Home Japan Akita Explore Musim Luruh Sebenar di Jepun – Semboku City, Akita Prefecture

Explore Musim Luruh Sebenar di Jepun – Semboku City, Akita Prefecture

9276
0
Poscard dari Akita Prefecture

Baru-baru ni aku sekali lagi berpeluang ke Negera Matahari Terbit. Kali ini aku akan ke utara Jepun iaitu Semboku City yang terletak di Akita Prefecture. Aku akan berada di sini lebih kurang 5 hari.

Semboku City merupakan salah satu bandar yang terletak di Akita Prefecture Jepun. Bandar ini cukup popular terutama pada musim bunga dan musim luruh. Bukan sahaja popular dalam kalangan pelancong luar negara, malah Semboku City juga akan dipenuhi oleh pelancong tempatan dikala musim luruh dan bunga tiba.

Bagi pelancong muslim, Semboku City masih lagi tidak dikenali disebabkan kurangnya pendedahan dan juga kemudahan untuk pelancong muslim di kawasan ini. Namun dengan strategi yang kini giat dijalankan oleh Japan Tourism Board (JTB) untuk menarik pelancong muslim ke Akita nampaknya sudah membuahkan hasil.

Melalui pemerhatian aku, Semboku City menawarkan suatu pengalaman yang berbeza sepanjang aku jelajah negara matahari terbit ini. Suatu yang cukup fresh untuk diterokai. Paling best di sini juga korang boleh dapatkan makanan mesra muslim dan Akita Prefecture juga dalam proses menambah lagi kemudahan untuk pelancong muslim seperti surau dan restoran makanan halal. Namun buat masa sekarang korang boleh dapatkan makanan halal di kedai 24 jam dan sesetengah restoran kini menyediakan menu mesra muslim. 

Satu kelainan yang korang boleh rasai di Semboku City adalah pemadangan di gunung Komagatake atau lebih dikenali sebagai Flowers Mountain. 

Tempat Menarik di Semboku City

Autumn

Banyak tempat menarik yang korang boleh pergi. Taapi aku highlight tempat yang aku sempat jelah dalam tempah 5 hari ni. Aktiviti dan tempat yang aku list ni antara tempat wajib singgah jika ke Semboku City.

1. Kakunodate (Samurai Village)

Jalan-jalan dengan Kimono

Kakunodate merupakan salah satu bandar istana dan tempat tinggal samurai pada zaman dahulu di Akita Prefecture. Setelah istana di sini musnah, bandar ini menjadi tempat tinggal para samurai. Istimewanya Kakunodate adalah sekitarnya mempunyai banyak pokok sakura dan pokok mapple menjadikan Kakunodate sebagai hotspot untuk menikmati pemandangan musim bunga dan luruh yang terbaik di seluruh Jepun.

Walaupun pembangunan yang pesat di Jepun, Kakunodate masih lagi mengekalkan tempat-tempat ini seperti dahulu sejak dari tahun 1620. Di sini juga merupakan tempat tinggal lebih dari 80 keluarga samurai sehingga sekarang. Jadi kalau korang nak tengok sendiri macam mana kampung samurai dulu-dulu bolehlah datang sini.

Pada hujung April dan awal bulan Mei, tempat ini akan sesak dengan para pelancong menjadikan ianya sebagai tempat wajib singgah di Tohoku pada musim bunga. 

Banyak step dengan pakai Kimono ni
Korang kena try ni jalan2 sekitar Semboku City pakai Kimono

Untuk terus mengekalkan rumah-rumah Samurai ini masih dijaga, mereka hanya membuka 6 buah rumah sahaja untuk lawatan kepada orang ramai. Antaranya, Aoyagi House (Aoyagi-ke) yang terdiri dari beberapa kompleks bangunan seperti restoran, kedai cenderamata dan juga muzium. 

Selain itu, Ishiguro House (Ishiguro-ke) juga dibuka untuk orang ramai, namun saiznya lebih kecil berbanding dengan Aoyagi House. Menurut info yang aku dapat di sana, semakin dekat rumah dengan kawasan gunung semakin tinggit darjat dan pangkat Samurai di sini. 

