Home Thailand Hat Yai 4 Hari 3 Malam Trip Bujang di Hat Yai Dan Songkhla Thailand

4 Hari 3 Malam Trip Bujang di Hat Yai Dan Songkhla Thailand

6830
0

Hat Yai dan Songkhla merupakan destinasi pilihan warga kita buat mereka yang ingin satu percutian yang ringkas namun masih boleh melakukan pelbagai aktiviti sepanjang percutian. Paling menarik buat mereka yang mahukan hidangan Thailand yang ohsem boleh dijumpai di Hat Yai dan Songhkla. 

Untuk ke Hat Yai ada beberapa cara korang boleh pilih, antaranya melalui penerbangan dan overland. Bagi mereka yang mempunyai cuti yang panjang boleh pilih overland menaiki ETS ke Padang Besar dan terus ke Hat Yai ataupun boleh memandu sendiri. Kalau nak drive pastikan tiada barang terlarang dalam kereta korang dan jangan lupa bawa geran kereta sekali ya!

Satu lagi cara adalah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hat Yai. Memandangkan cuti kami agak terhad jadi kami pilih fly sahaja, jimat masa lagipun tiket penerbangan tak mahal sangat. Dalam RM300++ sudah boleh dapat penerbangan pergi balik. 

Penerbangan mengambil masa hanya 50 minit sahaja, nak tidur pun tak sempat. Bolehlah layan lagu yang sudah didownload di dalam spotify. 

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hat Yai boleh ambil Air Asia, Malindo Air dan juga Malaysia Airlines. 

Lokasi:  Pantai Samila | Lokasi popular untuk bergambar bersama Duyong Emas

Tips: Biasanya awal pagi tiket murah! Tapi waktu penerbangan mengambil masa hanya 50 minit jadi akan sampai awal. Sila plan siap-siap aktiviti korang sebelum boleh check in di hotel jam 2 petang.

Banyak aktiviti yang boleh korang buat di sini. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak boleh ambil pakej ATV dan sebagainya. Bagi yang nak datang sini untuk lepak-lepak cari bar atau something seumpamanya. 

Untuk aktiviti kami akan kongsikan untuk artikel seterusnya!

Untuk makan pula, terlalu banyak untuk disenaraikan, gerai tepi jalan pun menyajikan masakan yang sedap dan yang penting makanan halal banyak dekat sini. 

Satu perkara yang mengejutkan kami, Hat Yai dan Songkhla ini bersih dia boleh banding dengan Jepun wei. Susah nak cari sampah walaupun di lorong-lorong. 

Dah alang-alang dapat ke Hat Yai baik korang cover terus ke Songhkla sebab jaraknya yang dekat. Drive hanya 1 jam sahaja Hat Yai dan Songhkla. 

Recommendation: Boleh ambil 2 malam di Songhkla dan 2 malam di Hat Yai

Sepanjang trip 4 hari ini kami perasan harga hotel dekat Thailand sangat murah jika nak bandingkan dengan di KL. Hotel 3 bintang boleh dpaat dengan harga RM99 sahaja untuk satu malam. Dekat town pulak tu! 

Ha satu lagi sila tukar duit siap-siap di KL ye. Duit ringgit agak banyak jatuh sekarang berbanding dengan Thai Baht. Kalau korang pernah gi Thailand 10 tahun dulu memang terasa sangat beza tukaran duit. 

Floating Market hanya di buka pada hari ahad sahaja!

Di Hat Yai juga jangan lepaskan peluang untuk ke pasar-pasar kat sini sebab korang mesti terkejut dengan barang-barang yang diorang jual cuma nak beli tu mungkin tak leh bawa balik Malaysia atau segan sebab terlampau 18sx. 

Tips: Paling best pastikan trip korang pada hujung minggu sebab floating market hanya hari ahad sahaja!

Tempat Makan Halal di Hat Yai, Thailand

#1. Asean Night Bazaar

Pasar ini dahulunya dikenali sebagai Pasar Minggu Hatyai sebelum ditukar ke Bazaar Malam ASEAN. Ianya dibina semula untuk menyusun struktur pembahagian antara makanan dan jualan pakaian. ASEAN Night Bazaar ini juga menjadi perhatian pelancong kerana jualan produk kecantikan dan fesyen pakaian dengan harga murah boleh di dapati.

Anda juga boleh ke aras 1 untuk menikmati makanan halal yang sedap! ASEAN Night Bazaar dibuka setiap hari bermula jam 4 petang hingga 10.30 malam (waktu Thai).

#2. Pasar terapung Khlong Hae

Pasar terapung ini terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar Hat Yai dan satu-satunya pasar terapung yang ada di bandar itu. Kalau anda nak berkunjung ke sini, ianya dibuka bermula pukul 3 petang sampai pukul 9 malam setiap hujung minggu daripada hari Jumaat sampai Ahad.

Di sini, anda berpeluang untuk membeli makanan halal yang dijual dari atas perahu di pinggiran sungai dan rasa makanannya akan membuatkan anda terimbau perasaan klasik Thailand zaman 70an

#3. Street Food Berhampiran Stesen Keretapi

Kedai makan ni kecil dan terletak betul-betul berhadapan Stesen Keretapi Hat Yai di Jalan Rotfai dan ada signboar bertulis Dapur Muslim berserta dengan logo halal. Pastikan anda terjumpa dengan kedai yang betul kerana ada deretan kedai-kedai lain yang tidak mempunyai logo halal.

Hidangan di kedai makan ini sama seperti kedai makan berlauk yang biasa di dapati di Malaysia dengan deretan lauk-pauk sebagai pilihan tetapi lauk-pauknya dimasak berasaskan resipi masyarakat Thailand yang ada di sana.

Minuman popular teh ais Thailand juga antara menu minuman yang perlu anda cuba di sini

#4. Dimsum Chabura Hatyai

Teringin dimsum? Tercari-cari restoran mana yang menghidangkan aneka jenis dimsum sampai pelanggannya sendiri pun rambang mata tak tahu nak pilih yang mana? Lekaslah serbu Restoran Dimsum Chabur Hatyai!

Jika kami senaraikan kesemua jenis dimsum yang dihidangkan, sampai subuh pun tidak akan habis! Namun, dimsum yang kami syorkan anda cuba ialah Prawn Dumpling, memang menjadi kegemaran ramai!

#5. Sulaiman restauran

Restoran Sulaiman terletak di pekan Hatyai berdekatan Hotel Tune. Kedai makan ini menjadi kegemaran pelancong yang asing yang menginap di Hotel Tune itu. Kedai makan ini menyediakan masakan ala-carte dan roti canai ala Thai pada waktu sarapan. Harga juga berpatutan!

#6. Salma Halal Restaurant

Singgah sahaja di Salama Restaurant untuk mencuba tomyam yang terbaik rasanya dan asli resepinya! Jika di Malaysia kita ada roti canai kuah kari, di restoran ini mereka ada menyediakan Roti Canai Green Curry. Menarik bunyinya, anda wajib cuba

Menu lain seperti nasi goreng, nasi lemak dan lauk-pauk seperti Pad Thai dan sotong goreng tepung juga turut disediakan. Jika dimakan bersama tomyam panas, sayur kailan dan nasi putih, pasti ‘kaw’!

10 Tempat Menarik Di Hat Yai Dan Songkhla, Thailand

  • #1. Tangkuan Hill
  • #2. Songkhla Old Town
  • #3. Samila Beach
  • #4. Song Thale Park
  • #5. Chalatat Beach
  • #6. Songkhla National Museum
  • #7. Khao Kao Seng
  • #8. Lee Subsin Market Precint
  • #9. Bo Yang Night Market
  • #10. Floating Market

7 Backpackers Hostel Terbaik Di Hatyai, Thailand

  • #1. Hybrit Hostel & Café – 9.4
  • #2. TK Mansion & Hostel Hat Yai – 9.0
  • #3. Silla House – 9.3
  • #4. Hat Yai Youth Hostel – 8.0
  • #5. The Hive Hatyai Hostel – 8.5
  • #6. Hatyai Dee Hostel – 8.8
  • #7. Khoksametchun Hostel – 9.4

Souvenir Hat Yai Yang Best Untuk Korang Bawa Balik!

  • #1. Beras Pulut / Beras Siam
  • #2. Kekacang
  • #3. Pes Tom Yam Thai / Mee Segera
  • #4. Produk 7 Eleven
  • #5. Passport Cover
  • #6. T-Shirt / Fridge Magnet

Hidden Gem Di Hat Yai Dan Songkhla

  • #1. Khuan Chedi
  • #2. Thale Noi Waterbird Park
  • #3. Kolam Air Panas Khao Chaison
  • #4. Ko Yo Island
  • #5. Air Terjun Ton Plio
  • #6. Ton Nga Chang
  • #7. Khao Nam Khang Historic Tunnel

Tips Bercuti di Hat Yai Thailand Perlu Anda Tahu

1. Jika jumpa monyet jangan bagi makan sebab ia mungkin monyet liar.

2. Jangan cakap tentang sistem monarki beraja di Thailand. Rayat dia sangat setia kepada Raja

3. Actually patung Budha tak boleh bawa keluar dari Thailand jika anda membelinya sebagai cenderamata pun tak boleh!

4. Dinasihatkan bawa cash.

5. Elakkan dari scam.

6. Sewa motor di Hat Yai masih boleh dipertimbangkan sebab jalan tak busy seperti Bangkok

7. Jaga kesihatan. Minum banyak air sebab cuaca agak panas dan pastikan makanan yang dimakan bersih. Kalau tak tahan pedas jangan cuba-cuba makan pedas terutama Som Tam dia. Memang sedap tapi pedas di level lagi pedas dari ayam McD 3x tu.

8. Kalau anda pandai tawar menawar ianya satu kelebihan buat anda semasa membeli belah.

9. Rileks anda stay cool.

10. Di Hat Yai ramai yang boleh cakap melayu

11. Pastikan kasut yang dibawa kasut yang sesuai dengan cuaca di sana. 

12. Naik tuk tuk kadang kala lagi mahal dari grab.

13. Waktu sesuai gi Hat Yai dalam bulan Disember sampai Julai. Sebab bukan musim hujan tapi bergantung kepada musim juga kadang-kadang.

14. Matawang Baht agak tinggi sekarang dari Ringgit

15. Bawa travel adapter seperti gambar di atas

16. Jangan main sentuh-sentuh kepada orang Thailand sebab anda mungkin akan kena penerajang nanti

17. Jaga-jaga kalau dari pusat urut. Jangan kena scam!

18. Akhir sekali slow down, jangan rush sangat sebab Hat Yai banyak tempat menarik yang korang boleh pergi. Nikmati percutian anda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here