27 Perkara Perlu Tahu Jika Travel Ke Norway | Tips & Info. Kembara di bumi Scandinavia bukanlah satu perjalanan yang mudah. Selain kos yang tinggi cuaca yang agak sejuk membuatkan tidak ramai traveler dari Malaysia memilih Norway sebagai salah sati destinasi untuk di jejaki.
Sebelum ni aku ada kongsikan Itinerary, Kembara Oslo 5H4M, dan juga misi memburu Aurora di bumi Norway. Kali ini aku kongsikan 27 perkara yang korang wajib tahu jika nak ke Norway. Tips dan info ni untuk newbie jer. Korang yang dah expert tu bolehlah tambah apa yang patut untuk kebaikan kita bersama. Semoga perkongsian kita memberi manfaat kepada mereka yang ingin travel.
Nasihat aku kalau nak ke Norway korang target lah utara Norway terutama di kawasan artik Norway. Cantik dan sumpah korang tak kan menyesal.
27 Perkara Perlu Tahu Jika Travel Ke Norway
- Matawang Norwegian Krone (NOK) €1 = 9.8kr
- Bahasa Norwegian dan English
- Temperature kat Oslo 2 ke -11 (december)
- Tempereture kat Tromsø 2 ke -11 (december)
- Temperature paling teruk kat sempadan Finland -20 yg ni masa nak cari Northern Lights
- Beza waktu 7 jam lewat dari Malaysia.
- Air paip (tap water) kat norway selamat utk di minum dan kualiti air paip di sini antara yg paling bersih. So x perlu beli air masak. Kalau beli pun mahal.
- Rakyat diorg sgt ramah dan helpful
- Antara bandar paling tinggi taraf hidup
- Makanan mahal. Better masak sendiri.
- Oslo boring
- Train kt Oslo x ketat sangat. Kalau berani boleh je naik train tanpa beli tiket. Tp kalau kantoi jangan cakap aku ajar.
- Tiket train dari Airport ke Oslo dalam 90 NOK
- Ada pasaraya halal. Boleh beli brg2 kat sana (area Oslo)
- Dari Oslo ke Tromsø boleh ambil flight dlm 1 jam 45 minit
- Northern Lights hanya boleh tgk di Tromsø (Artik Norway)
- Pakej Aurora dalam €220 pick up kat hotel (Tromso)
- Kalau cuaca elok aurora boleh muncul dekat town Tromsø
- Kami menghala ke East Norway utk cari Aurora sampai ke sempadan Finland. Dekat 2 jam drive.
- Pastikan pakai kasut yg sesuai. Kasut yg x mudah basah
- Jalan kat Tromsø boleh jd sangat licin terutama bila snow dah keras
- Jacket pun kna yg sesuai. Yang tahan sejuk
- Kat tromso 23 jam siang tp malam dan siang sama je gelap
- (Tromso) Public transport leh naik bas utk ke airport. Ambil bas no 42 boleh tunggu je kat mana2 Point area town yg ada tulis no 42. Harga dr town ke airport dalam 50NOK.
- Boleh install apps rome2rio utk lebih jelas tentang public transport termasuk harga sekali. Tp harga kdg2 dlm apps tu x update.
- Tiket boleh bayar dlm bas.
- Ada bus express tapi mahal. Baik amik bas biasa je.
Overall kalau di beri peluang aku nak repeate lagi trip ke Norway. Kali ni nak target kawasan Northern Norway sebab hari tu aku tak sempat gi banyak tempat. Kalau belah South tak banyak sangat tempat menarik.
Norway harga cekik darah woo. Sama macam Sweden! Jadi kalau nak datang sini prepare lah duit banyak2.
Memang tak terbayang dalam kepala negara Norway ni.. kalau ada duit lebih, boleh la try gi sana suatu hari nanti… hihi
fuh fuh fuh cantik sungguh pemandangan kat sana. teringin sangat nak main snow. hehehe. tapi bab harga cekik darah tu meaning kene menyimpan dari sekarang lah kalau nak pergi. huhuhu.
Macam best dapat main snow. Bila la boleh pergi ni. Huhuhu
Can sumone tell me how much is a budget n cost from flight tickets pegi balik n all expenses kat norway….thinking bout nk gi sana on august 2019. Backpacker tp nk sewa kete kt sana so blh travel mrata2. Dh amik lesen tuk internasional driving license dh.
Salam.. sy cdg nak ke Tromso Norway melalui Helsinki bulan Nov 2018 ini.. plan nak whales safari n Aurora, klu sy solo backpacker ada masalah ke? Sy nak dok di Helsinki 2 mlm dan slps tu ke Tromso 4 mlm. Boleh advice sbb faizal ada pengalaman mtravel Norway. Whales Safari n Aurora sy cdg nk booking online.. tq
Menarik juga rancangan mengembara ke norway. Sediakan mental dan duit saja
Kami jalan Malaysia pun tak habis lagi, insyaallah ada rezeki dari Allah teringin juga
Nice Sharing.Terima kasih sebab sudi berkongsi maklumat.
Terima kasih atas perkongsian tuan ni, mesti berguna untuk mereka yang nak ke norway
Pendek kata, tak berbaloi mana pun pergi normay kan tuan? Sebab kos mahal, tarikan tak banyak. Kalau bukan sebab aurora, mama pun tak minat nak pergi sana
Itu pun kalau sampai sana. Sejuk banget
waduhhhhh.. klu aku kayaaaaaaaaa
Tak kaya pun boleh pergi, saya pun tak kaya tapi mampu jugak pegi 6 Negara minggu lepas.
wow bestnya.. teringin nak pergi.. nanti bawa mama tau