Pengalaman “Rare” Semasa Penerbangan Air Asia Dari Sandakan Ke KL. Sepanjang 6 tahun aku aktif travel inilah kali pertama aku dapat pengalaman yang rare ni. Memang susah nak dapat pengalaman ni kat dalam flight. Mulanya aku rasa bengang juga sebab annoying dan menganggu aku tidur. Tapi aku cuba positifkan diri dan bayangkan aku ditempat diorang. Fuhh terus jadi lawak. Korang boleh cuba trick ni ya.
Semalam aku ambil flight Air Asia dari Sandakan ke Kuala Lumpur. Flight jam 4.55 ptg tapi delay ke 5.30 ptg. Bertarikh 11 Mac 2018.
Seat aku hari tu adalah 31E. Which mean seat paling tak best. Since AA ni tak boleh pilih seat melainkan ko bayar so terpaksa terima Auto seat. 2 sebab aku tak suka seat 31E ni. Satu nya sebab di tengan2. Rasa rimas dan lagi satu di belakang. Bili seat di belakang ni korang akan rasa lebih bumping tau kalau flight langgar awan atau ada air turbulence.
Hari tu juga ada sekumpulan rombongan cik kiah, Terdiri dalam 15-20 orang macam tu. Dan rombongan tu betul-betul berada dalam lingkungan seat yang aku duduk tu. Mereka ni terdiri dari bapa-bapa dan mak-mak. Mungkin trip company kot.
So nak jadi kan cerita diorang punya meriah macam menyembang dalam bas weh. Riuh rendah. Aku yang tengah tengah tidur pakai earphone pun boleh dengar. Tu belum lagi diorang datangh menyendeng kat seat tu. Memang tak leh duk diam. Kadang-kadang rasa serabut gak. Nak jer tukar tempat lain.
Palin tak tahan bila aku terdengat perbualan mak cik pakcik tu sesama sendiri. Serius lawak weh. I should record lah part ni.
Antara perbualan yg sempat singgah kat telinga aku:
Makcik 1: Kapal terbang ni bergerak ker? Tengok kat luar macam tak gerak jer!
Pakcik 1: Dik (merujuk kepada steward) Tolong bagitau pilot aircond kat sini rosak lah. panas la…
Makcik 2: Pilot ni patut tukar orang lain sebab asyik langgar awan je. tak reti bawak kapal terbang ker? pening makcik!
Pakcik 2: Dik (merujuk kepada aku) adik buang air besar ke air kecil. Aku jawab air kecil. Then pakcik tu tanya lagi. Boleh ke buang air besar dalam tu? Hahaa
Pakcik 3: Dik (merujuk kepada steward) ada botol kosong tak. Pakcik nak kencing.
Tu yang sempat aku dengar. Nak dengar lagi kang pecah perut aku tergelak. So aku ambil keputusan letak balik earphone dan pasang lagu kuat2. Satu lagi peristiwa masa penjualan merchandise air asia tu, Fuhh aku rasa macam berada dekat pasar filipina pulak. Riuh rendah weh.
Nasib baik aku terlebih positif hari tu sebab baru lepas rileklah diri di Borneo Natural Sukau Bilit Resort! So mood masih terkawal!
Satu lagi aku perasan stewardess yang buat announcement persis makcik bawang pun ada hari tu pun bukan main kasar gila. Biasanya kalau Air Asia stewardess bukan main lembut je suara…
Inilah jadi kalau orang kampung baru first time naik kapal terbang. Teringat saya masa mula mula naik dulu.
Kampung juga.
Hiburan untuk FF la tu.. hehehe.
Assalamualaikum dan salam jumaat dari Maznee. Sesekali memang menghiburkan, kalau selalu jumpa kena banyak bersabar ni.
Tuan naik kapal terbang dah macam naik keretapi
Mesti seronok pak cik mak cik kiah tu naik air asia. Sampai keluar bahasa kampung stewardess tu
Hahaha. Alaaaa maafkanlah mereka. Mungkin ni pengalaman pertama mereka menaiki pesawat. Everyone can fly kan. For sure akan menjadi kenangan manis bila dikenang semula
I can imagine. I guess those makcik n pakcik obviously ‘nervous’ . People tend to talk too much or just silent when ‘butterfly in their stomach’.
Memang pengalaman yang rare lah. Lawak la makcik dan pak cik tu.
Alamak nak pecah perut baca perbualan mak cik dan pakcik kepo dalam AA tu