Melaka merupakan satu destinasi hujung minggu yang cukup popular buat warga kota. Baru-baru ini aku berpeluang untuk gunakan cuti hujung minggu sebagai weekend getaway setelah lama aku habiskan waktu hujung minggu untuk layan Netflix dekat rumah.

Jadi setelah, membuat sedikit kajian di google dan apa yang aku mahu pada hujung minggu, aku putuskan untuk bercuti di Hatten Place Melaka.  Sekali Nampak macam kool jer hotel ini lagi satu dekat Hatten City ni pun ada Sky Deck salah satu tempat yang super kool untuk lepak dan view yang paling best korangboleh dapat di seluruh negeri Melaka.

Seperti biasa perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa dalam 2 jam sesuai dengan trip weekend getaway.

Ground Floor
Lobby, 12th Floor

Hatten Place ni terletak di Hatten City, Melaka Raya. Korang jangan tertukar pula dengan Hatten Hotel. Hatten Place ni berkongsi bangunan dengan Elements Mall dan DoubleTree by Hilton Melaka. Ianya terletak betul-betul berhadapan dengan projek Melaka Gateway.

Actually aku tersilap hotel sebenarnya, aku pergi check in dekat Hatten Hotel. Hahhaa

Lobi Hatten Place terletak di tingkat 12, tapi bila korang masuk je bangunan ni korang akan rasa satu suasana yang cukup moden serta canggil dengan design yang simple tapi ada maksud. Susah aku nak describe tapi style dia memang lain dari hotel yang aku pernah stay.

Bila naik ke tingkat 12 pula, lobi dia sebesar alam dengan suasana yang agak tenang. Actually lepak dekat lobi pun dah best aku rasa. Banyak kemudahan yang disediakan di lobi seperti access internet. Seterusnya proses check in berjalan dengan lancar, tak perlu tunggu lama pun, maybe sebab aku sampai lambat kot. But staff diorang memang peramah. Aku boleh puji bab ni.

One Bedroom Suite

Dah dapat kunci apa lagi terus masuk bilik ler. Bilik aku dekat Hotel ini jenis One Bedroom Suite yang berada di tingkat yang agak tinggi, kalau tak silap aku second higher. Sesuai dengan Suite, view yang terhidang dari suite ini pun boleh tahan. Rasa macam berada di atas kayangan jer sebab masa aku pergi ni jerebu agak teruk. So view dia pun macam ada dekat kayangan, kalau datang waktu biasa view yang korang boleh lihat adalah Melaka Gateway.

Keluasan bilik ni memang luas, korang boleh siap berlari lagi (61.4 sqm). Paling best bilik tidur dan living room diasingkan . Kalau datang berdua tak perlu nak berebut untuk tengok TV sebab dekat suite ni ada 2 TV bersaiz 48” TV LED yer.  Bath tube pun ada dua.

Antara banyak-banyak benda best yang ada kat sini, bagi aku memang tak boleh lawan dengan Bath Tube dia. Pergh korang boleh lepak seharian dekat bath tube je aku rasa sebab view dia memang giler best. Bayangkan korang tengah berendam dalam tube dengan permandangan Selat Melaka. Pasang pula lagu, perghhh… Rasa macam tak nak keluar je dari bilik mandi tu.  Serius weh aku hanya keluar untuk gi makan jer sebab teringin nak makan asam pedas Melaka.

Kelengkapan lain macam biasa standard hotel 4 star yang lain, ada coffee / tea making, In-room safe, iron & board, free wifi dan complementary buah-buahan. Kebersihan dan keselesaan aku bagi 5 star sebab satu towel dia best, toiletries dia not bad dan paling penting tilam dan bantal memang A plus. Satu lagi bantal kat sini korang boleh request taw nak bantal jenis macam mana. Ada satu kad macam di bawah ni.

Makan-Makan

Coffeevine
Snow Espresso

Kalau bab makan datang Melaka memang aku cari asam pedas ler, jadi lunch time aku dekat bandar yang tak jauh pun dari hotel ini. Kalau korang malas nak keluar boleh makan dekat Elements Mall sebelah ni jer. Connecting dengan Hotel ni. Untuk tea time korang boleh coffee-coffee dekat Coffeevine yang terletak aras G. Kafe ni agak hipster sesuai untuk mereka yang suka bergambar sebab kat sini sangat instagrammable. Dah alang-alang singgah kat sini korang kena rasa snow espresso. Espresso yang dihidangkan dengan gumpalan gula-gula kapas yang menyerupai salji, sesuailah dengan namanya. Oh, dan hidangan ini adalah percuma untuk setiap tetamu di Hatten Place Melaka ni tau!

Dinner Sky Deck at Hatten City

Disebabkan weekend getaway aku kali ini jatuh pada hari lahir aku iaitu 9 September aku dapat Romantic Dinner untuk 2 orang  dekat Gales, Sky Deck Hatten City. Restoran ni bertemakan Perancis, jadi makanan sempena hari lahir aku pun adalah basad on 3 course France Cuisine. Selepas desert aku menerima sedikit kejutan dari pihak restoran kira birthday surprise lah apabila tiba-tiba staff datang bawa kek bersama lilin dan menyanyikan lagu selamat hari lahir. Serius aku tak pernah dapat surprise macam ni. Rasa macam special pulak walaupun aku datang ke sini atas dasar kerja.

Bagi korang yang bercadang untuk sambut hari lahir atau anniversary ke korang boleh datang kat sini bawa yang tersayang. Mereka ada sediakan pakej yang Sparks & Surprise dengan tawaran harga yang cukup menarik. Sama macam apa yang aku dapat. Secara teknikalnya macam aku buat surprise untuk diri sendiri sebenarnya. Sebab aku yang booking, aku datang sendiri dan aku dapat surprise sendiri. Tapi jujur aku memang tak tahu bab birthday surprise. Pihak Hatten Place yang aturkan. Thanks so much! Love u Hatten Place…

Selesai dinner dan makan kek birthday sendiri, aku just lepak dan chill dekat Sky Deck ambil angin malam sambil menyaksikan view waktu malam bandar Melaka yang penuh dengan sejarah ini.

Dah kenyang makan angin aku balik bilik lepak dekat bilik pula sampai tertidur.

Infinity Swimming Pool
Gym

Keesokkan pagi macam biasa bilik ini hadir bersama breakfast untuk 2 orang di Thyme Restaurant tingkat 12. Breakfast macam biasa jenis buffet dan aku ni bukanlah morning person so aku just makan ala kadar jer sekadar isi perut. Kebiasaannya aku tak breakfast pun tapi sebab nak try makan kat sini aku turun jam 8 pagi untuk sedikit saarapan pagi. Makanan tak banyak aku boleh komen sebab aku just ambil cereal jer. But aku nampak macam ada banyak pilihan. Habis breakfast aku naik bilik. Cadangannya nak mandi swimming pool tapi itulah mood nak berendam tak berapa nak ada. Swimming pool kat kondo aku pun aku tak pernah jejak. Tapi bagi mereka yang suka lepak dekat swimming pool aku cadangkan korang daatang mandi waktu petang sebab cuaca yang redup sambil lihat sunset. Swimming pool jenis infinity pool yer.

Fasiliti lain termasukkan gym, steam room dan juga sauna bermula 7 pagi hingga 10m malam.

Highlight

The Drift (Level 44)

Sky Deck @ Hatten City merupakan tempat yang paling exclusive yang menawarkan pemandangan sunset panorama Selat Melaka 360 darjah.Terletak pada level 44 dan ketinggian 195 meter membuatkan Sky Deck ini menjadi puncak tertinggi di Melaka.

Bukan itu sahaja, Sky Deck juga menawarkan dining restoran yang cukup mewah dan beberapa coffee club buat mereka yang hendak minum petang sambil menyaksikan sunset yang cukup indah.

Antara pilihan restoran yang ada di sini adalah:

Gales (Level 44)
Lunch: 12.00pm – 2.30pm
Dinner: 6.00pm – 10.00pm

The Drift (Level 44)
5.00pm – 12.00am

Aromas Coffee Club (Level 43)
Daily 10.00am – 10.00pm

He’ Feng Chinese Cuisine (Level 43)
Lunch: 12.00pm – 2.30pm
Dinner: 6.00pm – 10.00pm
Dim Sum – Daily except Mondays 10.00am – 2.30pm

Harga Pass Masuk ke Sky Deck adalah RM20 per person (Mon – Fri), RM25 per person (Sat, Sun, Public Holiday)

Kalau korang stay dekat Hatten Place korang boleh ke Sky Deck ini secara percuma.

Overall, aku rasa Hatten Place ni lain dari yang lain, sesuai untuk traveller yang ingin luangkan masa di Melaka dengan penuh bergaya. Selain itu, Hatten Place juga sesuai untuk mereka yang ingin meraikan ulang tahun perkahwinan dan juga memberi surprise birthday kepada yang tersayang. Dengan view yang cukup mempersonakan tambah pula lokasi yang cukup strategic, Hatten Place sangat sesuai untuk staycation jika korang singgah di Melaka.

Matlumat Lanjut:

Hatten Place Melaka

Hatten City, Jalan Melaka Raya 23,
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka,
Malaysia.
Tel : 606-222 9696
Fax : 606-229 9696

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge