Hong Kong antara destinasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin disebabkan banyak pilihan penerbangan terus dari Malaysia ke Hong Kong. Lagi satu di Hong Kong sekarang tak macam dulu. Dahulu mungkin agak sukar untuk mencari makanan halal dan memaksa pelancong muslim membawa bekal dari Malaysia untuk makanan di sana.
Namun sekarang, makanan halal semakin senang untuk jumpa di negara bukan Muslim. Minggu ini aku kongsikan sedikit tips dan panduan untuk mereka yang berhajat untuk ke Hong Kong.
Tip Dan Panduan Travel Ke Hong Kong

1. Pengangkutan awam sangat mudah & perlu banyak jalan, hari2 jalan kaki. Semasa berada di Hong Kong 5hari berat badan turun 1kg.
2. Makanan halal sudah senang untuk dapat dekat Hong Kong
3. Escalator di MTR sangat laju, laju sangat. Terperanjat masa mula2 naik escalator. Kepada pelancong macam kita ni, masa naik escalator sila hati2, pegang pemegang, kalau tak nanti takut jatuh. Semasa berdiri di escalator sila diri belah kiri, belah kanan untuk orang lalu lalang nak kejar train.
4. Tempat tinggal : 1 malam lingkungan RM130 – RM150.
5. Tidak memerlukan Visa untuk travel ke Hong Kong
6. Penduduk diorang sangat ramah
7. Selamat. Tak perlu sesat and pick pockets.
8. Orang semua baik-baik. Jarang nampak orang obes, and diorang sangat menjaga pemakanan.
Makanan Halal
Kalau ke hong kong, tak sah kalau tak singgah di Masjid Ammar ni untuk makan masakan Cina. Masjid ini terletak di Wan Chai pulau Hong Kong. Untuk ke masjid ni, korang kena turun di station Wan Chai exit A (island line- line biru)
Keluar je dari station MTR tu (exit A) berhadapan station tu ada tram station, naik tram ke arah causeway bay (baca paparan dekat depan tram) dan turun di station tonochy road (station no 47E atau 52W) Harga tram hkd2.30 (kena sediakan duit kecik sbb xda baki). Turun dari tram, akan nampak basketball court dan ada laluan di sebelah court (rujuk gambar)
Ikut laluan tu, naik tangga, ada traffic light berhadapan dgn convenient store. Bangunan die belakang convenient store tu adalah masjid ammar. Just terus smpai ujung bangunan, belok kiri jumpa pintu masuk. Naik lift tingkat 5 untuk ke kantin.
Ingin mencuba dim sum Hong Kong yang tulen? Kantin Pusat Islam menawarkan dim sum halal untuk sajian makan tengah hari dan hidangan Kantonis untuk sajian makan malam.
Alamat: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong Island
Culture

Yeah rata-rata orang cakap Hong Kong a bit pricy, actually kalau bajet dengan betul masih boleh jimat, aku tak kata murah tapi masih lagi boleh jimat. Tapi aku nak pesan jangan terlalu jimat sampai menyusahkan diri sendiri.
Apa yang aku boleh katanya Hong Kong walaupun mahal tapi berbaloi untuk dilawati kalau korang sejenis penggemar culture. Orang kat sana pun respect each other. Macam kita lah kalau kita respect orang, orang pun akan respect kita jugak. Paling best dalam semua benda diorang tahu beratur. Tak cross traffic light masa merah, tak ada bunyi hon pun. Public transport the best ever! 30 seconds each train (yang saya buat calculation lah) I hope Malaysia will be like this in the future.
Tempat Menarik dan Shopping di Hong Kong
Hong Kong tak perlu nak pertikaikan lagi sebagai tempat shopping paling best di Asia. Banyak barang-barang menarik boleh shopping.
Orang kita ni kalau shopping tempat paling best adalah street shopping, kat Hong Kong ni pun boleh tahan banyak pilihan tempat untuk shopping. Antaranya:
1. Kowloon Street Shopping

Terletak di sekitar Yau Ma Tei dan Mong Kok, tempat ini begitu sibuk sekali dengan orang ramai. Namun untuk shopping memang best dekat sini. Untuk Ladies tempat ini memang untuk anda sebab banyak jual barang-barang seperti make up, baju cantik-cantik dan macam-macamlah lagi. Dibuka dari jam 12:30 – 22:30). Kalau korang power bab tawar menawar boleh cuba di sini.
2. Harbour City

Terletak di Tsim Sha Tsui, ada lebih dari 700 stores dan 50 gerai makanan dekat sini. Memang antara syurga buat kaki shopping.
Makanan Mesti Cuba di Hong Kong Musim Panas

Kalau korang datang ke Hong Kong pada musim panas aku cadangkan korang cuba ice cream kat sana. Sedap woo. Then paling best leoak lah sekejap dekat Starbucks Hong Kong. Salah satu tempat korang kena pergi kalau ke Hong Kong. Satu lagi Hong Kong ni banyak desert yang sedap-sedap. Korang kena try juga tu.
Salah satu tempat yanga ku boleh recommend kan adalah Kung Woo Beancurd Factory!
Alamat: Hong Kong, Un Chau, ? 118 Pei Ho Street
Accommodation

Untuk penginapan ramai yang tanya tempat yang sesuai untuk tinggal di Hong Kong. Memandangkan aku seorang muslim aku sarankan untuk korang stay di area Tsim Sha Tsui. Kenapa kat sini? Ok let me explain sikit. Aku suka area ni sebab senang nak cari makanan halal di kawasan ini. Ada masjid, kedai Pakistan ada restoran mamak Malaysia dekat Chungkin Mansion. Boleh jalan kaki ke jetty naik fery ke bandar.
Dekat area situ juga boleh dapatkan nasi ayam penyet halal dengan RM12 sahaja. Harga sama dengan Malaysia kot.
*********
Tip tambahan:
Nak jimatkan perbelanjaan semasa travel? Aku biasa akan buat perbandingan harga hotel dan penerbangan melalui wego.com. Sebab senang nak cari harga yang berpatutan dan hotel yang aku nak. Dengan Wego korang boleh bandingkan lebih dari 700 laman web seluruh dunia.
Inilah salah satu perkarang yang wajib di buat semasa membuat persedian untuk travel. Tak caya? Cuba korang download applikasi Wego sekarang. Tak menyesal!
Benar, tepat tu tips tu..
Lagi lagi yang escalator tu, hampir juga terpelot kaki gara gara tertolak org belakang masa nak naik, nsb bak tak tersungkur…
Pengangkutan pun senang, makanan halal pun senang..
Tapi sayang, tak sempat nak merasai dm sum di Kantin pusat islam tu..
Jalan kaki, memang kurus kaki hahahaha…