Direction: 

  • Tokyo to Kakunodate – Bullet Train (3 jam)
  • JR Kakunodate Station – 20 minit jalan kaki / teksi 10 minit

2. Dakigaeri Valley

Tasik ni kalau betul2 musim luruh lagi cantik
Air Terjun. Nak ke sini kena guna laluan sempit dalam 45 minit tapi tak leh mandi

Dakigaeri Valley juga dikenali sebagai Yabakei of Tohoku kerana hutannya yang masih belum diterokai dan dihiasi dengan air sungai yang biru serta air terjun berbatu. Cukup indah dan sangat fresh untuk dinikmati. Ianya juga cukup terkenal dengan satu destinasi musim luruh di mana hutan ini akan bertukar warna kepada beberapa jenis warna coklat, meraah, kuning dan emas. Pokok-pokok maple di sini juga terdiri daripada beberapa spesis pokok yang akan menghasilkan warna autumn yang sangat indah. 

Hari ketiga hujan sampai pagi ke petang

Jadi tidak hairanlah ianya menjadi top spot untuk percutian musim luruh baik daripada pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Satu tips yang aku boleh kongsikan kalau berminat nak datang sini sila plan seawal mungkin trip korang terutama tiket penerbangan dan juga hotel di kawasan berdekatan.

Untuk ke air terjun di sini perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui laluan lereng bukit yang agak sempit, namun laluan pejalan kaki ini tidaklah sesukar mendaki mana-mana gunung sebab laluannya agak landai. Sepanjang perjalanan, korang akan mendengar bunyian deruan air sungai di bahagian kanan yang biru dan bunyi cukup mengasyikkan. Manakala di bahagian kiri pula dipenuhui juntaian dahan-dahan pokok dan sesekali korang akan terjumpa laluan air bukit mengalir dari celahan bukit yang berbatu. 

Direction: Ada bus disediakan pada musim luruh sahaja. Bagi yang sewa kereta boleh access terus ke sini!

Tips: Recommendation only in Autumn

3. Tazawa Lake

Lake Tazawa terletak di bahagian Timur Akita Prefecture dan berhampiran dengan Towada-Hachimantai National Park. Pemandangan yang cukup indah tasik kaldera ini kekal menjadi tasik semulajadi tanpa sebarang pembinaan. Tasik ini juga merupakan tasik semulajadi yang paling dalam di Jepun (sedalam 423 meter). 

Apa yang membuatkan tasik ini cukup popular adalah ianya dikelilingi oleh Gunung Akita – Komagatake. Dengan berlatarbelakangkan gunung yang tersergam indah membuatkan diri ini begitu bertuah dapat menyaksikan pemandangan yang cukup indah ini. 

Bagi mereka yang berhajat untuk pusing-pusing tasik ini, korang boleh menaiki Tazawa Cruise yang mengambil masa 40 minit mengelilingi seluruh tasik. 

Di bahagian utara tasik Tazawa ini korang akan dihidangkan dengan pemandangan Goza no Ishi Shrine. Di sinilah di mana pembesar-pembesar (local Lords) pada zaman Edo datang menikmati air tasik yang jernih ini.

Di bahagian timur tasik pula, anda akan dapat melihat satu statue seorang wanita yang berwarna emas dikenali sebagai Tatsuko. Menurut kisah penduduk di kawasan ini, pada zaman dahulu terdapat seorang wanita tempatan yang cantik, untuk mengekalkan kecantikan beliau perlu meminum air tasik ini. Pada suatu hari, beliau terjatuh ke dalam tasik dan hilang sehingga ke hari ini. Penduduk tempatan berasa sangat kesian lalu mendirikan patung ini bagi mengingati beliau. Ada juga satu cerita di mana wanita ini terjatuh di dalam tasik ketika hendak meminum air bagi mengekalkan kecantikannya dan menjadi penjaga kepada tasik ini sehingga sekarang. Korang yang nak cantik tu bolehlah cuba minum air tasik ni. 

Ada satu lagi cerita, bahawa gadis yang cantik ini telah disumpah menjadi naga ketika bersembahyang di sini untuk mengekalkan kecantikaan beliau dan akhirnya tenggelam di dasar tasik Tazawa ini. Banyak teori yang aku dapat, tapi ini hanyalah teori semataa-mata.

Kalau datang sini korang boleh lunch sekali di Tazawa Lakehouse. 

Info:

  • Sightseeing boats – 1200 yen (40 minit)
  • Manaiki bas dari Tazawako Station to Tazawa-kohan – 360 yen one way
  • Tatsuko Statue (Tazawa – Kohan bus stop)

4. Tazawa Herb Garden Heart Herb

Kat sini kebiasaannya pelancong datang untuk bersantai sambil menikmati aroma teh yang pelbagai jenis di Jepun. Ada berpuluh perisa dan ia merupakan antara teh yang terbaik pernah aaku rasa. Teh ini juga seperti kopi mempunyai aroma dan bau yang berbeza. Selain itu, teh juga mampu merawat kesihatan diri dan memberi kesan yang positif untuk diri kita. Sebagai contoh, aku sempat merasa pelbagai perisa teh antaranya lavender yang mampu memberi tidur berkualiti kepada kita jika diambil sebelum tidur.

Tazawa Herb Garden Heart Herb juga merupakan botanic garden dan mempunyai lebih dari 100 spesis bunga serta herba. 

Pada musim bunga pula tempat ini akan dipenuhi dengan bunga sakura dan tulip. Salah satu Instagram spot buat korang yang minat bunga tapi kena ingat bunga kat sini akan berkembang pada musim bunga iaitu hujung April dan awal Mei. 

Info: 

  • Alamat: Akita Pref. Sembokushi Tazawakotazawa Before The Lagoon 78
  • Phone: 0187432424
  • 10:00-16:00 [Sabtu, Ahad & Cuti Umum) 
  • 9:00-17:00 [winter period] 10:00-16:00

5. Komagatake 8th station

Gunung Akita-Komagatake merupakan gunung tertinggi di Akita Prefecture, berketinggian 1637 meter di atas paras laut. Gunung ini masih lagi dikategorikan sebagai gunung berapi aktif, kali terakhir ianya meletus pada tahun 1970 – 1971. Gunung ini mempunyai beberapa puncak dan terpulang kepada ketahanan fizikal individu untuk mendaki. Walaupun agak tinggi namun bagi kaki hiking pastinya ianya sesuatu yang berbaloi untuk didaki.

Bagi aku, pendakian tempoh hari agak mencabar memandangkan aku tidak membuat sebarang persediaan atau dalam kata lain tak bajet pun pendakian ini betul-betul mendaki dan cuaca tempoh hari agak berangin. Hanya mampu capai apa yang ada dalam luggage. Nasib baik ada bawa wind breaker. Jadi, korang yang nak datang ke sini terutama pada musim luruh dan winter pastikan membuat persiapan yang secukupnya termasuk tahap stamina.

Japanese Cashew Nut

Gunung ini terbahagi kepada beberapa check point dan aku hanya mampu sampai di check point pertama sahaaja setelah mendaki lebih kurang 1 jam. Dengan angin yang agak kuat membuatkan cuaca bertambah sejuk. Walaupun begitu dengan udara yang segar dan view yang cukup breathtaking memang berbaloi walaupun aku hampir hilang separuh nyawa. Maklumlah dah lama tak mendaki kan.

Gunung ini juga dikenali sebagai Flowers Mounting disebabkan pelbagai spesis bunga akan mekar terutama pada musim bunga menjadikan ianya gunung paling cantik di dunia. Tak percaya? Silalah datang ke sini pada musim bunga. 

Bercerita tentang perjalanan aku tempoh hari, sepatutnya pit stop adalah di Amida Pond yang terletak lebih kurang 2.4km dari 8th Station tapi disebabkan sebab yang aku mention tadi aku hanya sampai separuh sahaja. Puncak tertinggi adalah Onamedake yang terletak 100m ke utara Amida Pond. Manakala puncak kedua tertinggi adalah Odake yang terletak di bahagian selatan Amida Pond. Laluan ke tempat-tempat menarik di sini mempunya laluan yang berbeza terpulang kepada individu atau pilihan korang nak kemana, Kalau nak jelajah keseluruhan gunung, korang juga boleh bermalam di sini. Ada satu homestay kat atas ni harga aku tak pasti. 

Direction:

  • Boleh drive sendiri namun pada hujung minggu kereta persendirian dilarang ke stesen ini. Kalau drive pada hujung minggu boleh parking dekat Arupa Komakusa.
  • Bas disediakan di Arupa Komakusa untuk ke 8th Station setiap 30-60 minit dan mengambil masa selama 25 minit untuk sampai di 8th Station (620 ? yen one way)

Tips: 

  • Waktu sesuai datang ke sini waktu pagi sebab musim luruh waktu siang sangat singkat. 

