Home HOTEL & RESORT Weekend Getaway – Hard Rock Hotel Desaru Coast Review

Weekend Getaway – Hard Rock Hotel Desaru Coast Review

5672
0

Sejak kerajaan mengumumkan pembukaan semula pelancongan domestik ini merupakan kali pertama aku keluar dari rumah untuk aktiviti pelancongan dan travel.

Agak rindu sebenarnya nak mengembara ke tempat-tempat yang aku beljum pernah jejak lagi, ada banyak perancangan masih dalam kepala otak ni. Kalau tidak kerana pandamik kemungkinan aku dah ada dekat Eropah dah sekarang. Tapi kita hidup hanya sekali, tak nak pula bawa virus tu balik Malaysia, jadi aku tangguhkan sahaja perjalanan ke luar negara buat masa ini.

Cuti-cuti Malaysia diteruskan dengan destinasi pertama aku iaitu Johor Darul Takzim. Setiap kali aku gi Johor memang rasa seperti berada di negara lain sebab tahap ketenangan kali ini lain macam. Jalan agak sunyi mungkin kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 menjadi penyebab rakyat kita masih lagi berkira-kira untuk melancong.

Jadi kali ini untuk percutian hujung minggu destinasi pilihan aku adalah Hard Rock Hotel Desaru Coast. Sebuah hotel yang agak baru di Desaru, Johor. Kenapa dekat Desaru? Ok sepanjang dalam tempoh PKP-D, B, P memang aku dah bayangkan nak lepak di tepi pantai, rasa air laut, main pasir pantai sambil bayu laut membelai, wahh heavennya.

Satu lagi sebab Desaru Coast terletak di persisiran Laut China Selatan jadi air laut semestinya jernih tak seperti air laut Selat Melaka.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Desaru mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan pemanduan santai hujung minggu. Kalau naik bas kemungkinan akan ambil masa yang lebih sebab seingat aku masa aku naik bas ke mersing dulu pun dekat 7 jam kalau tak silap.

Setibanya di perkarangan hotel Hard Rock Desaru, hati aku dah melonjat menunjukkan perasaan teruja lagi-lagi bila nampak ikonik berbentuk gitar yang agak sinonim dengan Hard Rock.

Seperti biasa sebelum check in aku luangkan masa sekejap di luar Hard Rock memandangkan hari dah makin gelap nanti tak cantik pula nak bergambar dengan gitar besar tu. Langit membiru pula menampaknya keadaan yang cukup tenang waktu itu.

Ambiance

Ambiance semasa melangkah masuk ke dalam lobby hotel memang signature Hard Rock Hotel sangat tambahan pula layanan staff yang cukup friendly membuatkan kepenatan memandu jauh dari Kuala Lumpur hilang serta merta. Bermula dari staff yang ditugaskan untuk mengambil bacaan suhu dan receptionist memang banyak membantu. Service yang diberikan memang kelas A. Good Job kepada mereka.

Check-in

Proses mendaftar masuk agak lancar walaupun aku lupa nak sediakan deposite untuk 2 malam tapi aku masih lagi boleh mendaftar masuk. Sesetengah hotel memang tak bagi.

Bilik

Bilik aku terletak di tingkat 6 menghadap swimming pool. Keadaan bilik memang bersih dan telah pun disanitasi. Setakat itu, SOP yang diterapkan oleh kerajaan semuanya dipatuhi dengan sempurna.

Aku sampai dalam jam 8 malam sebab, aku luangkan masa di Johor Premium Outlet dekat separuh hari. Dah siap solat jamak, aku rehat seketika dalam bilik sampai tak sedar dah jam 10 malam. Maklumlah tilam sangat selesa kan.

Perut pula mula berbisik sopan menandakan dah lapar. Seperti kita sedia maklum PKPP masih lagi berjalan jadi service hotel pula hanya sampai jam 10 malam sahaja. Apalagi ambil kunci kereta terus cari kedai di sekitar Bandar Penawar.

Dinner Restoran Warisan

Lucky me, ada banyak kedai yang buka sehingga lewat malam di sekitar sini. Ada yang dah mula beroperasi 24jam. Jadi korang yang sejenis makan lewat tak perlu risau. Restoran Warisan dibuka 24jam.

Hari kedua aku hanya habiskan masa dekat hotel menikmati percutian ini sepenuhnya. Breakfast hari kedua seperti biasa aku ketinggalan sebab bangun lambat.

