Alhamdulillah dah tamat pun trip aku di Iceland. Short trip yang lebih kepada pengenalan ke Iceland. InshaAllah jika ada duit lebih dan ada rezeki aku nak datang lagi di Iceland.
Yup 4 hari memang tak cukup untuk cover tempat-tempat di Iceland. Nampak je kecil tapi besar woo Iceland ni. Untuk trip 2017/2018 aku bermula dari Iceland dan akan berakhir di London!
Untuk Episode Iceland aku dan cerita separuh dekat entri ni Blue Lagoon Iceland, Impian Tercapai!!! So yang ni aku sambung hari ke tiga di Iceland.
Untuk hari kedua dan ketiga aku habiskan masa di South Iceland kira-kira 2 jam drive dari Keflavik.
Malam kedua aku di Iceland aku stay di Edinborg Guesthouse. Memang cantik sangat. Di kelilingi oleh bukit ais. Waktu pagi kat sini memang awesome. Korang boleh tengok sinaran matahari warna purple pada waktu pagi. Lepas tu akan bertukar keperang perangan dan siang pun menjelma.
Musim winter di sini agak sejuk. Bukan agak lah tapi memang sejuk nak mamposs. Waktu siang pun sekejap je dalam 6 jam. Matahari naik jam 11 pagi dan terbenam jam 4 petang. So kitaorang ada masa lebih kurang 6 jam je utk buat aktiviti kat sini. Waktu malam gelap gelita. Nak drive pun susah.
Lepas check out destinasi pertama aku pergi adalah Skogafoss Waterfall. Kalau korang perasan kat sini ada shoot music video Gerua dalam filem Dilwale. Sumpah sejuk weh. Aku tak faham macam mana Kajol boleh menari di sini sambil pakai sari jer. Then kat air terjun ni boleh naik atas. Masa ni aku x naik sebab waktu siang kejap dan cuaca sangat sejuk dengan angin kuat lagi. Dapatlah bertahan 20 minit kat luar. Kalau korang nak naik boleh naik atas tu, view dengar cerita stunning habis lah. Duk bawah pun dah cantik ni kat atas lagi lah cantik.
Dan siap ambil gambar kat air terjun tu kami teruskan perjalanan ke Sólheimajökull. kat sini memang lagi sejuk sebab atas bawah tepi belakang depan semua ais. Tapi kalau bercadang nak hiking kat sini kena sewa peralatan hiking. Aku hari tu tak tahu main redah je. So dapat lah gi separuh jalan sebab jalan licin giler. Aku dah berapa kali nak terjatuh dah. Tambah lagi silap jalan pastu nak patah balik jalan licin. Nak teruskan pun jalan licin. Memang mental lah kat sini. Dalam 1 jam juga aku sangkut kat sana. Kat sini lah yang ada traveler meninggal tu. Lepas seminggu baru jumpa di percayai terjatuh dan pengsan pastu meninggal.Lepas seminggu baru jumpa. Sebab licin beb kt sini kalau tak pakai kasut untuk hiking yang ada duri tuh.
Then kitaorang ke Vik pastu terus ke Black Sand Beach. Kat sini pun Kajol ada menari. Dalam 56km dari Sólheimajökull. Cantik!! Pasir hitam tu dari Volcano. Sejuk ya amat pasir tapi cantik lupa pulak nak seludup balik Malaysia. Lepas sampai Norway baru teringat. Maybe sebab cuaca sejuk kot tu tak teringat nak ambil pasir tu.
Sepatutnya aku boleh nampak Northern Light dekat area aku stay tu dalam jam 2 pagi hingga 4 pagi tapi aku tertido. Rugi nya… So aku akan cuba cover misi mencari Aurora di Tromso, Norway!
Malam terakhir kami tido di Keflavik sebelah airport sebab flight pagi katanya. Keflavik Guesthouse! Oklah selesa lagipun dekat je nak ke airport. Sebelum check in kat hotel kami singgah di Reykjavik ibu negara Iceland. Kat sini kami ke Hard Rock Cafe untuk souvenir dan makan malam. kami cuba try fish N chips. Harga tak yah cakap bapak mahal. rasa pulak so so jer….
Jam 6 pagi kami ke airport selepas breakfast dan siap untuk fly ke next destinasi iaitu Oslo…
Duka di Iceland!
Macam-macam betul dugaan di Iceland. Bermula terlepas flight ke Iceland sampai lah tiket dari Iceland ke Oslo tersilap typo nama aku kat tiket. Berdasarkan pengalaman aku kalau salah nama memang tak leh fly. Walaupun salah satu huruf je. Sebab satu minit lewat aku terpaksa beli tiket lain dari London ke Iceland yang berharga RM1280 jadi aku risau juga sebab 1 huruf tiket aku burn lagi. Tiket hari tu kalau beli baru dalam 3k kot.
Alhamdulillah boleh fly. Maybe dia tak perasan kot. Sepatutnya Mohamad tapi typo jadi Muhamad. Nasib baik last name aku betul. Maybe first name tak penting kot.
Awal pagi sebelum ke airport lak jadual penerbangan dari Iceland yang real jam 12.45 tgh hari. tapi member ni silap tengok jam 8.20 pagi. Kalut pagi tu kena bangun awal. Dah la bangun awal pastu tiket lak typo. haha seram weh. Sepanjang nak fly tu rasa nervous. Takut tak lepas. Yang geram tu dah siap mandi dan packing. nak keluar dah. Baru perasan flight jam 12.40. Dah lah sejuk nak bangkit dari katil…
Iceland Menakjubkan!
Ok overall memang aku puas hati datang sini. Sungguh indah ciptaan Allah. Syukur sangat di beri peluang untuk jejakkan kaki di bumi Iceland. Dulu kecil-kecil memang berangan je nak datang Iceland. Dan memang rasa tak mungkin akan dapat ke Iceland. tapi itulah rezeki orang kata. So korang yang nak datang Iceland tu memang korang wajib datang dan bukan sekadar mimpi.
Harga memang mahal terutama makanan. Aku tukar 100 euro je. Cukup lah. Kalau korang rasa Iceland mahal korang akan terkejut sebab Norway lagi mahal.
Ok nanti aku shared Itinerary dan Bajet aku di Iceland ya….Stay tune for next entri..
Nah aku belanja lagi beberapa keping gambar..
Lawa lawa ngguh lahh pemandangan… yang penting telan oste.. haha
hehhee….member cakap banyak membantu..tu ambil tu…
Merantau untuk mengenal diri sendiri lebih baik lagi
Dengan bekalan yang terhad
Kuatka tekad
Semoga tuan selamat
Salam jumaat
Pasti berkat dunia akhirat
thanks…..mengembaran kerana nak tgk keindahan ciptaan Allah..
Terbaik tuan, nanti share bajet dan iti ye
InshaAllah nanti saya shared…
Bila pergi jalan jalan dan jumpa situasi tak terduga akan latih kita jadi matang dan tidak reaktif dengan situasi
betul tu..pengalaman hidup org kata…
Tengkiu belanja gambar pemandangan… Nak pergi sendiri, entah bila nak sampainya…
x pe nnti mana tau ada rezeki…
Ok dah masukkan Iceland dalam list tempat untuk dikunjungi. Terima kasih atas info dan gambar-gambar yang osem. Semakin tak sabar nak pergi
jom…nnti nak gi lg sini
part kajol menari dengan sari tu, masa tengok behind the scene banyak kali dorang stop shoot dan balut kajol dengan selimut aluminium, haha, ternyata iceland memang sejuk. huhu
hahaha,,,kan…gila sejuk kot..ngn angin lagiii
Ada rezeki nak pergi.
InshaAllah…semoga tercapai
Memang lawa betul ice land ni
banyak ais je sana sini
Dalam sejuk sejuk tu banyak pula kolam air panas kan
Betapa adil Allah ciptakan sesuatu kejadian
yup..sebab kawasan gunung berapi…hehee
Takpe ff, yang penting dapat pengalaman yang berharga yg orang lain tidak dpt.. Yg buruk itu jadikan ikhtibar dan pengajaran agar kita lebih berhati-hati kelak.
betull…x kan semua nak manis je kan..