
Kucing yang dibiak di Rusia dilarang daripada memasuki mana-mana pertandingan antarabangsa, menurut kenyataan di laman web The Fédération Internationale Féline (FIFe).
Lembaga Eksekutif FIFe mendakwa pihaknya memutuskan larangan terhadap kucing yang dibiak di Rusia tersebut pada 1 Mac lalu.
Keputusan yang dilakukan itu dikatakan sah sehingga 31 Mei 2022 dan akan disemak semula jika perlu.
Antara syarat yang diputuskan adalah:
- Kucing yang dibiakkan di Rusia tidak boleh diimport dan didaftarkan dalam mana-mana buku salasilah FIFe, tidak mengira organisasi yang mengeluarkannya.
- Pempamer kucing yang tinggal di Rusia tidak boleh mendaftarkan kucingnya dalam mana-mana pameran FIFe di luar Rusia, tanpa mengira keahlian mereka.
Berdasarkan kenyataan tersebut, Lembaga FIFe juga akan mendedikasikan sebahagian bajetnya sebagai sokongan kepada penternak kucing di Ukraine yang terjejas.

“Kami akan berunding dengan Ahli FIFe Ukraine Kesatuan Felinologi Ukraine (UFU) serta ahli kami di negara tersebut berkenaan cara terbaik untuk melakukan ini.”
” Harapan kami agar keadaan mengerikan ini tidak akan bertahan lama dan mereka diberikan keberanian serta nasib yang baik!” dalam kenyataan yang disertakan.
Ahli kelab FIFe yang bersempadan dengan Ukraine, seperti Poland, Romania, Hungary dan Moldova, turut menghulurkan bantuan kepada penternak kucing Ukraine.
Salah seekor kucing aku iaitu Anggun nampaknya akan terkesan, tapi tak mengapakan sayang, fokus untuk jaga anak lah yer kat rumah.
Apa salah kucing ni..
Kesian kucing Rusia, apa salah dia..
Kucing pun jadi mangsa sekatan.