Home ASIA Malaysia Forest Skywalk FRIM Kuala Lumpur, Destinasi Terbaru Untuk Nature Lover!

Forest Skywalk FRIM Kuala Lumpur, Destinasi Terbaru Untuk Nature Lover!

742
1
sumber: twitter IsskndarAriffin

Bagi peminat alam semulajadi ini merupakan tarikan terbaru yang korang perlu cuba iaitu jejantas rimba FRIM atau lebih dikenali sebagai Forest Skywalk FRIM. Untuk mereka yang belum pernah naik tempat tinggi-tinggi macam ni, boleh lah cuba. Alah sekali seumur hidup pun apa salahnya kan.

Forest Skywalk yang dikendalikan oleh FRIM ini terletak di Taman Botani Kepong. Ia akan mula dibuka untuk orang ramai pada 31 Ogos ini yang sebelum ini ditutup oleh kerana dilanda wabak COVID ini.

Untuk membantu menaikkan kembali ekonomi tempatan dan juga mempromosikan tempat ini agar dikenalikan ramai pengunjung yang datang di Malaysia, anda boleh turut serta membantu dengan memuat gambar apabila berada di sini.

sumber: twitter IsskndarAriffin

Waktu beroperasinya adalah 8:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari Isnin hingga Ahad. Akan tetapi pada hari Jumaat waktu operasinya dibahagi kepada dua masa iaitu 8:30 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 2:45 petang hingga 4:30 petang. Kemasukan terakhir di sini adalah satu jam sebelum waktu penutupan iaitu pada jam 4:30 petang.

Anda digalakkan untuk datang pada waktu pagi kerana cuacanya agak sejuk dan tidak ramai orang di sini. Boleh lah bawak kekasih dan dating di sini pada waktu pagi, mesti rasa tenang ja apabila melihat keindahan alam serta cuaca yang ‘cool’.

sumber: frim.gov.my

Kemasukan di sini turut dikenakan caj seperti berikut. Bagi warga dewasa adalah RM 15 manakala warga emas cuma RM 10 sahaja. Terdapat caj tambahan bagi mereka yang ingin menaiki menara 50 meter yang baru ini iaitu RM 5 sahaja dan cuma dihadkan bagi mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.

Dinasihatkan untuk mereka yang gayat atau dikenali sebagai ‘Acrophobia’ tidak menaiki menara ini kerana boleh menambahkan lagi rasa takut anda.

sumber: twitter IsskndarAriffin

Jom luangkan masa anda untuk menikmati pemandangan yang cantik serta mengagumkan ini apabila anda datang di Forest Skywalk ini.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge