Home HOTEL & RESORT Limastiga, Melaka! Weekend Sweet Escape Dengan Family

Limastiga, Melaka! Weekend Sweet Escape Dengan Family

3489
0

Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), banyak plan percutian ke luar negara terbantut. Jadi, melancong serata Malaysia menjadi pilihan terbaik yang sesuai dengan situasi sekarang.

Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga mahupun yang tersayang, mungkin anda boleh datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Selain menawarkan pelbagai destinasi menarik yang menjadi tarikan para pelancong, Melaka juga menawarkan penginapan yang menarik untuk anda terokai.

Limastiga yang terletak di Jalan Bukit Tembakau, Umbai, menjadi pilihan tepat untuk anda menghabiskan cuti hujung minggu dengan penuh kegembiraan.

Apa yang ditawarkan di Limastiga ini bakal mencuri tumpuan anda semua. Dengan suasana yang sangat privasi, anda boleh menghabiskan masa berharga dengan orang yang tersayang.

Selain itu, lokasi Limastiga yang terletak di Umbai sangat dekat dengan medan ikan bakar popular yang sering menjadi tarikan para pengunjung. Tambahan lagi, ia juga hanya 15 minit sahaja dari Bandar Hilir.

Dekorasi yang menarik di mana anda dapat lihat gabungan senibina tradisional serta moden yang menjadi tumpuan untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang ‘instaworthy’

Boleh memuatkan seramai 24 pengunjung, Limastiga juga mempunyai kolam renang privasi yang agak luas serta yang paling menarik, lokasi ini juga mempunyai bilik karaoke!

Jadi, kalau anda ada perancangan ke Melaka, jangan lupa untuk book Limastiga sebagai tempat penginapan anda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here