Aomori Prefecture terletak di kawasan Tohoku bersebelahan dengan Akita Prefecture. Tohoku juga antara destinasi yang cukup popular terutama pada musim luruh di Jepun. Kebiasaanya pelancong akan padat di kawasan Tohuku terutama pada hujung september sehingga awal desember. Jadi kita korang bercadang nak ke Aomori atau Akita sila buat sebarang tempahan hotel dan penerbangan seawal mungkin.

Jika lihat peta Jepun, Aomori terletak paling atas di pulau Honshu, di bawah sedikit pulau Hokkaido. Jadi tidak hairanlah cuaca pada musim sejuk di Aomori agak extream dan salji agak tebal bila masuk musim sejuk.

Secara keseluruhan, aku boleh kategorikan Aomori ini sebagai tempat travel Culture dan Nature. Mereka yang suka 2 kategori ini bolehlah datang ke Aomori.

Selepas tamat trip aku di Akita, aku sambung trip jelajah Aomori. Aku ambil 5 hari sahaja untuk jelajah kali ini. Actually, 5 hari tu dah kira lama dah untuk aku travel di satu-satu tempat atau prefecture di Jepun.

Disebabkan aku travel ke sini pada awal Autumn, kebanyakkan aktiviti agak terhad kerana waktu siang agak singkat. Seawal jam 5 petang kat sini dah mula gelap. Jadi aku sarankan korang yang nak buat aktiviti pada musim luruh dan musim sejuk kena start seawal jam 7 pagi.

Pengangkutan / Transportation

Dari Kuala Lumpur korang boleh ambil flight ke Tokyo, then dari Tokyo korang ada 2 pilihan untuk ke Aomori iaitu melalui train atau flight. If korang pilih untuk naik train, korang boleh naik Bullet train dari station Tokyo ke Aomori Station, Hachinohe Station dan Hirosaki Station

Tapi aku pilih untuk laluan udara, sebab bullet train untuk single ticket agak mahal melainkan korang beli JR Pass untuk travel selama 7 hari, but target aku hanya Aomori so no point guna JR Pass.

Flight aku ambil dari KL ke Haneda Airport melalui ANA. Kalau nak ke Jepun, aku lebih prefer ANA sebab airline dia guna Dreamliner, service tip top dan selesa. Dari Haneda aku ada 2 pilihan nak terus ke Aomori Airport atau ke Osaka Itami. Disebabkan ianya domestic flight, so penerbangan agak limited, aaku terpaksa fly ke Osaka Itami then baru fly ke Aomori. Kira 3 kali juga aku naik flight. Dari jam 8.30 pagi dekat KL aku sampai ke Aomori dalam jam 8 malam. Almost 12 jam perjalanan.

Di Aomori korang boleh sewe kereta atau naik public transport, ada bas disediakan. Kalau pergi ramai better sewe kereta lah. Dari Airport aku naik bas ke bandar Aomori untuk check in di hotel untuk malam pertama. Bandar Aomori seawal jam 8 malam dan sunyi sepi dan kedai banyak tutup. Tapi ada banyak kedai 24 jam yang korang boleh beli makanan untuk dinner.

Tempat dan Aktiviti Menarik di Aomori

Banyak tempat yang korang boleh pergi dekat Aomori, bukan sahaja untuk mereka yaang sukakan nature malah pada trip kali ini juga aku sempat pergi ke muzium yang agak rare di mana korang tak leh dapat kat tempat lain iaitu Oga muzium. Aku agal tertarik sebenarnya bila sampai tempat ni. Nanti aku cerita lebih detail. Ada juga tempat yang dah masuk dalam itinerary namun terpaksa cancelled sebab ada masalah tertentu.

Jogakura Ohashi Bridge

Ini tempat pertama ada dalam itinerary aku. View yang cantik untuk musim luruh sebab korang boleh tengok pelbagai jenis warna Autumn. Disebabkan disini terdapat banyak spesis pokok maple, jadi korang boleh lihat perbezaan setiap warna kuning pada daun pokok.

Jogakura Ohashi Bridge merupakan jambatan gantung yang paling panjang di seluruh Jepun sepanjang 360 meter dan tiang yang menyokong jambatan ini pula setinggi 255 meter. Jambatan ini dibuka pada tahun 1995 yang menghubungkan Tsugaru dan Nanbu. Dari atas jaambatan ini korang boleh lihat dengan jelas pemandangan Towada-Hachimantai National Park yang cukup memukau.

Tempat ini dibuka kepada public dan korang tak perlu bayar apa pun untuk ke sini. Cuma ramai juga orang dekat sini pada musim luruh. Disebebkan tak ada aktiviti di sini jadi masa yang aku cadangkan untuk korang habiskan dekat sini sekitar 30 minit hingga 1 jam. Melainkan korang jenis suka tengok view lama-lama. Menariknya sepanjang perjalanan ke tempat ini, korang akan dihidangkan dengan pemandangan yang cukup cantik. Ada beberapa pit stop yang korang boleh singgah dan bergambar karena pit stop area sini ada feel macam dalam movie.

Access: Nak ke sini korang tak ada pilihan lain melainkan guna kereta sewa

Oirase Gorge

Tempat ni juga antara hot spot pada musim luruh bukan sahaja dekat Aomori malah dekat seluruh Jepun. Bila sampai di kawasan ni korang akan rasa feeling walk into the jungle. Udara yang sungguh segar, bunyi deruan air terjun dan sungai mula mengekori halwa telinga korang. Bagi mereka yang sukakan alam sekitar memang sesuai.

Oirase Gorge merupakan salah satu lembah yang paling cantik di Jepun. Bukan tercantik tapi tergolong antara lembah yang paling cantik. Kalau nak cover keseluruhan lembah ini korang kena berjalan 14km dari Hakkoda-san dan Nenokuchi menuju ke Lake Towada.

Ada beberapa air terjun yang menjadi tumpuan di sekitar Oirase Gorge, antaranya adalah Kumoi waterfall, Choshi Otaki, Ashura Current, dan Kujukushima. But of couse tak semua air terjun ini aku mampu pergi. Tapi sempat lah bergambar dekat salah satu air terjun kat sini.

Bagi korang yang sejenis malas nak berjalan korang boleh sewa basikal dekat The Oirase Stream Museum dan dekat sini boleh beli sneak dan juga souvenir.

Tips: Oirase Gorge adalah tempat paling digemari oleh para hikers dan cyclists dan wajib singgah jika datang ek Aomori Prefecture.

Access: Boleh naik bas dari JR Aomori Station/JR Shin-Aomori Station ke JR Bus Mizuumi dan stop dekat Yakeyama Bus Stop. Masa perjalan denagn bas lebih kurang 120 minit. Selain tu kalau sewa kereta boleh drive terus. Pada musim winter public transport di tutup sebab salji tebal dan jarang orang masuk hutan masa musim salji.

Towada Lake

Jika sebelum ni aku pergi Tazawa Lake, sekarang aku pergi pula Towada Lake. Bezanya Tawaza Lake dekat Akita Prefecture manakala Towada Lake dekat Aomori Prefecture. Diorang ni sebelah sebelah je kira adik beradik. Ianya merupakan sebahagian dari Towada-Hachimantai National Park dan merupakan tasik caldera yang paling besar di Pulau Honshu. Jangan tertukar Tazawa Lake tasik paling dalam, Towada Lake tasik paling besar. So aku dah cover dua-dua tasik yang paling dalam dan besar dekat Pulau Honshu Japan.

Bagi yang tak biasa dengan Geografi, Honshu merupakan pulau yang besar di Jepun. Satu lagi adalah Pulau Hokkaido. Tokyo terletak dalam Pulau Honshu.

Berbalik kepada Towada Lake, sebuah tasik yang begitu indah dipandang, banyak aktiviti menarik boleh dibuat sepanjang di tasik ini, namun ia menyimpan pelbagai misteri membuatkan tasik ini begitu mengasikkan.

Salah satu satu aktiviti yang korang boleh buat dekat tasik ini dalah berkayak atau Kanu / Canoe dalam bahasa orang putihnya. Actually kayak dan kanu ini tak sama ya. Aku pun keliru at the first time tapi bila dah berkanu ni baru aku faham perbezaan dia. Kanu ni sedikit mencabar dari kayak dan peluang ko nak jatuh dalam air lebih tinggi mengikut kata jurulatih kanu kami pada hari itu. Tapi Alhamdulillah sepanjang berkanu tak de pula jatuh maybe sebab tasik ni dalam dah agak scary dengan air sejuk masum autumn membuatkan masing-masing berhaati-hati.

