Home DESTINATIONS ASIA 10 Hari Winter Trip to Harbin, Heilongjiang China

10 Hari Winter Trip to Harbin, Heilongjiang China

176
0

Harbin Winter Trip Harbin is located in the Northeast of China, capital of Heilongjiang, China’s northernmost province Bersempadan dengan Russia, North Korea serta kedudukannya yang berhampiran dengan Mongolia dan Hokkaido, Harbin terkenal dengan jolokan ‘Ice City’, one of the coldest cities in the world!?

Tempat Menarik di Harbin, Heilongjiang, China

  • Zhongyang Pedestrian Street
  • Saint Sophia Cathedral
  • Snow Valley, Dongsheng Forest Farm
  • Harbin Ice Sculpture Festival
  • Volga Manor, Russian Culture Village
  • Sun Island Park
  • Stalin Park
  • Siberian Tiger Park
  • Songhua River
  • Harbin Mosque, Daowai Street
  • Penguin Parade at Polarland

Penguin parade di Polarland Park hanya operate pada bulan Jan & Feb sahaja semasa suhu -15 ke -25 degrees. Kalau suhu meningkat, penguin parade akan dibatalkan. Harbin Ice Sculpture Festival pun hanya operates sehingga February sahaja, once suhu meningkat lebih tinggi dari -15 degrees, ice sculptures mula mencair.

COST

Flight Tickets – Chinese Southern Airlines.

  • KUL – Guangzhou – Harbin | Harbin – Guangzhou – KUL
  • *booked via Skyscanner (hutchgo)
  • for 2 adults & 1 kid
  • *23kg check in luggage & requested
  • for moslim meals
  • RM1250 per pax

Accommodation

  • Yuefeng Hotel, Harbin
  • Wuchang Snow Valley Mountain
  • Baijia Apartment, Harbin

*booked via Trip.com RM285 per pax

Entrance Fees, Snow Activities or Winter Excursions ?

  • Volga Manor ¥168 (¥90 for kids)
  • Siberian Tiger Park ¥130 (¥80 for kids)
  • Snow Valley Package, Wu Song Ridge ¥400 per pax
  • snow mobile
  • sledding & tubing
  • banana snow boat
  • skiing
  • Horse sledding at Snow Valley ¥60 per pax – RM504 per pax

Transportation ?

  • Airport Shuttle Bus line 1
  • Harbin Metro
  • DiDi (e-hailing) & Harbin Taxi
  • Transporter from Harbin to Dongsheng
  • Forest Farm to Harbin – RM175 per pax

Makan2 di Muslim Restaurant ?

  • RM121 per pax

TOTAL per pax (exclude shopping) ?

  • RM2335

GRAND TOTAL for 3 pax ?

  • RM2335 x 3 = RM7005

PUBLIC TRANSPORT ?

Harbin Taiping International Airport to Harbin City

  • Airport shuttle bus line 1 to Harbin Railway Station, ¥20
  • Metro line 2 from Harbin Railway Station to Zhongyang Street Station, ¥2
  • Yuefeng Hotel just 20meter from Zhongyang Street Metro Station
  • Saint Sophia Cathedral is just walking distance from Zhongyang pedestrian street

Zhongyang Street to Harbin Ice Festival

  • Metro line 2 to Ice Snow World Station, ¥2

Harbin City to Volga Manor, Russian Culture Village

  • Metro line 2 to Meteorological Observatory Station, ¥3
  • ?Meteorological Observatory Station to Volga Manor via DiDi (e-hailing), ¥30

Harbin City to Siberian Tiger Park

  • Metro line 2 to Shimao Avenue Station, ¥3
  • Shimao Avenue Station to Siberian Tiger Park via DiDi (e-hailing), ¥12

Zhongyang Street to Sun Island or Songhua River

  • Metro line 2 to Sun Island Station, ¥2

Zhongyang Street to Harbin Mosque

  • Metro line 2 to People’s Square Station, ¥3
  • then tukar line 3 ke Harbin Mosque Station ¥2

RANDOM TIPS & NOTES

China Visa

Tak perlu apply pun, free entry to China for Malaysian passport holders not more than 15 days stay until 30 Nov 2024. Bersempena ulang tahun ke 50 hubungan diplomatik Malaysia & China. Travel kali ni, kami beli package roaming Digi via Mydigi apps. Boleh guna WhatsApp, FB & IG as usual, tak perlu pun download VPN apps.

Travel insurance

Masih setia dgn Etiqa 360 dari dulu. Urusan jual beli & payment mode di Harbin boleh dikatakan 100% kami guna Alipay dan Wechatpay. Wise card or BigPay card tak guna pun this time around. Perkhidmatan e-hailing di Harbin, DiDi or Harbin Taxi boleh book via Alipay apps je, mudah dan selamat

Public Transport

Harbin Metro sangat efficient setanding negara2 Europe. Station & train dia pun cantik, bersih dan teratur. Musim sejuk di Harbin agak extreme, suhu boleh drop 20 ~ 30 degree bawah takat beku. Persediaan winter apparel for Harbin trip perlu top notch. Walaupun penghujung February & early March, suhu di Harbin masih rendah especially bila ada angin & masih ada heavy snow fall

Winter gear

layering penting supaya selesa nak hadap suhu extreme.. 2 to 3 layers of heattech inner, knitted wear or fleece jacket & puffers jacket or parkas. Total 4 or 5 layers untuk nak hadap suhu -20 degrees. Parkas rasanya lebih sesuai berbanding Trench coat utk winter di Harbin. Vacuum storage bags sangat membantu untuk jimat ruang luggage

Cleanliness

Dari segi cleanliness, memang boleh puji la Harbin city ni! City dia bersih & recycle bin pun banyak disediakan merata tempat. Pengalaman 2 kali explore Hong Kong sebelum ni pun rasanya Harbin tetap menang dari segi cleanliness. Cuma satu je, ada certain masyarakat Harbin ni tak malu splitting in public

Time differences

Masa di Harbin sama je dengan masa di Malaysia, hihihi so jangan risau confirm tak akan jet lag macam trip ke Europe. Cuma macam biasa la kalau winter, 6am dah terang benderang & 5pm dah mula gelap

China Snow Town vs Snow Valley

Kedua kawasan perkampungan salji ini terletak di kawasan pergunungan Northeast of Heilongjiang, 280km dari Harbin City. Accommodation di Snow Town (Xuexiang National Forest Park) lebih mahal berbanding accommodation di Snow Valley (Dongsheng Forest Farm).

Snow Town lebih meriah, agak crowded dengan tourist dan lebih banyak winter excursions yang berbayar, tapi kami pilih stay di Snow Valley.. kos lebih rendah & lebih privacy, tenang2 je

Souvenir

Kami beli fridge magnet di Zhongyang Street serendah 5 ke 10 yuan. Souvenir barang2 dari Russia seperti chocolate pun sangat banyak. Pengaruh Russia dapat dilihat di Harbin ni bukan sahaja dari segi makanan & pakaian tapi dari segi seni bina bangunan termasuklah musik2 di jalanan juga merupakan gabungan Russia China yang agak unik. Boleh dapatkan info tentang Muslim restaurant & halal food di Harbin https://www.islamichina.com/harbin

Ada banyak kedai makanan halal di Harbin especially di Daoli District & Daowai District, sekitar kawasan Harbin Mosque. Ramai rupanya komuniti Muslim Ughyur di Harbin, no wonder Harbin Mosque agak besar & kedai makanan halal pun banyak.

Xue Feng Hotel, Harbin

Lokasi strategic coz berdekatan dengan Zhongyang Street & St Sofia Cathedral, 20m distance to Metro line 2, Zhongyang Street Station.

Baijia Apartment, Harbin

Lokasi strategic coz berdekatan dengan beberapa kedai makan halal, 100m distance to Metro line 2, Provincial Hospital Station & 500m to Airport Shuttle Bus Station. Ada kitchen with complete kitchen tools & washing machine jugak. Kami bawa sabun Taharah untuk cuci semua peralatan dapur before guna untuk masak2.

Language barrier

Majority or 99.9% Harbin folks tak boleh berbahasa Inggeris, so communication method kami di sini adalah melalui wechat or translator apps. Tapi yang bagusnya, mereka sangat helpful bila ditanya.. tetap bersungguh sungguh explain in mandarin plus isyarat tangan!

