Negeri di bawah bayu ini tidak kurang hebatnya dalam menyumbangkan ke arah sektor ekonomi Malaysia. Jadi, bagi mereka yang belum pergi ke Sabah, secara khususnya ke Kundasang, anda boleh terus ‘bookmark’ tempat ini sebagai penginapan anda.
Spring Garden yang terletak di Kundasang bakal membuatkan anda berasa seakan-akan berada di Hollywood. Kenapa Hollywood pulak? Jom kita sambung baca lagi.
Kalau ada yang tengah plan nak ‘honeymoon’ pun boleh jugak datang ke sini. ‘Confirm’ bulan madu anda akan jadi ‘extra’ romatik. Walaupun di sekelilingnya tidaklah mempunyai kepelbagaian, tetapi suasana serta pemandangan sudah mampu membuatkan anda jatuh hati dengan tempat ini.
Di sini anda dapat lihat pemandangan yang sangat cantik. Selain dari itu, bila anda bangun pagi nanti, suasana sejuk dan segar di sini mesti lain macam lah.
Bila berada di kawasan bukit ni, semua tahu lah kan cuacanya macam mana. Apabila masuk waktu tidur, mesti senang nak lelap dan tak akan mengadu punya lah pasal cuaca.
Tambahan lagi, tempat ini sesuai juga jika anda ingin bergambar. Dengan keadaan sekeliling yang cantik penuh dengan kehijauaan, boleh membuatkan jiwa lebih tenang.
Untuk merasai dengan lebih mendalam, anda boleh ‘book’ tiket ke Sabah dan juga terus tempah Spring Garden, Kundasang ini untuk menikmati dan menambahkan lagi keseronokkan apabila anda datang ke Kundasang.
Cantik betul kundasang ni.
Ada juga rancang nak pergi bercuti ke kundasang. Bukan setakat view cantik sahaja, ada juga nak cari makanan laut belah sana.
TAHUKAH ANDA 9/10 RAKYAT MALAYSIA MENGALAMI MASALAH SLEEP DISORDER
Saujana mata memandang keindahan salah satu tempat menarik di negeri kelahiran ini 🙂
Syantiknya Kundasang!! Persis obersea. Kos pun tak semahal gi obersea