Home ASIA Malaysia Dapatkan Promosi Tiket Masuk Serendah RM20 Sahaja ke Petronas Skybridge Tower Sekarang

Dapatkan Promosi Tiket Masuk Serendah RM20 Sahaja ke Petronas Skybridge Tower Sekarang

3601
0

Menara Berkembar Petronas merupakan antara pusat tumpuan pelancong. Tahukah anda bahawa jambatan yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 boleh dikunjungi oleh orang awam?

Ini masanya untuk anda kunjungi Petronas Skybridge untuk melihat keindahan kota dan juga mengetahui sedikit sebanyak sejarah Menara Berkembar Petronas. Difahamkan, harga tiket masuk Petronas Skybridge kini ditawarkan pada harga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Murah, bukan? Rugi jika anda tidak rebut peluang ini dan inilah peluang anda bercuti dalam Malaysia. Bagi anda yang berminat untuk rebut peluang ini, anda boleh dapatkan tiket secara walk-in sahaja.

Petronas Skybridge ini dibuka setiap hari kecuali Isnin pada jam 11 pagi hingga 4 petang. Jangan lupa temujanji kita di sana.

sumber: thevocket

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here