Bagi peminat percutian pulau, Pulau Belitung yang terletak di Timur Sumatra merupakan salah satu pulau yang wajib korang pergi. Dengan keindahan pulau yang boleh dikatakaan sebagai syurga dunia ini pastinya membuatkan percutian korang bertambah awesome.

Bayangkan bunyian deruan ombak yang bermain-main di halwa telinga, di samping angin bayu yang membelai rambut serta kulit korang, perghhhh rasa macam tak nak balik kot. Pulau Belitung juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi bulan madu bagi pengantin yang ingin berdua-duaan.

Pulau Belitung merangkumi keluasan 4,800.6 km2 dan mempunyai population penduduk seramai 271,868 orang pada tahun 2014. Mungkin pada tahun 2019 penduduknya semain bertambah.

Salah satu sebab Pulau ini bergitu popular adalah tidak lain tidak bukan kerana penggambaran filem “Laskar Pelangi” yang memaparkan keindahan alam semulajadi pulau ini.

Tidak dinafikan destinasi percutian di Sumatera, Indonesia terutama Pulau Belitung semakin terkenal dalam kalangan pelancong luar adalah kerana penangan filem Laskar Pelangi ini juga.

Filem yang digarap berdasarkan novel tulisan penduduk tempatan Pulau Belitung sendiri iaitu Andrea Hirata sememangnya telah mendapat sambutan hangat dan ramai yang mengimpikan untuk melihat sendiri keindahan pulau berkenaan seperti di dalam filem itu.

Belitung, dikelilingi lebih dari 100 pulau kecil dengan kecantikan alam semulajadi, pantai yang indah dan air laut yang jernih, serta pelbagai aktiviti air boleh dilakukan di destinasi pelancongan berkenaan.

Antara pulau-pulau paling terkenal di sekitar Belitung yang lengkap dengan pakej pantai berpasir putih ialah Pulau Pasir, Pulau Batu Burung Garuda, Pulau Leebong dan Pulau Batu Berlayar.

Jika korang salah seorang yang mempunyai perancangan untuk bercuti ke Pulau Belitung, jangan lupa untuk singgah merakamkan kenangan di beberapa lokasi cantik ini, dijamin foto anda bakal meletop seperti gambar-gambar Instafamous.

#1. Tasik Kaolin

Kalau korang ke Belitung, rugi sekiranya tidak melawat ke Tasik Kaolin yang airnya jernih seakan berwarna biru turquoise hingga mendapat nama jolokan Tasik Biru Belitung.

Tasik ini pada asalnya merupakan sebuah lombong tanah liat putih atau kaolin yang terbiar. Kaolin merupakan sejenis mineral yang selalu digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan farmaseutikal, seramik dan ubat gigi.

Lokasi ini sememangnya sangat tenang dan mendamaikan, serta ramai yang ke sini untuk bersantai menenangkan fikiran. Jika anda ke sini jangan lupa untuk mengabadikan kenangan dengan berlatarbelakangkan air tasik biru yang cantik ini.

#2. Kelapa Kampit

Satu lagi contoh bagaimana lombong terbiar boleh menjadi tasik yang indah ialah Kelapa Kampit. Dengan kedalaman 30 hingga 50 meter, air tasik di sini juga berwarna biru turquoise dan boleh menjadi lanskap yang cantik serta unik untuk gambar Instagram anda.

#3. Rumah Api

Pulau Belitung juga popular dengan pemandangan Rumah Api setinggi 50 meter yang dibina pada tahun 1882 oleh penjajah Belanda dan terletak di Pulau Lengkuas.

Dari puncak Rumah Api tersebut, anda dapat melihat pemandangan udara Belitung. Jika inginkan pengalaman yang lebih unik, anda juga boleh bermalam di dalam khemah bersama rakan-rakan setelah mendapatkan kebenaran daripada pihak yang menjaga Rumah Api tersebut.

#4. Pulau Batu Garuda

Jika korang ternampak sebuah batu granit yang berbentuk seakan burung garuda, ia bererti anda telah sampai ke Pulau Batu Garuda Belitung.

Susunan semulajadi batu-batu di sini sudah cukup untuk membuatkan foto kenangan anda terlihat sangat cantik dan menarik.

Selepas bergambar, korang juga boleh cuba aktiviti snorkelling di sini.

#5. Muzium Andrea Hirata

Muzium ini sememangnya didedikasikan kepada pengarang terkenal Indonesia yang juga anak kelahiran Pulau Belitung iaitu Andrea Hirata, yang popular dengan novel Laskar Pelangi hingga diadaptasi menjadi filem serta diterbitkan dalam pelbagai bahasa.

Luaran muzium ini yang dibina dan dihiasi dengan cat berwarna-warni seakan pelangi sudah pasti menjadi spot Instagrammable yang sangat menarik untuk foto anda.

Muzium ini sememangnya syurga buat si ulat buku kerana di sini turut dipamerkan koleksi novel-novel Andrea dan juga barangan peribadinya.

#6. Warung Kopi Anoi

Bandar Belitung iaitu di Manggar, Belitung Timur terkenal sebagai sebuah destinasi untuk menikmati kopi tradisional Belitung.

Jika ke sana, anda akan dapati banyak deretan warung-warung kopi atau disebut masyarakat tempatan sebagai Warkop untuk anda singgahi.

Antara warkop yang cantik untuk dirakamkan sebagai gambar di Instagram tentunya Warung Kopi Anoi yang telah beroperasi sejak tahun 1982.

Di sini, anda jangan lupa untuk pesan kopi susu es atau kopi hitam asli Indonesia yang hanya berharga 5,000 Rupiah atau RM1.50 segelas. Murah, kan!!

Tips di Pulau Belitung

Kalau korang bercuti ke Pulau Belitung, Indonesia, jangan buang sampah merata-rata di destinasi pelancongan tersebut.

Ini kerana mulai bulan September nanti, sesiapa yang didapati membuang sampah sembarangan boleh dikenakan denda hingga 50 juta Rupiah atau RM 14,731 dan hukuman penjara selama 3 bulan.

Jika terdapat laporan daripada orang ramai yang mendapati ada individu tertangkap dan dilihat membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya atau mempunyai bukti secara rakaman video, tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkuasa Kepulauan Bangka Belitung.

Peraturan baharu itu dikuatkuasakan bertujuan untuk mendisiplinkan penduduk sekitar Belitung dan juga pelancong luar supaya menjaga alam sekitar pulau berkenaan daripada pencemaran dan memelihara keindahan lokasi tersebut sebagai salah satu destinasi percutian terkenal Indonesia.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge