku pada tahun 2021 dan baru 2024 aku berani untuk bercerita apa yang terjadi.

Sejujurnya sampai sekarang aku tak tau apa yang aku rasa tentang anggun. Ianya perasaan yang sangat-sangat tak boleh aku jelaskan.

Tidurlah sayang….

Anggun, papa mintak maaf tak dapat jaga anggun sebaik mungkin. Walaupun hanya 6 bulan sahaja anggun dengan papa tapi memori anggun dengan papa tak akan pernah pudar sampailah papa mati. Tunggu papa di sana ya….

Pemasangan Invisible Grill di The Hipster Taman Desa

Tahun 2023 aku mula pindah ke rumah baharu selepas beberapa bulan struggle untuk buat sedikit renovation. Paling tidak pun benda-benda basic dah siap termasuk bilik kucing. Bila masuk rumah baru ni aku sedikit trauma juga lah sebab kali ni pindah bersama kucing-kucing yang dah membiak. Dari tingkat 18 ke tingkat 38. Bayangkan aku sendiri pun gayat nak lepak dekat balkoni yang open tu.

Bila keluarga datang pun terpaksa pastikan sliding door ditutup dan kunci sebab ada kanak-kanak. Memang rasa tak selamat lah. Nak biarkan sliding door tertutup selalu, hapak la pulak bau rumah sebab udara tak masuk. Disebabkan masa tu masih belum pasang invisible grill jadi keluarga pun tak berani nak datang lepak-lepak kat rumah ini.

Selepas pindah, seekor lagi kucing aku jatuh dari tingkat 38. Masa ni memang nak tak nak kena juga usaha untuk buat sesuatu. Banyak juga aku survey antaranya nak letak acrylic tetapi tak tahan panas. Nak letak kaca harga mahal sangat lepas tu tak cover habis. Jadi buat sementara waktu aku pasang sendiri jaring kat balkoni. Dah macam reban ayam dah nampak masa tu.

Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy

Setelah beberapa bulan akhirnya adalah member recommend Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy. Usha juga TikTok diorang. Fuhh memang ngam sekali tengok pun dah berkenan. Memang nampak kemas dan tidak menyakitkan mata. Paling penting keselamatan nombor satu.

Invisible grill ni biasanya dipasang untuk keselamatan rumah-rumah yang tinggi dan diperbuat daripada kabel stainless steel yang tahan karat dan mempunyai ketahanan yang kuat. Kemudian kabel-kabel ini dibalut pula dengan bahan jenis Teflon dan Nylon untuk menjadikan ia tidak mudah untuk dipotong dan mampu untuk menahan tekanan dan beban yang besar.

Pemilihan Jarak Antara Kabel

Bagi menambahkan keyakinan tentang Invisible Grill ni, ianya boleh dipasang mengikut jarak yang sesuai bergantung kepada keperluan kita. Macam aku yang penuh dengan anak-anak bulus ni, aku pilih jarak 2 inci. Jarak ini dikira selamat untuk kucing dewasa. Kalau untuk keselamatan anak-anak kecil rasanya jarak 4-5 inci pun boleh. Korang boleh minta nasihat mereka sebelum dipasang.

Di tengah-tengah kabel yang dipasang menegak ini akan ada satu kabel lain yang bertindak sebagai sokongan ataupun pengunci supaya kabel-kabel yang dipasang tidak mudah longgar dan kekal tegang untuk tempoh masa yang lama.

Tahan Lama, Kemas & Tidak Menghalang Pemandangan

Pengikat yang kat tengah-tengah tu kalau dipasang sama level dengan ketinggian palang asal mesti nampak lagi kemas. Mungkin ada sebab dia aku pula tak tanya kenapa dia pasang kat situ.

Selain dari tahan karat, kabel-kabel stainless steel ini juga tahan kepada cuaca yang panas. Jadi tak perlu risau jika ianya terdedah kepada cahaya matahari dan hujan. Susunan kabel yang kemas dan seoleh-oleh tidak kelihatan ini pasti tak akan menghalang pemandangan indah rumah korang. Nama pun invisible grill kan.

Satu lagi yang aku cukup puas hati bila pasang invisible grill ni, ianya tidak menghalang dari udara dan cahaya masuk ke dalam rumah. Disebabkan ada ruang antara kabel, angin kuat pun tak akan ada masalah. Tak perlu dah aku nak sentiasa tutup pintu sliding door. Rumah pun tak berbau sebab ruang yang terbuka.

Pemasangan Yang Cepat

Cukup segala info dan sebab yang munasabah untuk pasang invisible grill jadi rundingan pun bermula dan tarikh untuk pemasangan pun ditetapkan. Hanya ambil masa lebih kurang 3 jam sahaja balkoni anda kini mempunyai sistem keselamatan yang baik. Respond pihak Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy agak pantas yer.

Harga pula bermula dari RM800 – RM1,500 bergantung kepada keluasan ruang yang perlu dipasang.

Sebarang pertanyaan, surat layang, contoh-contoh invisible grill yang dah mereka pasang boleh rujuk laman sosial Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here