Google Maps vs Apple Maps

Untuk pengguna android, ada kekangan sikit sebab Google Maps tak update or boleh dikatakan tak boleh guna langsung di sini! Kami 100% guna Apple Maps, contohnya untuk ke Volga Manor dari Harbin, kami type Volga Manor di translator apps untuk tukarkan ke tulisan cina dan paste semula di Apple Maps

Then Apple Maps akan keluarkan complete direction untuk ke tempat tersebut sama ada via Metro or DiDi or Harbin Taxi, siap details harga lagi.

Kali ni merupakan pengalaman pertama kami fly dengan Chinese Southern Airlines. Seat selesa dan leg room pun luas, FA agak mesra, helpful & very responsive. service sama baik dengan pengalaman naik EVA Air dulu ke Taiwan. Kami request moslim meals di manage booking Chinese Southern Airlines website.

Chinese Southern akan transit di Guangzhou, untuk muslim boleh la rehat makan2 di Halal restaurant bersebelahan Information Counter di International Departure, Guangzhou International Airport. Mutton noodles dia sedap sangat!

Melalui pemerhatian kami beberapa hari di bandar Harbin ni especially di kawasan tourist attraction, memang tiada unsur2 scammer mahupun cubaan pick pocket.

Tiada juga cubaan or scammer tricks seperti approach untuk bantuan ambil gambar tetapi kemudiannya minta tips yang melampau & tiada pun desakan dari peniaga untuk beli barang jualan mereka.. boleh tenang2 strolling around cuci mata di kedai sepanjang Zhongyang Street

Pekerja kedai & peniaga di Zhongyang Street ada yang excited bila kami inform kami dari Malaysia, siap nak bergambar dgn anak

Agaknya memang jarang sangat orang melayu explore Harbin..

Ramai juga yang interview anak kami dalam Metro, tanya kami datang dari mana.. nasib baik si kecik memang belajar Mandarin di SK so boleh la jawab sikit-sikit.?

CADANGAN ITINERARY

Day 1

  • Fly from KL to Harbin
  • Check in hotel, Harbin city
  • Zhongyang Street

Day 2

  • Travel from Harbin to Snow Valley or Snow Town
  • Winter excursions

Day 3

  • Winter excursions di Snow Valley or Snow Town

Day 4

  • Check out from Snow Valley or Snow Town
  • Back to Harbin city

Day 5

  • Harbin Ice Sculpture Festival
  • Saint Sofea Cathedral
  • Zhongyang Street

Day 6

  • Volga Manor
  • Zhaolin Park

Day 7

  • Siberian Tiger Park
  • Stalin Park
  • Songhua River

Day 8

  • Penguin Parade at Polarland Park
  • Sun Island Park

Day 9

  • Harbin Mosque
  • Zhongyang Street

Day 10

  • Fly back to KL

Overall kami sangat puas hati untuk winter trip ke Harbin kali ni, dengan budget yang rendah dapat enjoy winter excursions & enjoy snow fall setiap hari di Dongsheng Forest Farm.?

Total cost akan lebih murah jika bawa bekalan RTE foods & kurang dine in di Halal Restaurant sekitar Harbin.

Custom check di Harbin International Airport tak strict seperti Japan, semua RTE foods termasuk beras (ketupat mini Nona) yang kami bawa lepas je, Alhamdulillah

Snow di Harbin, Heilongjiang pun sama gebu gebas seperti di Hokkaido

So rasanya lepas ni kalau nak enjoy snow & winter excursions dengan kos yang lebih rendah, boleh la pertimbangkan Harbin!

Rasa selamat pusing2 bandar Harbin sama macam travel ke Japan

Penghujung bulan Feb & early March adalah low season untuk winter, jadi Harbin tak crowded sangat dengan tourist dan suhu pun tak extreme sangat sehingga mencecah -25 ke -30 degrees seperti bulan January

China ni sangat underrated & worth to repeat! Yuan pun murah, In Syaa Allah ada rezeki memang akan repeat lagi

Don’t listen to what they say, Go see – Chinese Proverbs

Perkongsian Siti Hanis Khairul’Zaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here