6. Alpa Komakusa

Alpa Komakusa merupakan salah satu hentian untuk ke Komagatake 8th station. Di sinilah tempat untuk korang yang nak ke Komagatake melalui pengangkutan awam, ada tempat parkir kereta jika datang hujung minggu. Selain view yang cantik kat sini korang boleh lunch siap-siap sebelum nak hiking. Barang-barang hiking pun ada dijual dekat sini, silap kami masa tu, kami singgah kat sini selepas hiking jadi tak sempat nak buat preparation.

Dari sini korang boleh menikmati keindahan Lake Tazawa dan juga Gunung Komagatake pada masa yang sama.

7. Nyuto Onsen

Seterusnya kami singgah di Nyuto Onsen Village. Dekat sini ada 7 Onsen Ryokan dan setiap Ryokan ada onsennya yang tersendiri walaubagaimanapun Nyuto Onsen merupakan Onsen asal yang telahpun berusia sekitar 300 tahun dahulu dan yang paling lama wujud di sekitar Nyuto Onsen Village.

Air panas yang mengalir dari Nyuto Onsen ini berpecah kepada 7 lagi onsen yang terletak di Nyuto Onsen Village. Onsen yang paling lama di antara 7 ini adalah Tsurunoyu. Walaupun kesemua air panas di sini bersumberkan air panas yang sama namun ianya tidak sama kerena setiap onsen mempunyai warna air dan ketepatan air yang berbeza.

Onsen Ryokan dalam bahasa melayu adalah kolam air panas semulajadi di Jepun yang bersumberkan air panas yang sama.

Nyuto Onsen ini telah pun berusia ebih dari 300 tahun. Bayangkan betapa lamanya onsen ni wujud. Tidak memeranjatkan kesemua onsen ini dijaga dengan baik. Well this is Japan okay what do you expectkan?

Ada fakta lawak yang sempat aku baca sepanjang di sana, nama Nyuto ini diambil sempena “nipple hot spring” sebab muka bentuk Gunung Nyuto dan air panas yang mengalir di antara gunung ini diibaratkan susu yang keluar dari nipple. So funny but this is the fact!

Kesemua onsen di sini milik Onsen Ryokan, bagi mereka yang nak datang ke sini secara balik hari tanpa menginap di homestay pun tak jadi masalah. Boleh sahaja sebab ianya dibuka untuk orang ramai hanya bayar tiket masuk sahaja. Onsen kat sini ada yang campur lelaki dan perempuan terutama onsen yang outdoor. Namun bagi yang indoor kebiasaannya memang diasingkan antara lelaki dan perempuan. 

Gambar kredit to https://offbeatjapan.org/nyuto-onsen-tsurunoyu/

Direction:

Untuk ke sini korang boleh naik bas dari Tazawako Station ke  Nyuto Onsen (50 minit, 820 yen, setiap satu jam). 

Tips Onsen: 

Ok buat mereka yang baru pertama kali nak beronsen, korang kena buka semua pakaian dan no kamera dalam tu. Koraang akan dibekalkan towel kecik kalau nak tutup bebird korang! Mula-mula memang agak malu-malu tapi lama kelamaan korang akan sedar nobody care about kewujudan korang dalam tu. 

Satu lagi homestay dan hotel kat area sini jenis tradisional, tak ada bilik mandi kat dalam bilik hotel, ada toilet sahaja. Jadi kalau nak mandi korang kena gi mandi kat onsen. Tapi best! Pengalaman bangun jam 5 pagi sambil berkemban, bawa barang turun bawah untuk mandi. 

8. Yamanohachimitsuya

Akhir sekali dah habis tengok view dan alam semulajadi korang boleh singgah di Yamanohachimitsuya. Kat sini korang boleh beli souvenier untuk dibawa balik ke Malaysia. Basically yang jual di sini adalah produk berasaskan madu. Macam-macam jenis madu ada di jual di sini. Paling best madu yang dah dicampur dengan bunga sakura dan lavender. Perghh best rasa dia. Walaupun dah campur tapi masih lagi rasa segar dan sedap. 

Tempat Makan Mesra Muslim di Semboku City

Bagi pelancong muslim aku percaya tempat makan halal sangat penting dan kebanyakkan orang kita tak berani nak travel ke tempat-tempat yang baru sebab susah naak cari makanan halal. Betul tak? tak apa jangan risau, untuk korang aku bagi tips sikit macam mana nak cari makanan halal di Jepun.

Lunch at Sakuranosoto (Tempura Udon)

Tempat ni terletak di antara celah – celah rumah penduduk tempatan. Menyediakan menu Tempura Udon istimewa dari Akita. Ada menu dalam bahasa English disediakan. Bagi muslim yang agak strict tentang status halal boleh selalu bertanyakan restoran untuk menu yang tidak ada penggunaan minyak dan pork. 

Dinner at Tukinoshiori Restaurant (Chicken Sukiyaki)

Chicken Sukiyaki merupakan hidangan istimewa di Akita dan memang berasaskan ayam yang diternak secara rare. Kalau di Kobe kita ada Kobe Beef lembu di ternak dengan cara lain, di Akita mereka ada ayam. Namun sayang, ayam di sini masih lagi tidak disembelih secara halal. Mungkin pada masa akan datang mereka akan sediakan menu ayam halal untuk muslim, bergantung kepada jumpa pelancong muslim yang akan datang di daerah ini. Tapi tak mengapa korang sentiasa ada pilihan vegetarian. Di sini mereka menyediakan masakan vegeterian juga dan jangan lupa pesan kat mereka no alcohol dalam hidangan. Menu dalam bahasa English juga disediakan.

Info dan review tripadvisor

Lunch at Tazawa Lakehouse (Kiritanpo Nabe) 

Kiritanpo juga meruapakan salah satu makanan yang cukup istimewa di Akita. Bagi muslim status halal makanan ini tidak perlu dikhuatiri kerana bahan-bahan makanan ini hanya terdiri daripada sayuran, makanan laut dan juga berasakan beras. Penggunaan sebarang minyak juga tidak diperlukan kerasa makanan laut untuk kiritanpo boleh dibakar. Walaaupun tidak melibatkan sebarang penggunaan daging dan minyak makanan ini memang sedap dan korang patut cuba jika datang ke Akita. 

Tazawa Lake juga merupakan destinasi waajib singgah di Semboku City, jadi dah alang-alang ke Tazawa Lke korang boleh singgah makan tengah hari dekat Tazawa Lake House. Mereka juga ada menyediakan menu untuk Vegetarian dalam bahasa English. Menurut pemilik restoran ini, tidak berkemungkinan satu hari nanti restoran ni akan memiliki status halal. 

Lunch at Alpa Komakusa

Jika aktiviti hiking di gunung Komagatake, korang boleh singgah sebentar di Alpa Kamakusa untuk makan dan mencari kelengkapan akhir untuk pendakiaan korang. Di sini bukan sahaja menjual alat kelengkapan hiking, ia juga merupakan sebuah stesen bas untuk ke Gunung Komagatake. Antara menu selamat buat muslim korang boleh pesan makanan soba, nasi dan juga Kiritanpo. 

Info Tambahan:

Selain dari restoran ini, korang juga boleh menikmati makanan mesra muslim di hotel. Yang penting boleh request kalau pihak hotel boleh menyediakan makanan mesra muslim sebelum korang check in. 

Di kedai-kedai seperti Lawson dan juga seangkatan dengan juga korang boleh beli banyak makanan yang boleh dimakan. Menu seperti Kiritanpo, Soba dan Tempura juga selamat untuk dimakan. Jadi selamt melancong. Ingat mencari yang halal itu wajib!!!

Hotel & Homestay di Semboku City

Dalam merancang sesuatu trip, tempt tinggal juga memainkan peranan yang penting untuk di menjadikan trip korang lebih awesome. Banyak ciri-ciri yang perlu dilihat dengan lebih terperinci bila bercerita tentang hotel atau tempat tinggal. Kebiaasannya ramai traveler dari Malaysia memilih Air BnB sebagai pilihan yang tepat. Namun bagi lokasi yang jauh terpencil seperti Semboku City, pilihan hotel dan tempat tinggal agak limited. 

Oleh sebab itu, aku senaraikan pilihan hotel yang aku stay sepangjang trip di Semboku City tempoh hari. Hotel pilihan aku bersarkan tempat dan aktiviti yang kami rancangkan di dalam itinerary dan yang penting ianya berdekatan dengan kedai 24jam atau convenience store. Lokasi hotel juga memainkan peranan penting terutama untuk memudahkan setiap pergerakan ke lokasi yang ingin ditujui sepanjang trip.

Selama 5 trip aku di Semboku City, aku ambil 3 jenis hotel yang berlaian.