Pada musim luruh, korang dapat menyaksikan hutan di sekitar Towada Lake menjadi merah emas dan kuning. Sangat indah guys. Korang kena datang sini tau.

Tasik seluas 46km dan kedalaman 327 meter ini terhasil daripada letupan gunung berapi satu ketika dahulu membuatkan keadaan sekitarnya sungguh unik. Salah satunya adalah pokok di kawasan ini boleh tumbuh di atas celahan batu. Pada musim sejuk pulak tasik ini tidak akan membeku menyebabkan ianya digelar “Mystic Lake” sedangkan ianya terletak di utara Jepun di mana ianya lebih sejuk berbanding kawasan yang terletak di selatan Jepun. For the record paling utara adalah Pulau Hokkaido.

Access: Boleh naik bas di JR Shin-Aomori Station selama 3 Jam 10 Minit.

Hakkoda Ropeway

Hakkoda Mount merupaka tempat yang paling, view paling stunning pada musih luruh. Ianya juga merupakan antara 100 gunung paling popular di Jepun. Gunung ini berketinggian 1585 meter dari atas korang boleh lihat warna Autumn yang cukup mempersonakan. Namun sayang, kami tak dapat pergi sebab masa tu Ropeway ada masalah teknikal dan sedang dalam proses membaik pulih. So korang kalau datang Aomori, pastikan korang masukkan Hokkoda Ropeway dalam itinerary korang. Aku tak leh ulas panjang sebab tak pergi.

Hirosaki Castle

Disebabkan aku tak dapat pergi ke Gunung Hakkoda, aku terpaksa cari tempat lain untuk ganti aktiviti dalam itinerary. Lepas tolak tambah masa perjalanan aku decided ke Hirosaki Castle. Sejujurnya bagi aku Hirosaki Castle agak unik tapi kalau pergi musim bunga lagi berbaloi sebab Hirosaki Park banyak pokok sakuran. Pada musim luruh aku tak rasa berbaloi untuk datang ke sini. But dah tak ada tempat lain, jadi aku datang juga kat sini memenuhi masa terluang.

Anyway kalau bawa budak-budak, tempat ni sesuai sangat sebab ruangnya yang luas dan banyak aktiviti boleh buat untuk keluarkan peluh di sini.

Access: Boleh naik bas dah stop dekat JR Hirosaki Station. Musim sejuk Castle ini dtutup untuk orang ramai.

Iwakiyama Shrine

Shrine ini terletak di kaki gunung Iwaki yang juga dikenali sebagai Tsugaru Fuji dan telahpun berusia 1,200 tahun lamaya. Kebanyakkan pokok-pokok dekat sini tinggi-tinggi dan besar belaka. Nak peluk pun tak lepak.

Bagi mereka yang suka bergambar boleh datang kesini sebab gambar kalau pandai cari angle mesti cantik. Lagi-lagi kalau datang waktu musim sejuk sebab salji akan tebal di kawasan ini.

Di atas Shrine ini kalau korang dah menapak sampai puncak, ada satu sumber air yang dikatakan suci mengalir dari celahan bukit. Air ni sangat segar dan boleh diminum. Pelancong yang datang ke sini akan singgah dulu untuk mencuci tangan sebelum masuk ke dalam shrine.

Dari Shrine ini, korang boleh nampak Gunung Iwaki yag tersergam indah di balik pokok-pokok yang tinggi.

Shirakami Sanchi, Lake Juniko

Shirakami Sanchi merupakan kawasan gunung yang menghubungkan Akita dan Aomori di kawasan Tohoku. Lake Juniko pula tasik yang berada di kawasan gunung ini. Nama English bagi Lake Juniko adalah Twelve Lakes kerana Juniko terdiri dari 12 tasik dan kolam yang begitu indah. Namun sebenarnya Lake Juniko terdiri daripada 33 tasik pada satu ketika dahulu.

Ketika zaman Edo dahulu, berlakunya gempa bumi yang besar membuatkan perubahan bumi dan selebihnya tasik Juniko tidak kelihana. Sehingga hari inihanya 12 sahaja yang boleh nampak. Korang kalau datang ke sini boleh sahaja nak lawat kesemua 12 tasik ni tapi makan masa panjang maybe 1 hari kot. Aku sempagt lawat 3-4 tasik jer sebelum blah dari sini untuk next destinasi.

Salah satu tasik yang wajib pergi adalah Aoike. Aoike merupakan sebuah tasik yang cukup misteri kerana airnya yang warna biru kristal. Walaupun tasik ini sedalam 9 meter namun masih boleh dilihat sehingga ke dasar tasik dengan mata kasar. Warna biru air ini masih lagi misteri sehingga sekarang. Kebiruan tasik ini lagi menyerlah terutama pada musim panas.

Namahage Museum

Hari terakhir aku mula bergerak ke Akita Prefecture kerena aku akan balik ke Tokyo melalui bullet train dari Akita. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam kalau tak silap aku. Namahage Museum terletak di Oga, Akita.

Trip di Akita yang lepas aku hanya cover Semboku City sahaja, jadi kali ini aku sempat cover satu lagi daerah di Akita iaitu Oga. Uniknya Oga korang boleh kenali budaya mereka pada zaman dahulu.

Mula-mula bila sampai aku dah cakap dalam hati “muzium ni mesti boring siot”. Biasalah budak-budak milenial ni mana nak pergi muzium. Tapi surprisingly beb muzium ni tak sama macam muzium yang pernah aku masuk sebelum ini. Ada satu show tu ok aku cerita secara paling ringkas ya.

Tradisi zaman-zaman dahulu, akan ada 3 orang datang dekat rumah pakai topeng ogres untuk mencari isteri orang dan kanak-kanak yang pemalas. Lepas tu diorang akan acah-acah nak ambil bawa balik tapi ketua keluarga akan deal dengan ogres tu, lepas diorang tak jadi ambil dan bagi nasihat. ketua keluaga kena sediakan makanan dan sedikit duit atau apa-apa sebagao balasan. Korang boleh rasa feel dia betul-betul masa show ni silap-silap korang yang akan dia target sebagai orang pemalas tu. Suara dia kuat gila kot. Serius scary.

Nyudozaki

Nyudozaki ni merupakan rumah api yang cukup popular di Aomori kerana view matahari terbenam yang cantik terlepak di hujung semenanjung Oga. Kira ni tempat paling hujung sekali dalam peta Jepun (Honshu). Di sini juga tersenarai dalam top 100 untuk tengok panorama matahari terbenam dan rumah api ini tersenarai dalam 50 rumah api paling popular di Jepun.

Dekat sini juga terdapat monument batu volcanic yang menunjukkan ianya terletak betul-betul 40 darjah latitud ke utara. Bila sampai dekat sini korang akan tertanya-tanya apa benda batu yang besar-besar kat tengah-tengah ni. Bila dah baca dia punya description dekat batu tu nanti korang akan faham.

Mt. Kanpuzan

Terletak pada ketinggian 355 meter dari paras laut, Mt. Kanpuzan menyajikan korang satu view 360 darjah yang sangat indah dan tenang sekali. Boleh nampak kehijauan padang rumput, lepas tu ada pemandangan laut lagi. Tapi kat sini just sekadar view sahaja. Ada restoran but a bit expensive lah.

5 hari dekat Aomori dan Akita ini 10 the BEST things to do. Seperti aku cakap di awal sebelum ni Aomori dan Akita is the best for nature. Berbeza dengan tempat lain di Jepun yang banyak memberi fokus kepada culture dan shopping.

Hotel di Aomori Prefecture

  • Minamida Onsen Hotel Apple Land
  • Ajigasawa Onsen Fukaura Kanko Hotel
  • Oga Hotel

Tempat Makan di Aomori Prefecture

  • French restaurant Chez-moi
  • Kiritanpo at Kaneyu
  • Roadside rest area Ogare

Itu sahaja buat masa ini, Kita lihat nanti kemanakah destinasi seterusnya selepas ini…. till then jumpa lagi…

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge