Jom Rasai Pengembaraan Sebenar Di Universal Studios Japan. Universal Studios Japan antara salah satu tempat idaman bagi semua orang. Jika ke Osaka memang tak sah kalau tak masukkan Universal Studios Japan ini di dalam itinerari korang. Lagi-lagi kalau ke Jepun bersama keluarga dan kawan-kawan satu kepala.
Teman tema USJ ini mula dibuka oleh orang ramai pada tahun 2001 dah percaya atau tidak jumpa pengungjung yang datang ke USJ ini telahpun mencecah 8 juta orang setiap tahun. Mungkin tahun ini korang anatara dalam 8 juta yang dicatatkan. Mana tahu ada rezeki kan.
Paling menarik Universal Studios Japan juga menetapkan tema bagi setiap perayaan. Contohnya pada bulan oktober lepas paling meriah apabila Universal Studios Japan mengadakan tema Halloween. Memang meriah habislah. Beruntung siapa yang dapat merasai sendiri pengalaman Halloween di Universal Studios Japan ni.
Best Place Ever!!!!
Universal Studios Japan antara tempat yang paling best di Jepun. Last time kami sempat menyambut Halloween di sana. Gempak habis. Kami beli tiket secara online jer. Senang dan jimat. Oh btw kalau nak beli tiket online boleh beli di LAZADA sempena 11.11. Ada promosi beli 1 percuma 1 beb. Haa untunglah kome dapat beli dengan harga promosi ni. Kalau nak beli korang kena cepat sebab promosi ni hanya sampai 18 Nov 2018 sahaja.
Lagi satu untung kalau korang beli secara online ni korang tak payah beratur dah kat sana. Tapi kalau korang ni jenis penyabar tahap @#$!& boleh lah beratur. Hahha. Lepas tu kat sana diornag boleh markup harga ya. Jangan terkejut kalau tiba-tiba nak beli kat sana harga tidak seperti korang bayangkan. Jadi langkah yang bijak korang beli online dekat LAZADA. Promosi 11.11! Dah 2 kali aku ulang ni. Korang kalau tak ambil peluang ni tak tahulah aku nak cakap apa.
Sampai kat Universal Studios Japan korang wajib cuba Harry Potter World. Owh this is very awesome beb. Kalau korang peminat Harry Potter memang aku tak payah explain dah. Bayangkan korang akan rasa seperti berada di Hogwarts. Teringat zaman kanak-kanak dulu selalu berangan nak gi sekolah kat sana. hahaha…Member aku sampai 3 kali ulang ke Harry Potter World ni.



Selain itu, korang boleh juga cuba Minion Park. Wohaaa meriah! Ni kalau bawak anak-anak memang diorang tak nak balik nih. Berkampunglah kat sana siang malam.
Ada banyak lagi kalau aku nak highlight kan. Tapi sengaja tak nak spoiler banyak-banyak. nak bagi korang rasa sendiri pengalaman kat sana.



Comelkan Minion Park nih! Rasa nak bawak balikke satu letak kat rumah.
Tip Ke Universal Studios Japan
1. Elakkan pergi pada hujung minggu. Sebab orang ramai gila
2. Disarankan beli tiket secara online supaya tak perlu beratur lama-lama. Boleh beli dekat Lazada. Sekarang ada promosi sempena 11.11
3. Kalau berkemampuan beli tiket fast line.
4. Datang awal pagi sebab nanti tak sempat nak cuba banyak permainan lain.
5. Sentiasa jaga keselamatan terutama kalau bawak anak-anak kecil. Awasilah mereka setiap masa.
Tiket Universal Studios Japan
- Tiket masuk 1 hari (Dewasa) – RM290
- Tiket masuk 1 hari (Kanak-kanak) – RM195
- Baucar beli belah di Universal Studios Japan bernilai 1,000 JPY – RM36.80
Ok kalau korang nak plan untuk travel ke Jepun, Aku sarankan korang boleh ke KKday.com. Sebab kat sana korang boleh dapat info tentang tempat menarik di Jepun dan juga cara-cara nak nak travel ke Jepun. Satu lagi kat KKday korang juga boleh booking pakej travel yang awesome dan murah. Memang berbaloi. Kalau gi sorang bolehlah backpacker tapi kalau bawa family aku recommend ambil pakej travel. Macam aku tiap kali aku travel memang aku akan study tempat yang aku nak pergi. Dekat KKday pun banyak info yang berguna yang boleh korang rujuk supaya nanti perjalanan korang berjalan lancar.
Boleh juga beli local sim card, sewa pocket wifi dan juga beli tiket flight dan train dekat Jepun.
Promosi Universal Studios Japan di Lazada bermula 11.11.2018 – 18.11.2018! Harga tiket korang boleh dapat di Lazada lagi murah dari harga sebenar iaitu RM284.20 untuk dewasa dan RM191.10 untuk kanak-kanak. [Klik Sini] untuk beli tiket Universal Studios Japan. Jangan lupa lawati KKday untuk rancang perjalanan travel anda! Selamat bercuti
teringin nak pergi sana…. macma best je. woww lebih murah tu. nanti nk try la..
wishlist no 1 syafi ni.. nak pergi lah juga