Home ASIA Malaysia Bercuti di Mana? The Daun Resort Langkawi!

Bercuti di Mana? The Daun Resort Langkawi!

432
0

Bercuti di Mana? The Daun Resort Langkawi!. Langkawi, terkenal sebagai destinasi pelancongan terbaik di sini. Daya tarikan utama pelancong yang ingin datang ke sini adalah kerana keunikan pulaunya dan sejarah yang terkandung di pulau tersebut.

Selain dari pulaunya yang cantik serta mempunyai air yang kebiruan, ia juga menjadi salah satu tempat untuk ‘shopping’. Tambahan lagi, di sini merupakan tempat bebas dari cukai. Makin murah lah kalau ‘shopping’ di sini.

Jadi apabila anda tiba di sini, anda boleh mendapatkan khidmat penginapan di The Daun Resort. Best ke menginap di sini? Mari kita tengok apa yang best di sini.

The Daun Resort membawakan konsep mesra alam serta tradisional di mana anda boleh merasakan seperti berada di kampung halaman anda. Dari luaran resort ini pun anda sudah boleh nampak macam resort ini sebuah perkampungan kecil yang unik.

Di sini, mereka mengetengahkan konsep bilik ‘chalet’ yang terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya ialah Kadok Chalet, Sireh Chalet, Inai Chalet, Kesom Chalet (Family) dan Kemangi Chalet (Family). Bilik biasa boleh memuatkan 2-3 orang manakala bilik family boleh memuatkan sehingga 5 orang.

Inai Chalet yang berjaya mencuri tumpuan orang ramai kerana chalet ini dilengkapi dengan ‘shower’ dan ‘bathtub’. Untuk yang suka berendam tu mesti suka punya kalau bilik ada ‘bathtub’ ni. Di sini juga terdapat hidangan sarapan pagi secara buffet di chalet.

Jarak dari sini ke Pantai Cenang juga tidak jauh, cuma 500 meter sahaja. Selain dari itu, anda boleh kunjungi Underwater World yang juga terletak tidak jauh dari kawasan resort ini.

DATARAN HELANG – LANGKAWI

Resort ini mendapat rating 8.2 di booking.com secara keseluruhan. Ini menunjukkan resort ini memberikan servis yang baik dan juga diterima baik daripada pelanggan yang datang.

Anda yang ingin datang ke sini boleh lah menempah di booking.com, agoda, trivago dan anda juga layari facebook The Daun Resort untuk maklumat lanjut.

Sumber: triphackerz

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge