Negara kedua untuk Scandinavia. Mula-mula sampai je aku agak excited sebab nak tengok Northern Lights namun sayangnya Northern Lights hanya boleh tengok di Utara Norway iaitu Tromso.
Aku stay di Oslo dalam 5 hari ikut perancangan. Agak lama bagi aku yang mudah boring stay di satu satu tempat. Hotel yang kami ambil betul-betul dekat bandar. Terletak dalam 500m dari Hard Rock Cafe Oslo. Actually bukan hotel pun kami ambil BnB sebab nak masak katanya.
Fahamlah negara Scandinavia ni memang cekik darah jer semua harga. untuk jimat kami cadang masak jer. Senang!!
Hari pertama di Oslo kami sampai malam. Jadi tak dapat merayau sangat lah. Hari kedua baru start jalan-jalan. Hari kedua aku merayau sekitar bandar. Banyak krismas market area ni. jadi agak meriah sikit. Masa ni bandar Oslo memang dilitupi oleh salji sebab sebelum kami sampai salji turun agak lebat.
Tak banyak tempat pun kami pergi satunya sebab cuaca agak sejuk dan memang cepat je matahari terbenam. Sangat limited. Tempat-tempat menarik pun tak banyak boleh pergi di musim sejuk ni.
Jadi aku putuskan untuk ambil tiket ke utara Norway untuk misi mencari Aurora. Lagipun duk Oslo memang tak der tempat nak pergi sangat. Serius boring gila. Pusing-pusing krismas market jer lah. Dah lah barang mahal je kat situ.
Harga kat Norway ni serius weh. Seram aku…iceland tu dah mahal dah tapi lagi mahal kat Norway!! Tu belum masuk Sweden, Finland dan Denmark lagi. Kopak poket weh…
TEMPAT MENARIK DI OSLO NORWAY
- Jalan-jalan sekitar bandar Oslo jer!
- Muzium muzium Nordic banyak kat sini tapi aku tak pergi!
tak banyak pun dapat aku tulis sebab boring dan aku sekejep sangat kat Oslo. Lagipun orang datang ke Norway ni memang untuk tengok Northern Lights jer. Nanti aku story kisah misi mencari Aurora yang sangat mencabar!
Nah aku belanja gambar2 sepanjang di Oslo…
Jadi kat Norway ni x sempat pi tengok kapal Viking la, sbb x masuk muziumnya?
Mujur di sana ada aurora kan, teringin juga nak pergi tengok
Tapi mama tak tahan tempat sejuk sejuk ni
Bosan2 pun cantik tempat dorang huwaaa best gilos
Walau nampak bosan, tapi best juga sebab dah sampai ke sana
Memang nampak agak membosankan suasana di sana
Tapi kalau nak menyendiri syoklah
Bandarnya sejuk..membeku
bestnya dapat berjalan ke negara orang