Blue Lagoon Iceland, Impian Tercapai!!!. Blue Lagoon, Iceland salah satu tempat yang aku tak jangka pun boleh sampai. Selalu tengok gambar jer. Iceland pun aku macam tak percaya boleh jejakkan kaki di bumi ais ni. Syukur sangat. Alhamdulillah! Blogger kampung macam aku ni pun boleh sampai ke Iceland. Jadi tak mustahil pun korang akan berpeluang jadi macam aku. Yang penting impian dan usaha mesti seiring.
Blue Lagoon ni terletak dalam 17km dari airport Keflavik, Kalau nak drive tu kejap jer. Aku sampai kat Iceland dalam jam 1 pagi waktu Iceland. Ambil kereta terus drive ke hotel.
Hotel aku malam pertama adalah Base Hotel terletak dalam 5km dari Airport. Dekat sangat.
- Hotel: Base Hotel by Keflavik Airport.
- Alamat: Valhallarbraut 756757 Asbru, Keflavik, 235, Iceland
- Harga: 58 Euro / Night
Hari kedua kami terus gerak ke Selatan Iceland. Jam 9 pagi bangun masih lagi gelap. Jam 11 baru matahari muncul. So check out dalam 10.30 pagi untuk breakfast. Breakfast pagi tu kami cari sekitar bandar Keflavik jer. Agak mahal dalam 1,500 Korona dalam RM58. Pitam pakcikk…


Malam tu kami makan nasi dan lauk ikan masin yang bawak khas dari Malaysia. Jadi kalau nak datang Iceland sila bawak makanan sendiri. Sebab makanan super mahal.
Blue Lagoon pula boleh nak masuk tapi bagi natizen kampung yang miskin macam aku hanya mampu sekadar tengok jer lah. Nak mandi dalam kolam gunung berapi tu memang tak lah. Boleh masuk free minum kopi sahaja. Nak mandi boleh ambil pakej diorang. Pakej standard tanpa towel pun dah 8,000 Korona weh. Convert ke Ringgit jadilah RM310. Ko rasa? Nak mandi je pun!!! tapi cantik lah. Kalau ada duit lebih boleh lah korang mandi situ.
So kami merayau je sekitar Blue Lagoon ambil gambar. Sumpah cantik. Puas hati lah datang sini walaupun tak mandi.
Blue Lagoon, Iceland
- Harga 8,000 Korona untuk pakej standard (80 Euro)
- + 2,000 untuk towel
Dalam 2 jam juga kami habiskan masa kat situ. Tak leh lama-lama sebab hotel seterusnya agak jauh dalam 180KM dari sini. Masa siang pun agak singkat. Hanya 6 jam sahaja. Jam 4 petang dah gelap. Tak sempat buat apa pun. Sayang betul sebab jalan sekitar Iceland cantik tapi cuaca gelap dan jalan sunyi buat kitaorang takut nak stop ambil gambar. tapi sempatlah singgah kejap kat beberapa tempat ambil gambar!


2 jam 30 minit drive. Sebelum sampai kami stop kat pasaraya untuk beli bahan makan nak masak malam nanti.
Next hotel adalah Edinborg Guest House!! Nanti aku sambung balik perjalanan aku seterusnya…
Nah ni antara gambar-gambar aku snap hari ni..






Sampai sini kami check in kat hotel Edinborg. Self check in! Lepas booking dia akan bagi beberapa kod untuk dapatkan kunci bilik.


Bajet Setakat ini…
Hari 1 (London)
- Breakfast kat Pret A Manger (5 Pound)
- Lunch kat Bayswater Kedai Pakistan (10 Pound)
- Topup Oyster Card (10 Pound)
Hari 1 (Iceland)
- Kereta sewa Ford Fiesta RM580 untuk 3 hari + Insurance 60 Euro
Hari 2 (Iceland)
- Breakfast kat KFC. Pejam mata sebelah dan baca Bismillah 3 kali. Hehhe faham2 je lah ya (1,500 Korona)
- Tukar duit dari Euro ke Korona dalam 100 Euro dapat 12,000 Korona
- Beli bahan mentah kat supermarket 540 Korona
- Latte Coffee di Blue Lagoon 540 Korona
Info dan Tip
- Suhu kat sini – 7 paling sejuk dan 3 paling panas so far
- Makanan mahal gila. Sila bawa makanan sendiri
- Kereta sewa harga standard
- Drive belah kiri
- Lesen Malaysia boleh guna
- Waktu siang hanya 6 jam dari 11 pagi sampai 4 petang
Mahal kos nak pergi dan stay di iceland ya
Mujur bawa makanan dari Malaysia
Amboi mahal nya tuala kat ais len ya
Sarapan sekali makan RM58
Fuh fuh fuh
Untung duduk Malaysia
Hehe
Tuan ni ahli pasukan tapops boboiboy ke
Pos tu dah sama dah
Hehe
Cantiknye pemandangan
dah mahal rupanya entry fees nak masuk blue lagoon ni
last year masa kitorang pegi, harga just 40 euro jer utk standard entry
Serius cantik giler pemandangan kat Iceland dalam gambar-gambar tu. Tak dapat bayangkan macam mana kalau alami sendiri
Cantiknya!
MasyaAllah cantiknya ciptaan Allah swt
Cantiknya. salah satu tempat dalam list mesti pergi satu hari nanti.
Ya ampun mahal nya… kalau aku kali 3 org nih.., tp teringin juga nak p satu hari nnt
Subhanallah cantik.. sambil membayangkan diri berada di sana..
Ya Allah cantik. Sini ka yang Hindustan duk berlakon menari²? Coolnya lesen Malaysia bole guna. Enjoy your holiday. Safe journey !