Home DESTINATIONS Tip Travel Cara Elakkan Bed Bug (Pepijat) Di Hotel Bajet Semasa Travel

Tip Travel Cara Elakkan Bed Bug (Pepijat) Di Hotel Bajet Semasa Travel

6752
1

Tip Travel Cara Elakkan Bed Bug (Pepijat) Di Hotel Bajet Semasa Travel. Minggu ni aku nak share sikit tentang tip travel, tip ni mungkin nampak simple tetapi ianya boleh memberi kesan yang agak merumitkan lagi-lagi semasa travel. Maklumlah bila kita travel secara bajet ni, penginapan antara faktor yang kita boleh membelanjakan duit yang banyak.

Nak tempah hotel yang mahal-mahal rasanya membazir pula sebab bila travel kita akan jarang spend masa dekat hotel melainkan korang jenis melancong nak lepak kat hotel jer.

So artenatifnya aku lebih suka memilih hotel bajet atau B&B. Lebih selesa dan jimat. Jadi, antara cabaran yang para traveler sentiasa hadapi bila stay di tempat-tempat macam ini adalah bed Bug atau orang melayu cakap pepijat katil. Kita tak tahukan katil tu siapa yang tinggal sebelum ni atau berapa lama tak di-serviced.

Ini salah satu tip keselamatan apabila travel. Kesihatan kena sentiasa on the top bila travel beb. Baru boleh enjoy sepanjang perjalanan.

Nak dijadikan cerita aku pernah diserang oleh binatang berjenama bed bug ni masa last trip dulu, padan muka nak bajet sangat kan? Serangan pepijat katil macam ni boleh jadi amat serius sehingga menyebabkan kualiti tidur dan mood aku terjejas. Kadang-kadang tumbuh tompok-tompok merah yang sangat gatal pada kulit kesan gigitan pepijat katil ni.

Tapi disebabkan pengalaman itu aku telah pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa satu produk buatan Malaysia jenama Bio-D yang berasaskan tomato liar dan amat berkesan membunuh dan menghalau pepijat. Produk Bio-D ini bukan sahaja berkesan bahkan amat selamat digunakan di kawasan tempat tidur di bilik hotel dan sekeliling rumah anda untuk membasmi pepijat.

PEPIJAT KATIL

Pepijat katil atau bed bug ini amat sukar dilihat kerana sifatnya yang hanya keluar pada waktu malam dan gelap untuk mencari makan. Sewaktu kita tidur, pepijat akan keluar merayap dan menghisap darah kita. Sebab itu ada kesan gigitan bertompok yang berwarna merah pada kulit kita.

Jika anda tidak pernah melihat pepijat sebelum ini, anda mungkin tidak akan merasa pepijat sebagai sesuatu yang menjijikan dan berbahaya. Tetapi saya percaya anda akan berubah fikiran selepas melihat gambar-gambar di bawah ni:

BIO-D SLEEPTITE – PRODUK PENGHAPUS PEPIJAT

Untuk anda yang memang mempunyai masalah pepijat di rumah ataupun sering bercuti dengan anak-anak kecil, saya amat menyarankan supaya anda menggunakan produk Bio-D ini untuk melindungi keluarga anda daripada serangan pepijat ni!

Produk Bio-D yang berasaskan tomato liar ini mampu membunuh pepijat dalam masa kurang dari 5 minit dan telah dibuktikan secara saintifik di US. Anda hanya perlu spray terus pada pepijat untuk membunuh atau spray di sekeliling tempat tidur untuk menghalau.

Ini adalah produk Bio-D SleepTite Bed & Dust Mite Control yang saya gunakan. Ia boleh didapati dalam dua haruman lavender dan natural pada saiz 300ml. Sangat sesuai digunakan di kawasan sekeliling rumah. Harga di pasaran adalah RM29.90 tetapi anda boleh beli di Lazada & Shopee dengan harga yang sangat special.

Untuk anda yang kaki travel, anda juga boleh dapatkan produk ini dalam travel size 100ml – mudah untuk dibawa ke mana-mana termasuk ke dalam flight untuk digunakan terus. Harga jualan di pasaran adalah RM14.50 tetapi boleh dibeli dengan harga yg lebih murah di Lazada & Shopee.

CARA MEMBELI

Selain dijual di Mydin, Giant, dan Vitacare Pharmacy, anda boleh beli secara online di Shopee melalui pautan di bawah:

Shopee

https://shopee.com.my/entogenex

Lazada

https://www.lazada.com.my/shop/bio-d-/?langFlag=en&pageTypeId=1

Yang paling menarik sekali, anda boleh beli produk ini dan nikmati diskaun sebanyak 20% dengan menggunakan kod baucar “ENTOFF” untuk setiap pembelian sekurang-kurangnya RM20 hanya di Shopee. Sangat berbaloi kan? Tapi tempoh sah hanya sebulan bermula 26 September ini hingga 26 Oktober 2018!

Jadi apa tunggu lagi? Belilah sekarang sementara stok masih ada.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge