Home LIFESTYLE Betul Ke Mereka Yang Lahir Bulan September Seorang Yang Malefic?

Betul Ke Mereka Yang Lahir Bulan September Seorang Yang Malefic?

818
1

Malafic secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang evil tapi dalam diam mempunyai hati yang baik. Senang cerita korang pernah tengok movie Maleficient tak? Itu lah maksudnya. Walaupun sinonim dengan kejahatan namun dalam hati seorang hero yang tidak suka menunjuk apabila membuat kebaikan.

Sebelum aku melalut panjang, semalam ada satu games dalam Facebook tentang tingkah laku seseorang berdasarkan bulan kelahirannya. Lebih kurang macam horoscope lah kot.

Aku lahir padah 9 September 1990, ya umur aku lagi sebulan akan masuk angka 3 di hadapan. Tak sangka dan 30 dah bulan depan. Sungguh pantas masa berlalu tapi masih lagi tak sedar diri kan. Blog ini pun mula aktif pada tahun 2009 dan 10 tahun dah.

Bagi yang lahir bulan September, nak juga tahu apa perangai orang yang lahir bulan ini. Kalau ikutkan bintang mereka yang lahir bulan September adalah Virgo.

Mengikut games yang aku maksudkan mereka yang lahir bulan September seorang yang “Bitchy” memang tak dinafikan perangai aku kadang-kadang macam tu lah jugak.

Menariknya adalah penerangan yang positif oleh mereka yang mencipta games ini seolah oleh semua betul. Aku tak percaya seratus peratus tapi macam ada kena mengena dengan aku. Power betul orang yang cipta.

Mereka yang lahir bulan September sangat “genuine” hati macam singa katanya. Sangat passion dalam melakukan apa pun serta berani dan seorang yang kuat.

Dalam kehidupanya masa lalu, dia telah melalui banyak peristiwa hitam. Seolah olah berada dalam kegelapan malam tanpa sebarang cahaya. Sampai nak cerita pun tak sangguplah orang nak dengar. Namun, di sebabkan dia ini sejenis yang hati macam singa, nak tak nak dia terpaksa cekalkan hati untuk lalui segala rintangan di hadapannya.

Ok part ni memang kena dengan aku, kalau nak cerita pasal dark side aku, boleh dikatakan korang tak kan percaya. Aku pun tak sanggup nak ingat balik. Kalau cerita mungkin juga boleh mengalirkan air mata siapa yang mendengarnya.

Tetapi itu jualah yang membawa aku ke tempat aku berada sekarang. Walau masih belum berjaya aku tetap bangga dengan segala cabaran yang aku hadapi aku boleh sampai ke tahap ini.

Lagi, menurutnya juga mereka yang lahir pada bulan September is unbreakable dan never gives up dan perangai yang macam ini juga sejenis kalau nak apa dia akan cuba sedaya upaya untuk dapat. Selagi tak dapat selagi itu juga dia akan cuba. Kalau dah itu yang terlintas di fikiran, memang dia akan cari jalan nak buat.

Disebabkan peristiwa hitam yang dilaluinya waktu terdahulu, dia memang tak kan percaya kali kedua kepada mereka yang pernah menipu. Walaupun dia mudah memaafkan tapi dia akan ingat sampai bila-bila.

Itulah sedikit sebanyak fakta atau auta mereka yang lahir pada bulan September dan ini jugalah perangai aku. Memang 99 peratus tepat.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge