Home ASIA Malaysia Ini baru Rare! Aktiviti Berkhemah Di Langkawi, Why Not Kan?

Ini baru Rare! Aktiviti Berkhemah Di Langkawi, Why Not Kan?

4864
2

Mengembalikan semula esen sebuah perkhemahan team Rimba Segara Langkawi menawarkan perkhidmatan percutian perkhemahan sebenar.

Membuang segala elemen perkhemahan berkonsepkan glamping atau apa sahaja yang mewah, asas perkhemahan amat dititikberatkan Rimba Segara Langkawi.

Misi Rimba Segara Langkawi hanya satu iaitu mengembalikan nostalgia perkhemahan sebenar yang pastinya bakal menjadi nostalgia untuk terus diingati memori pengunjung.

Sudah tentu konsep perkhemahan ini memerlukan lokasi yang menarik memastikan momen perkhemahan dapat dirasai semaksimum yang mungkin bersama pasangan atau rakan dan taulan.

Lokasi perkhemahan yang menjadi pilihan pulau berdekatan dengan air terjun, pinggiran hutan dan persisiran pantai.

Anda nyatakan sahaja impian atau konsep perkhemahan yang anda dambakan, Rimba Segara pasti mampu menjadikan impian itu kepada realiti.

Jangan khuatir mengenai kemudahan perkhemahan. Kesemua kemudahan asas ketika berkhemah telah disediakan oleh Rimba Segara. Mereka hanya menanti anda untuk menikmati keindahan alam semula jadi di Langkawi.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan pada kadar RM199 satu khemah yang mampu memuatkan dua orang dewasa dalam satu masa.

Kos tersebut untuk perkhemahan selama dua hari satu malam sahaja. Makanan juga disediakan oleh pihak pengurusan.

Apa yang perlu anda lakukan hanya tempah, bayar dan nikmati momen berharga itu.

Maklumat lanjut sila layari Instagram rimbasegaralgk

Sumber: Kaki Travel

2 COMMENTS

  1. First rule of camping ialah jaga kebersihan. Jangan tinggalkan kesan. Campers follow rule ni, kekal cantik lah tapak camping.

    Tak pernah camping di Langkawi tapi pengalaman camping saya yang paling menarik setakat ini ialah di Sg Pauh Cameron Highland. Keadaan yang sejuk ala-ala bercamping di luar negara. Yg paling penting kemudahan yg bersih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here