
Khas untuk peminat makanan laut di Lembah Klang, aku ni jarang sangat terlibat dengan rivew-rivew makanan ni sebab kalau nak ikutkan tekak aku yang kadang-kadang agak melampau ni susah untuk puaskan nafsu makan sendiri. Tapi memandangkan Ombak Kitchen ni dekat je dengan office dan tempat tinggal aku jadi aku teruskan niat nak makanan makanan laut kali ini.
Makanan laut atau seafood ni sebenarnya bukanlah pilihan setiap hari tapi seminggu sekali tu teringin juga lah nak rasa kan seafood ni. Lagipun dapat lepak dengan kawaan-kawan sambil makan sudah pastinya satu aktiviti yang cukup dirindui dalam PKP ini.


Berkonsepkan “Shell Out” sudah pasti ianya cukup sesuai bagi meraikan sebarang celebration seperti birthday ataupun anniversary ke baru nampak rare sikit kan.
Pelbagai menu yang ditawarkan untuk jadi pilihan korang semasa makan malam. Bergantung kepada cita rasa masing-masing dan bajet masing-masing.
Antara menu yang dihidangkan di Ombak Kitchen adalah:

Bestnya dekat Ombak Kitchen ni makanan seafood yang dihidangkan kepada pelanggan sangat fresh dan ada 5 pilihan sos yang korang boleh pilih. Nak cerita banyak pasal sos aku bukan lah orang yang tepap untuk komen secara detail apa yang ada dalam sos tersebut. Apa yang orang biasa-biasa macam aku tahu sedap atau tidak. Itu je.
Berkenaan rasa pula, malam tu kami dihidangkan dengan dua sos buttermilk curry dan juga signature ombak crazy cajun sos. Secara personal aku lebih prefer signature sos dia sebab lebih pedas dan kena dengan selera aku. Buttermilk pula not bad cuma rasa dia cepat muak sebenarnya.
Selain 2 pilihan sos ini ada lagi 3 yang korang boleh pilih.


- SIGNATURE OMBAK CRAZY CAJUN SAUCE
- BUTTERMILK CURRY
- CHEESY ZESTY LEMON
- CREAMY TOMYAM
- PERANAKAN SERI NYONY
Bagi peminat ketam pula korang boleh pilih banyak jenis ketam yang ada terpulang juga kepada pilihan masing-masing. Aantaranya adalah Alaskan King Crab, Canadian Red Lobster, XL Live Premium USA Oyster and XL Live Mud Crab!



Selain itu, antara favourite aku juga kalau makana makanan seafood jenis ni adaalah lobster dan juga baby lobster dan juga mussle.
Korang kalau nak makan makanan seafood terbaik di KL boleh lah singgah di Ombak Kitchen Bangsar.
Alamat: 12, Lorong Ara Kiri 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 010-216 5946
Instagram : Ombak Kitchen