Haneda Excel Hotel Tokyu

Jika lihat dalam itinerary penerbangan aku dari Kuala Lumpur pada waktu pagi jadi aku akan sampai di Haneda pada malam hari dan connecting flight aku ke Akita keesokkan pagi di terminal 2 domestic. Jadi Haneda Excel Hotel yang terletak Terminal 2 adalah salah satu pilihan yang sesuai. Melainkan korang nak bermalam di aairport which is aku tak pasti boleh ke tidak sebab airport di Jepun tak sama macam Malaysia. Lagipun cuaca di awal musim luruh boleh tahan sejuk. Tak salah ambil hotel untuk satu malam di sini. 

Harga: RM600++

Machiya Hotel Kakunodate

Hari kedua dan ketiga aku menginap di Machiya Hotel Kakunodate. Hotel ni terletak di tengah bandar Semboku City. Kebanyakkan aktiviti dan tempat menarik aku nak cover pada hari kedua dan ketiga berdekatan dengan bandar sahaja. Lagipun hotel ini bersebelah dengan kedai 24jam. Bolehlah nak shopping barang makan sikit kalau korang malas nak cari restoran halal. Paling best macam biasa kedai 24 jam kat sini banyak barang yang boleh di makan untuk muslim. Oh tidak lupa juga hotel ini termasuk pakej breakfast.

Harga: RM450++

3. Nyuto Onsen qkamura

Hari terakhir aktiviti agak off road sedikit, aku plan nak ke Nyuto Onsen. Tidak sah kalau datang ke Jepun pada waktu musim sejuk dan luruh terutamanya tidak menikmati keselesaan berendam di dala air panas sambil menghirup udara sejuk di musim luruh. Wow! Amazing guys u need to try this. Hotel ini terletak jauh di dalam hutan. Dapatkan menghirup udara segar yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang mula kekuningan dan daun mula gugur perhalan lahan. Bau musim luruh juga jelas menusuki hidung.

Pada waktu malam pihak hotel juga ada menyediakan aktiviti seperti night walk dan melihat shooting star. Disebelah pagi, ini kalau korang sejenis morning person boleh join pihak hotel untuk aktiviti morning walk pula. 

Harga: RM500++

Ok itu 3 hotel yang aku stay sepanjang di Semboku City. Harga akan berubah mengikut musim dan permintaan. Apa yang aku boleh katakan harga pada musim luruh dan musim bunga agak mahal berbanding musim panas dan musim sejuk. Lagi satu tips kalau boleh sila buat booking seawal yang boleh memandangkan tempat ini agak padat terutama pada peak season (peak seson di sini antara September – November dan April – Mei)

Pengangkutan

Bagi pengangkutan di sini pula, kebanyakkan pelancong menggunakan kereta sewa disebabkan perjalanan yang cukup mempersonakan kiri dan kanan setiap destinasi.

Namun bagi pelancong solo korang juga boleh menggunakan Railway.

JR East – Akita Shinkansen

  • Tazawako – Kakunodate

JR East – Tazawako Line

  • Tazawako – Sashimaki – Jindai – Shden – Kakunodate

Akita Nairiku Jukan Railway – Akita Nairiku Line

  • Tozawa Kami – Hinokinai – Sadori – Ugo-Nakazato –  Matsuba – Ugo – Nagatoro –  Yatsu – Saimyoji – Ugo – Ota – Kakunodate
Balik Tokyo melelai Bullet Train

Cuaca di sekitar Akita lebih kurang sama dengan Tokyo dan kemungkinkan akan lebih sejuk memandangkan ianya terletak di utara Jepun.

Di sebelah malam pula kebanyakkan bandar di Semboku City dan sepi. Seawal jam 8 malam dan sunyi masa untuk tidur sangat sesuai kalau korang yang nak rasai pengalaman berbeza dari sisi Jepun yang lain di mana tempat lain masih lagi meriah sehingga jam 1 – 2 pagi. So kalau jenis yang suka makan malam bolehlah beli dekat kedai 24 jam siap-siap atau tapau makanan terus. 

Korang kalau nak sewa Pocket Wifi boleh guna RoamingMan

Itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan. Eh aku rasa dah banyak gila dah ni lebih dari cukup untuk korang kalau nak ke Akita. So korang kalau betul-betul nak rasa musim luruh di Jepun datanglah ke Tohoku. Nanti untuk next entri aku akan kongsikan satu lagi destinasi juga berada di Tohoku Area. Antara hotspot untuk musim luruh jugalah.

See you di Aomori, Jepun….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here