14 Tempat Menarik Pelancong Muslim Boleh Pergi Jika Bercuti ke Macao. Macao merupakan salah satu destinasi pelancongan yang kian menjadi perbualan buat kaki travel di Malaysia. Disebabkan jirannya iaitu Hong Kong begitu popular, kini Macao juga menerima tempiasnya.
Awal april 2018 hari tu aku sempat menjelajah bumi Macao ini selama 4 hari 3 malam. Kini Macao bukan sahaja popular dalam kalangan bukan muslim, malah pelancong muslim juga mula membuka mata untuk berkunjung di Macau. Disebabkan di sini begitu senang sekaliuntuk dapatkan makanan halal membuatkan Macai begitu seusai untuk percutian keluarga.
Jika kita lihat dahulu memang susah untuk cari makanan halal di Macao. Kini semua itu tidak perlu risau lagi. Terlalu banyak tempat makan halal di Macao yang korang boleh jumpa. Sebelum ini aku telah pun berkongsi kenapa pelancong muslim tidak lagi perlu risau jika melancong di Macao. Boleh baca post aku yang terdahulu.
Di post terdahulu aku ada cerita banyak tentang restoran halal dan kali ini aku akan kongsikan 11 tempat manarik di Macao buat pelancong muslim.
1. Planetarium Macao Science Centre
Ok tempat ni memang sesuai jika anda datang ke Macao bersama keluarga. At least tak ad alah boring sangat anak-anak korang macam bercuti kan. Masa aku pergi hari tu ianya masih lagi dalam proses renovate tapi dah boleh masuk. Hanya beberapa tempat sahaja yang di tutup.
Selain sains, kat sini juga anak-anak korangboleh belajar tentang teknologi, persekitaran dan gaya hidup. Bukan budak-budak je boleh belajar, mak bapak pun boleh belajar sekali. Aku pun excited ke sana hari tu. Macam-mcam ilmu boleh dapat.
Untuk pengetahuan korang planetarium ini juga merupakan planetarium yang pertama di dunia yang ada sistem 3D dan ultra-high definition projection system (8,000 x 8,000 pixels), dan ada permainan live show yg interactive serta dome movies dalam 3D.
Address: Avenida Dr. Sun Yat-Sen, Macau
Opening hours: 10:00 a.m. to 6:00 p.m. (Tickets are only available up to 5.30 p.m., closed on Thursdays and Lunar New Year’s Eve, open on public holidays.) Open daily in July and August.
Tickets:
- Exhibition Galleries – MOP25
- Planetarium (2D Dome /2D Sky Shows) – MOP60
- Planetarium (3D Dome /3D Sky Shows) – MOP80
- Free admission for children under 2 years old
Info Lanjut: Macao Tourism!
2. Angry Bird Centre


Bagi peminat angry bird janga lepaskan peluang untuk ke Angry Bird Centre yang terlepak di Ponte 16. Kat sini memang syok weh. Aku rasa aku dah kembali jadi kanak-kanak dah hari tu. Di timbus dengan bola-bola kecil then boleh main tembak-tembak. Sangat wow!!! Orang dewasa macam aku pun enjoy gila kat sini, kalau bawak budak-budak lagilah diorang suka. Silap-silap depa tak nak balik!
Info Lanjut: Angry Bird Ponte 16
3. G Racing Stimulators


Haa ini permainan orang dewasa. Sumpah rasa real main G racing ni. G racing ni kira macam game lumba kereta pakai simulator. Tapi rasa macam real. Macam mana ek nak explain. Korang kena try sendiri. G Racing pun terletak di Ponte 16. Sama tempat dengan Angry Bird tapi lain tingkat.
Paling best dia punya rasa thrill tu tapi kalau boleh masa main tu jaga sikit kata-kata. Aku main hari tu segala jenis binatang dalam hutan aku sebut. tak baik mencarut! Kalau korang nak tahu di Macao ni ada event yang di panggil Macau Grand Prix yang merupakan acara suka yang besar di sini. Jadi G racing ni kira simulator kepada event ni lah.
Info Lanjut:
4. Macao Tower


Kalau datang Macao memang tak sah tak datang ke Macao Tower! Aku tiap kali aku travel ke mana-mana aku akan ke mercu tanda di destinasi yang aku pergi. Dan jangan lupa beli replika menara ni untuk bawak balik ke rumah.
Macao Tower ni agat popular di di seluruh dunia. Kalau korang peminat Running Man mesti korang tau menara ni. Kalau tak silap Song Ji Hyo pernah buat Bunge Jump kat sini. Tahun lepas pun ramai kawan-kawan aku datang untuk buat Bungee Jump kat Macao Tower. Aku? Huh tak apa lah aku tengok jelah. Belum terbuka hati nak buat Bungee Jump.
Bungee Jump Macao Tower adalah bungee jump yang tertinggi di dunia ya! View dari atas ni pun stunning.
Info Lanjut: Macao Tower
5. Ruin’s of St Paul’s

Pada 1835, salah satu gereja Katolik terbesar di Asia ini runtuh dalam satu kebakaran, meninggalkan hanya pintu hadapan yang menceritakan sejarah agama Kristian di Asia dengan simbol-simbol tentang agama berkenaan.
Ruins of St. Paul’s hari ini berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling ikonik dan paling banyak dilawati di Macao. Pada aku, ini salah satu lokasi wajib kalau mahu menandakan korang dah sampai ke Macao.
Paling mencabar adalah nak bergambar di depan mercu tanda ini. Fuh dia punya manusia punyalah ramai. Memang tak de peluang nak bergambar sorang-sorang berlatarbelakangkan monumen ini.
6. Parisian Macao

Parisian ni merupakan salah satu hotel terbesar di Macao. Besar hotel ni sampai ambil masa setengah hari kot untuk jelajah hotel ni. Maybe sehari. Kat Parisian ni ada Hotel, Eifel Tower, Shopping Mall, Restaurant, dan Taman Tema…
Kalau korang nak feeling feeling bergambar di Paris meh lah datang ni. Menara eifel dia sebijik sama kot dengan kat Paris. Cuma kat sini tinggi dia setengah dengan Eifel Tower yang sebenar. Boleh naik atas untuk tengok view Macao di tingkat 37!

Tak cukup itu, pastikan korang luangkan masa menjengah ke dalam hotelnya dan window shopping (kalau tidak membeli-belah) di The Shoppes at Parisian. Jujur cakap, dengan design pengaruh Perancis, segenap ruang terasa cukup eksklusif dan extravaganza!
Info Lanjut: www.parisianmacao.com
7. Venetian Macao


Sama seperti Parisian cuma Venetian berkonsepkan Itali atau lebih fokus lagi adalah Venice. Salah satu city yang masih lagi berada dalam list yangbelum aku jejak. InshaAllah jika ada peluang ingin sekali nak ke Venice sebelum ni hanya sempat singgah kat Milan je.
Walaupun begitu dapat ke Venetian Macao pun dah puas hati dah, dia punya aura Venice pun daha da kat situ. Canal yang popular tu pun ada kat sini.

The Venetian, salah satu hotel bersepadu terawal di Macao dan juga salah satu mercu tanda di Macao ini.
Oh dan sebagai fakta, di sini juga antara lokasi penggambaran yang cukup ikonik bagi drama popular Korea Selatan, Boys Over Flower dan muzik video ‘New Face’ nyanyian Psy.
Hasif Hamsyari yang bagitau…
Info Lanjut: www.venetianmacao.com
8. MGM Cotai

Bagi peminat peminat seni artistik jangan lupa singgah di MGM Macao ni. Aku tak berapa minat sangat jadi masa diorang duk buat penerangan aku tak berapa nak fokus. Salah satu sebab aku tak leh nak fokus sebab environment kat MGM ni sangat awesome. Di penuhi dengan warna-warna emas buat aku mudah je hilang fokus.
Selain itu ada juga sebuah karya menggunakan 24 tan besi tahan karat yang diselaputi daun emas 24k yang dipamerkan secara umum! Emas real beb!!!


Tak cukup dengan tu, kat sini juga ada beberapa restoran chef terkemuka dunia, ruang tertutup setinggi empat tingkat dengan 25 skrin LED gergasi kekal terbesar di dunia dan chocolate fountain tertinggi di dunia!
Kami sempat makan di restoren dalam ni Seafood Dinner at “Coast”@ MGM Cotai. Sedap! Milik salah sorang juri Masterchef US.
Info Lanjut: www.mgm.mo/en/cotai
9. Studio City
Tempat ni aku boleh bagi 10 / 10 bintang. Memang satu kerugian besar kalau tak datang sini. Bagi peminat Batman kat sinilah korang boleh merasa berada di Gotham City.
Studio City adalah sebuah resort bersepadu yang pertama di dunia membawakan elemen produksi perfileman dalam pengisiannya termasuklah hotel, pusat beli belah dan tarikan yang ada. Kat sini, aku berpeluang menaiki Golden Reel, roda Ferris berbentuk lapan tertinggi di dunia (130 meter) yang terletak di antara dua menara bangunan yang cukup futuristik ini.
Berpeluang untuk merasa sendiri pengalaman naik Golden Reel memang best. Rasa macam naik Ferris Wheel tapi yang berbentuk 8. Lagi best. Pastu boleh tengok view studio city.
Satu lagi korang juga cuba Batman Dark Flight 4D. 4D paling thrilling aku pernah alami dengan ditemani Batman untuk menewaskan musuh yang telah menculik korang untuk di jadikan makanan. Eh bukan dijadikan makanan tapi tebusan kot. Dalam 4D ni korang akan fly sekitar Gotham City yang sangat real. Aku menjerit kot macam naik roller coaster.
Info Lanjut: tudiocity-macau.com
10. Taipa Village


