Home ASIA Malaysia Everything You Need To Know When Travel In Labuan Malaysia

Everything You Need To Know When Travel In Labuan Malaysia

7198
1
https://www.facebook.com/watch/?v=595319431266414

Labuan antara destinasi yang agak kurang popular di Malaysia. Masih ramai yang tidak tahu wujudnya Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. Bila terbang ke Borneo terus orang akan ingat Sabah. Tahukah korang Labuan juga menawarkan percutian yang menarik untuk mereka yang datang ke sini. Sama seperti Sabah juga perairan di Labuan sangat bersih dan jernih. Salah satu pantai di Labuan telah diiktiraf sebagai salah satu pantai di dunia.

Sebelum aku teruskan dengan aktiviti dan tempat menarik di Labuan, aku recap sikit ye sejarah Pulau Labuan. Sikit jer! Gerentin korang tak mengantuk. Nama Labuan diambil sempena pulau ini sebagai Pelabuhan Labuhan di mana Labuan ini merupakan tempat berlabuh banyak kapal untuk ke Borneo.

Sebelum era merdeka, Labuan ini merupakan sebahagian dari Negera Brunei. Namun, pihak British cukup berminat dengan Labuan dan telah berunding dengan Kerajaan Brunei pada ketika itu untuk mengambil alih Labuan sebagai balasan menjaga perairan Brunei dari musuh. Disebabkan pada ketika itu, Brunei masih belum pasti dengan Labuan yang dikatakan tidak menpunyai sebarang kepentingan kepadanya, so penyerahan Labuan kepada British tidak menjadi sebarang masalah.

Selepas British tewas, Jepun pula mengambil alih Labuan semasa perang dunia kedua, Sebelum Jepun menyerah diri dan Labuan menjadi sebahagian dari Syarikat British North Borneo. Untuk korang yang nak tahu sejarah lanjut tentang penyerahan Jepun boleh ke Surrender Point di Labuan.

Pada tahun 1984 Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang kedua di Malaysia. Sebagai Info Wilayah Persekutuan Putrajaya diisytiharkan pada tahun 2001.

Ok enough pasal sejarah okay!

Transportation

Bagi pengangkutan di Labuan korang boleh guna Grab jer, harga tak mahal sebab Labuan tak besar mana pun. Kalau nak sewe kereta pun boleh juga. Dari Kuala Lumpur ada penerbangan terus ke Labuan melalui Malaysia Airlines (MAS) dan juga AirAsia. Kalau korang selalu terbang dengan MAS penerbangan KL ke Labuan ada 16 kali seminggu manakala AirAsia pula 14 kali seminggu. Owh lupa Malindo Air juga terbang dari KL ke Labuan 7 kali seminggu.

Dari Kota Kinabalu nak ke Labuan korang boleh naik Ferry.

Harga Tiket Feri ke Labuan dari Kota Kinabalu

  • RM41.00 Dewasa – Kelas Bisnes
  • RM28.00 Kanak-kanak – Kelas Bisnes
  • RM36.00 Dewasa – Kelas Ekonomi
  • RM23.00 Kanak-kanak dari 4 – 11 tahun – Kelas Ekonomi

Hotel / Homestay

Untuk penginapan korang ada banyak pilihan. Labuan bukan macam 10 tahun lepas. Dah banyak membangun dan hotel pun sudah banyak pilihan bergantung kepada korang minat dan harga.

Salah satu Hotel yang aku stay masa trip hari tu adalah Palm Beach Resort & Spa, Labuan. Hotel ni terletak di tepi pantai. Kalau korang jenis nak bersantai hotel ini sesuai. Ada banyak pilihan bilik cuma hotel ni hotel lama so facilities dia old skool but still nice for holiday.

Lokasi 15 minit je dari pusat bandar walaupun berada di tepi pantai.

Hotel kedua yang aku stay adalah Lazenda Hotel. Hotel ni terletak di tengah-tengah bandar. Everything was perfect but nak gi convenience store 24 jam jauh sikit nak kena menapak. Ada mini market depan hotel tapi tutup jam 10 malam. Ada satu kedai mamak 24 jam JJ Naza depan hotel ni. Kalau lepak sini best boleh order roti kobra daging/ayam dan teh tarik dia pun awesome. Satu lagi bilik kat sini design moden sikit.

Jarak antara Lapangan Terbang Labuan ke hotel hanyalah 5 minit atau jaraknya hanya 1.7 kilometer, Terminal Antarabangsa Labuan pula hanya 500 meter dari hotel dan pusat beli belah terdekat sekitar 300 meter.

Selain 2 hotel ni korang boleh juga pilih untuk stay dekat 3 homestay ni. Aku tak berpeluang nak duk sini, maybe one day kot bila next trip ke Labuan.

Dah ada idea nak stay mana? Banyak ni pilihan aku bagi! Kalau nak tahu lebih lanjut boleh Tourism Malaysia Labuan. Diorang akan advise apa yang korang nak!

Tempat Menarik di Labuan

Ok seterusnya kita ke tempat-tempat menarik di Labuan yang korang boleh pergi. Ada banyak tapi aku listkan tempat-tempat yang sempat aku pergi jer, Kalau aku rajin aku list extra sikit tempat yang aku tak sempat pergi tapi menarik.

Kg Air Patau-Patau 2

Sebaik sahaja mendarat di Labuan kami terus ke Kg Air Patau Patau 2. Kat sini kami boleh singgah untuk solat jumaat sebab ada satu masjid dekar area ni. Lepas tu kami singgah makan tengah hari. Makanan di sponsor oleh owner homestay yang aku share kat atas tadi. Banyak betul hidangan yang diorang bagi. Memang sedap dan ada diantara makanan yang dihidangkan aku tak pernah rasa lagi. Paling menarik juga diorang ada tunjuk cara-cara menyediakan ambuyat yang cukup sedap. Sebelum ni aku pernah buat tapi tak menjadi.

Kalau nak stau di sini ada terdapat 13 buah homestay yang korang boleh sewa dengan bayaran antara RM70 dan RM80 semalam.

Kampung Air Patau Patau 2 ini turut dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau.

Kg. Bebuloh Laut

Dah setel dekat Kg Air Patau-patau tadi kami gerak ke Kg. Bebuloh Laut. Dekat sini cukup terkenal dengan ikan bilis yang sedap. Kalau dekat Sabah tempat ikan bils terbaik adalah dekat Tawau. Kalau ke Labuan korang boleh dapat ikan bilik dekat sini lah. Harga murah-murah je. Bukan setakat ikan bilis pemandagan dekat sini pun cantik lagi-lagi waktu sunset.

Di Kampung Bebuloh Laut ini juga korang boleh melawat ke Salinang Maju Enterprise untuk melihat sendiri cara memproses ikan bilis dari mula sampailah ia menjadi produk yang boleh korang beli dan bawa balik sebagai buah tangan.

Sealin itu, korang juga boleh beramah mesra dengan penduduk dekat sini. Diorang sangat friendly okay dan yang penting dioarang sangat sopan santun.

COBSEA Monument, Peace Park and Surrender Point

Di Labuan kalau korang nak menikmati pemandangan indah matahari terbenam, antara tempat yang boleh korang pergi ialah di COBSEA Monumen sebab di sini ada jajaran pantai sepanjang 9 kilometer dari Pantai Batu Manikar hingga ke Pantai Sungai Miri.

Pantai ini memang terkenal di Labuan kerana telah memenangi Anugerah Pantai Terbersih dari United Nation Environment Programme di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008.

Bagi yang minat sejarah boleh berkunjung ke Taman Damai yang dibina khas bagi memperingati peristiwa Jepun meletakkan senjata dan berundur secara rasmi dari Labuan.

Bagi menunjukkan bahawa Jepun benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang disebabkan oleh nenek moyang mereka, Negara Matahari Terbit itu memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan.

Taman Damai ini juga sebagai penghargaan kepada orang-orang yang telah berkorban nyawa di Borneo semasa Perang Dunia II.

Tugu yang seakan-akan berbentuk matahari separuh ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun serta penzahiran janji untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian pada masa depan.

Laluan untuk ke Gedung Ubat
Gedung Ubat

Dah alang-alang datang sini, lajaklah sikit untuk hiking. Dalaam 1km jer tapi memang berbaloi dengan view yang caantik menghadap laut cina selatan. Atas tu juga ada  “Gedung Ubat” yang berada di puncak Tanjung Kubong. Zaman dulu Gedung Ubat ini merupakan gedung peluru. Segala jenis peluru akan disimpan di sini.

the hidden beach

Ok lepas tu korangboleh lajak lagi sikit untuk ke Hidden Beach. Tak ramai yaang tahu tempat ni tapi boleh tahan juga pantai dia. Masa aair surut lagi cantik kalau datang sini sebab korang boleh ke pulau sebelah dia. Ada baatu-batu cantik untuk korang bergambar. Pantai ni agak tersorok jadi tak ramai yang datang. Aku datang sini tak ada sorang so kalau nak naked mandi pantai datanglah kaat sini.