Lunch di Hotel

Lunch hari kedua dekat hotel, harga memang taraf hotel 5 star, cuma dari segi rasa agak mengecewakan atau memang selera aku tak kena dengan orang Johor pun mungkin juga. Cuma apa yang aku boleh puji sekali lagi staff dia sangat awesome.

Hi Tea dekat Cafe dan Butterfly & Elephant

Memandangkan aku malas nak keluar ke pantai sebab kena naik bas ke Westin Hotel jadi aku lepak dekat cafe dan Butterfly & Elephant sambil berenang jer. Cafe yang pertama aku singgah dekat dengan restoran aku lunch tadi. Coffee dia superb! Korang wajib try bukan biasa-biasa.

Semasa dekat Butterfly & Elephant aku order kentang goreng daan moktail. Well not bad lah.

Swimming Pool

Ini agak mengecewakan, mengikut SOP hanya 30-35 orang sahaja dibenarkan masuk dalam kolam setiap sejam, this is okay. Cuma masalahnya air dalam kolam agak keruh, sangat keruh dan ada bau yang tak menyenangkan.

Satu lagi swimming pool hanya ada satu dan ianya terpaksa dikongsi antara orang dewasa dan kanak-kanak. Jika dibangdingkan dengan Hard Rock Hotel Penang memang jauh ketinggalan. View pun menghadap hutan which is atthe first place orang datang bercuti di Desaru Coast untuk menikmati pantai.

Dari segi positif yang aku boleh puji sekali lagi adalah staff mereka yang sangat friendly dan helpful.

Dinner di Nelayan Seafood by The Coast

Hari kedua aku keluar dinner seafood dekat restoran nelayan, biasalah bila datang tepi laut ni nak juga merasa makan seafood. Lagipun restoran ni mendapat review yang baik dekat google. Terletak lebih kurang 5 minit pemanduan dari HRH Desaru, hidangan makanan laut di sini memang segar ada banyak pilihan. Malam itu aku pilih lobster, ketam dan sotong. Dari segi harga memang berpatutan tetapi dari segi rasa biasa jer.

Rock Shop

Bagi mereka yang suka kumpul barangan Hard Rock macam aku, korang mesti akan habiskan banyak duit di sana sebab kat sini banyak design baju yang menarik, cutting pula memang cutting orang asia.

Breakfast

Hari terakhir barulah berpeluang untuk breakfast dekat hotel. Bagi mereka yang masih tidak tahu bermula dari PKP lagi hidangan secara buffet tidak lagi diteruskan di mana-mana hotel. Situasi sekarang mereka akan hidangkan, dan korang akan ambil apa yang dihidangkan. Bagus juga kurang sikit pembaziran. Mengenai sarapan pagi di HRH Desaru pun agak mengecewakan. Nasi lemak bungkus tu kalau nak ikutkan lagi sedap nasi lemak yang korang beli tepi jalan. Memang tak ada taraf hotel 5 bintang. Pilihan juga tak banyak cuma yang selamatkan keadaan adalah staff mereka yang awesome.

Check-out

Kat sini tak ada express check-out. Ambil masa sehingga 15-20 minit untuk check-out sebab orang ramai dan SOP yang pertu dipatuhi. Walaupun ambil masa yang lama, staff yang bertugas masih lagi membantu untuk memudahkan pelanggan mereka dari segi tawaran untuk validated kad touch N go.

Apa yang aku boleh katakan staff mereka sepanjang aku dekat sana tak lekang dari senyuman dan sedia membantu pelanggan mereka sedaya yang boleh.

Secara keseluruhan, aku boleh katakan percutian ini bukanlah totally suck. Aku masih boleh rileks dan menikmati detik-detik indah sepanjang percutian.

Selain itu banyak lagi yang korang boleh buat dekat sini sebenarnya. Ada taman tema, spa, pantai desaru dan macam-macam lagi lah. Cuma sejak aku dah dewasa ni nak buat semua aktiviti dalam masa 2 hari memang semput habis lah.

Rating

  • Bilik – 4 star
  • Kebersihan – 4 star
  • Harga – 4 star (Berpatutan)
  • Lokasi – 2 star
  • Ambience – 3 star
  • Kemudahan (Swimming Pool) – 2 star
  • Kemudahan (Parking) – 3 star
  • Perkhidmatan (Staff) – 5 star
  • Food (Cafe) – 4 star
  • Food (Breakfast & Lunch) – 2 star
  • Food (Butterfly & Elephant) – 3 star
  • Check-in – 4 star
  • Check-out – 2 star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here