Tempat ni luas. Banyak tempat boleh pergi. Tak silap aku kat area sini 3 tempat aku pergi. Salah satunya adalah Taipa House Museum. Kat sini hipster sikit. Bangunan warna hijau turquoise membuatkan tempat ni sangat rare. Taipa Houses Museum juga adalah peluang untuk lebih memahami senibina Portugis di Taipa melalui lima buah rumah tradisionalnya yang dibina sejak 1921. Tak hanya menampilkan reka dalaman rumah, di sini juga ada tasik dan taman bunga yang cukup menenangkan selain satu-satunya gereja Katolik di Taipa, Our Lady of Carmel Church.
Lima rumah ini masing-masing mempunyai tema tersendiri iaitu Macanese Living Museum, Exhibitions Gallery, Creative Casa, Nostalgic House dan House of Receptions.


Cunha Street
Selain itu kat area sini korang boleh juga pergi Cunha Street dimana korang boleh membeli cenderahati di Macao, lokal mesti akan sebut Rua do Cunha (Cunha Street) ni. Jalan ni mendapat namanya daripada pengembara dari Portugis bernama Tristão da Cunha.
Taipa Village Art Space
Kat sini ada pameran pertama filem-filem karya pengarah kelahiran Russian yang menetap di Macao iaitu Maxim Bessmertny bertajuk Degustation. Bessmertny banyak mengetengahkan unsur humur, dramatik dan satira sosial dalam karyanya seperti Death of Parrot (2017), The Great Debt (2016) dan Sampan (2017).
Pameran berkenaan yang akan berlangsung hingga hujung bulan Mei 2018 dianjurkan Taipa Village Cultural Association.
11. Giant Panda Pavilion



Kat Macao pun ada panda. Hari tu ada 4 ekor. Bapak dia, mak dia dan anak dia kembar dua ekor. Ni first time aku tengok panda depan mata. Kat zoo KL pun tak pernah tengok pom lagi.
Terdapat dua ruang tertutup berkeluasan 330 meter persegi dan satu ruang perkarangan terbuka berkeluasan 600 meter persegi yang digunakan khas untuk habitat panda-panda ini.
Selain Panda ada juga binatang-bintang lain yang ada di sini, salah satunya adalah panda merah. nama panda tapi macam musang.
Info Lanjut: www.macaupanda.org.mo
12. Jalan-Jalan Pusing Macao dengan Open Top Bus

Last but not least adalah pusing-pusing Macao dengan Open Top Bus. Ada 11 hentian yang semuanya cukup menjadikan perjalanan korang di Macao lebih selesa. Jadi kalau datang sini x tak perlu nak naik kereta atau sewa bagai. Cukuplah naik bas dan korang dah pun boleh jelajah seluruh Macao.
Antara hentian Open Top Bus adalah Macau Ferry Terminal, Macau Fisherman’s Wharf, Kun Lam Statue, Hotel Lisboa, New Yaohan, Macao Tower, A-Ma Temple, Galaxy Macau, Broadway Macao dan The Venetian Macao.
Harga tiket:
- MOP150 (dewasa)
- MOP100 (kanak-kanak)
Boleh juga beli online di www.goldsparktours.com
Sampai di situ sahaja lah. Cukup 4 hari nak cover semua tempat ni, nak diikutkan banyak lagi tempat manrik di Macao tapi ini je yang sempat pergi. Maybe next time ya.
Ok InsyaAllah. Jika korang ada apa-apa soalan, boleh tanya dalam ruangan komen di bawah or terus e-mail ke blog@faizalfredley.com. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kalian.
Artikel ini dihasilkan melalui jelajah media jemputan Muslim Media FAM trip ke Macao dengan kerjasama Macao Government Tourism Office (MGTO), Representative in Malaysia! pada 16 – 18 April 2018. Semua pendapat adalah milik penulis sepenuhnya. Kalau tak puas hati atau ada info yang aku tak kreditkan boleh juga email aku atau tinggalkan komen.
master judi online game situs judi kartu online terbaik 2020 di Indonesia yang mudah menang dan terpercaya saat ini di Indonesia.
Salam..nak tyn yg lokasi pengambaran kdrama princess hour tu dkt cologne village or kt taipa village? Konfius skit sb tajuk #10 taipa village tp ada pic cologne village.
Thanks
Seronok bisa ke Macau dan jumpa makanan halal. Salam Paket Wisata Jogja
Seru ya bisa ke sana!
Wah, recomended banget. Banyak pelancong musli yang kesusahan kalau melancong ke luar negeri. Terimakasih, Sukses selalu!
Macau ni seingat mama pernah jadi jajahan negara sepanyol atau portugal kan? Tak ingat sangat sejarah
Banyak tempat menarik di macao untuk pelancong muslim kan
Banyak tempat menarik di macao kan. Lawa sungguh permandangan macao tower tu