Labuan Marina

Labuan Marina ini merupakan lokasi kapal-kapal kargo dan bot-bot penumpang berlabuh serta menjadi jeti untuk pelancong menaiki feri ke Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman.

Pemandangan di sekitar marina ini cukup mempesonakan terutama ketika matahari terbenam dan korang boleh enjoy bergambar dengan berlatar belakangkan kapal-kapal besar untuk Instagram masing-masing. Memang cantik!

Labuan’s Marine Park, National Park (Untouched Wonderland), Pulau Rusukan Besar

Sapa kata Labuan tak best? Labuan pun macam Sabah jugak. Ada port untuk snorkeling dan diving. Korang yang berminat boleh ke Pulau Rusukan Besar. Boleh bermalam dekat sini ada resort yang best. Nak bermalam boleh tengok info ni:

Day Trip: RM195 untuk warganegara (bot transfer, peralatan snorkeling, lunch, marine fee)

2 Hari 1 Malam: RM380 (penginapan bilik berhawa dingin, peralatan snorkeling, island hopping ke Pulau Rusukan Kecil & Pulau Kuraman serta 5 kali makan)

satu satunya homestay di Pulau Rusukan

Untuk ke Pulau Rusukan Besar ini, korang kena menaiki bot penumpang di jeti Labuan Marina dan perjalanan mengambil tempoh kira-kira setengah jam sahaja untuk tiba di jeti pulau berkenaan.

Kesemua 4 buah pulau di Labuan ini iaitu Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Kuraman dan Pulau Burong telah digazetkan sebagai Taman Marin serta tidak dibenarkan sebarang aktiviti memancing atau menangkap hidupan laut di sana bagi memelihara ekosistem semulajadinya.

Rusukan Island
Mak Mak Hayam di Labuan. Eh Sorry gurau je tau

Apa yang aku boleh katakan air di Pulau Rusukan Besar ni setanding dengan pantai di Sabah. Jernih! Tapi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki sebab masih ramai tak tahu. So maybe setahun dua lagi pulau ini akan jadi bertambah baik. But it was nice boleh lepak kat pulau ni sebab tenang dia lain macam. Tak macam pulau-pulau lain yang aku pernah pergi.

Labuan Museum

Bagi yang berminat nak tahu sejarah tentang Labuan boleh ke Labuan Muzium. Mesti ramai yang tak menyangka bahawa dulu sebenarnya Labuan adalah milik Kesultanan Brunei sebelum bertukar tangan ke tangan beberapa negara penjajah dan merdeka di bawah nama Malaysia.

Kalau korang nak tahu lebih mendalam tentang sejarah Labuan sebagai bandar pelabuhan dan perlombongan arang batu pada zaman dahulu, korang wajib singgah ke Muzium Labuan.

Banyak info tentang Labuan korang boleh dapat kat sini sampai overloadlah kotak pemikiran aku masa dekat sini terlalu banyak info yang masuk sampai aku pun tak tahu apa yang aku dengat dah. Haha tapi kalau korang sejenis minat sejarah bolehlah singgah sekejap. Tak rugi pun, muzium ni pun terletak di bandar Labuan.

Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 8.30 malam hingga 5.30 petang dan masuk adalah percuma.

Labuan Square

Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara dan persembahan utama di pulau tersebut.

Panji-Panji Pulau Labuan dan negeri-negeri di Malaysia juga berkibar megah dalam satu barisan di atas pentas ini.

Pada penghujung dataran terdapat padang bola sepak bandar, sementara di penghujung lainnya adalah sebuah replika ‘Chimney’, mercu tanda yang paling terkenal di Labuan serta dihiasi lanskap tumbuhan dan air pancut.

Labuan International Sea Sports Complex

Terletak di Jalan Tanjung Purun,  Kompleks Sukan Laut Antarabangsa iaitu sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan terletak di bandar Labuan. Apa yang boleh korang buat di sini?

Aktiviti wajib yang memang korang kena cuba jika ke sini ialah menaiki perahu layar atau nama tradisionalnya “Parahu Larai”!

Zaman dahulu perahu layar ini merupakan satu-satunya pengangkutan yang menghubungkan Labuan dengan tempat-tempat lain.

Pengunjung akan dapat menikmati keindahan lautan luas secara terbuka sambil menaiki perahu tradisional yang bergerak dengan tiupan angin.

Aku adaa kesah sebenarnya dekat sini. haha. Masa aku naik perahu larai ni aku tak dapat nak ambil gambar seperti yang diinginkan lalu aku moody separuh hari. Biasalah manusiakan ada masa kita gembira ada masa kita sedih. So aku tak ada gambar cantik dekat sini tapi aku menikmati angin dan pemandangan laut Labuan yang cuku indah.

The Chimney

Kalau ke Labuan memang tak sah kalau tak singgah dekat tempat wajib ni. Hanya ada dekat Labuan je. Yang menariknya The Chimney ni sebuah tempat misteri.

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong, tujuan pembinaan ‘The Chimney’ yang dibuat daripada lebih 23,000 bata merah serta diimport dari England, sehingga ke hari ini masih kekal misteri!

Namun, orang Labuan mengaitkan pembinaannya dengan perlombongan arang batu pada zaman British berdasarkan stail struktur itu yang biasa ditemui di negara tersebut.

Malah ada juga banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkar misteri Chimney seperti menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap, ia adalah sebuah rumah api bagi kapal-kapal yang berlayar dan ia digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk di situ.

Walau apa pun jawapan kepada misteri pembinaan Chimney, struktur ini telah berjaya menerima anugerah “The International Green Apple Awards for Environmental Best Practice” dan “Sustainable Development 2013” untuk kategori seni bina bangunan bersejarah hingga Labuan dipilih menjadi Duta Hijau 2014! 

Labuan Bird Park

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong.

Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi lanskap indah dan menjadi rumah kepada 600 ekor burung daripada 75 spesies.

DME Virgin Coconut Oil

Nak beli minyak kelapa dara? Datang sini. Agak jauh dan tersorok sikit tapi berbaloi sebab biskut dia sedap. Biskut yang berasaskan kelapa ni boleh buat aku datang balik ke Labuan. Sedap dia memang tak leh buat bincang orang kata. Sebalang tu aaku boleh habiskan sorang kot.

Extra Tempat Menarik di Labuan

Manikar Beach

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Orang kata di Pantai Pancur Hitam pun ada pemandangan yang best sebab terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur dan memang cantik kalau nak bergambar Instagram di situ!

Tempat Makan di Labuan

Kalau dah trip ke Borneo ni mesti orang akan buru seafoodkan? Ok ni antara tempat makan seafood dan cafe yang aku pergi hari tu. Both tempat makan seafood ni sangat murah berbanding di Kota Kinabalu. Seafood fresh dan boleh di freshkan lagi sebenarnya sebab kat pulau kan but still boleh diterima laaaa. Cuma ketam hari tu tak tahulah aku punya selera atau memang ketam dia kureng fresh sikit. Tapi murah dan boleh dimaafkaan sebab makan lain sedap.

  • Mr Crab Seafood & Steamboat Restaurant
  • Restaurant Mawilla Yatch Club for dinner
  • Mortar Café

#TIPS DI LABUAN

Ok untuk tips di Labuan, korang boleh bawa duit banyak sikit sebab boleh enjoy seafood puas puas. Lepas tu kalau nak gi karok ke sila hati-hati sikit boleh tengok bil korang lebih detail sebelum bayar or boleh tanya detail sebelum korang masuk karok.

Kalau jenis yang nak cari urut tu kat sini member aku kata murah tapi aku tak pergilah sebab aaku gi karok.

Bagi korang yang masih berkira-kira nak datang Labuan berapa hari, aku cadangkan 3 hari 2 malam dah cukup sebab Labuan ni kecil jer boleh pusing satu Labuan dalam masa saatui hari kot. Tapi kalau nak stay dekat Pulau Rusukan tu tambah lagi sehari.

Dan yang penting jangan lupa bawa sunblock sebab kat sini cuaca boleh tahan panas. Masa packing baju sila bawa baju yang nipis dan senang kerinh. Seluar tak perlu pakai seluar jean pun pakai je short pant dan bawa cap.

Oh ye satu lagi Labuan ni pulau bebas cukai macam Langkawi juga tapi harga dia mahal sikit je daari Langkawi.

Selebihnya ikut hati dan style percutian korang!

*********

Begitulah trip ke Labuan aku kali ini. Dulu kau pernah ke Labuan, 10 tahun lepas, Surprisingly Labuan dah banyak perubahan. Jika datang dulu masih kosong dan korang rasa tak tahu nak buat apa kat sini. But now bayak aktiviti yang aku sempat buat.

Dan…Sampai di sini saja.. Semoga kita berjumpa lagi, korang datanglah Labuan. Banyak tempat best!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here