Hari pertama untuk trip kali ni dah bawak suwei!! Tak pernah lagi aku tertinggal flight kalau aku travel ni. Memang aku jaga betul masa kalau bab flight. Sebab aku tau polisi airline ni memang strict gila bab!.
Nak di jadikan cerita hari ni aku bertolak dari Kuala Lumpur ke London dengan Oman Air. Transit sekejap dekat Muscat. Lepas 16 jam penerbangan akhirnya aku sampai kat Heathrow Airport London.
Next flight dari London ke Iceland di jadualkan pada jam 11 pagi waktu Landon. So aku sampai pagi tadi jam 6 pagi. Still banyak masa untuk merayau.

Disebabkan banyak masa aku decide gi kopi kopi dulu kat area Hammersmith. Dalam 15 minit naik train. Dah breakfast tepat jam 9.30 pagi kami gerak semua ke airport. Jika di ikutkan kiraan kami memang sempat lah nak naik flight jam 11. Kami pun dah check in awal awal dah.
Tiba kat Heathrow terminal 5 jam 10.05 pagi. Sempat sangat nak naik flight. Tanya kat kaunter macam-macam kaunter pulak di suruh pergi. Sampai kat security gate tetiba tak boleh nak masuk. Pegi kaunter balik dia cakap sebab lewat. Wtf!!!!
Dia cuba nak tolong tapi memangtak dapat dah. Lewat 1 minit katanya. So itulah kisah kami hari pertama di London.
Jadinya kami terpaksa book balik tiket yang akan di jadualkan jam 8.30mlm nanti ke Iceland. Tiket baru ke Iceland berharga RM1280!! Hahaha…
Suhu kat London sekarang 7 darjah!!!
Bil kita bermusafir dan jadi perkara macam ni
Memang kena bergantung harap pada Allah swt saja
Mahal nya kos tertinggal flight ni tuan faizal
kalau ada duit tak apa lah
mak aihhh, banyak tu kena cover. semoga ada hikmah di sebalik tertinggal flight
1 minit punya cerita
Lepas ni tuan boleh letak buffer zone
Sampai mesti 1 jam awal ke airport dan check in
Banyak tu RM1280
🙁
Salah satu perkara paling ditakuti ketika travel adalah tertinggal flight masa transit. Bukan saja terpaksa membuang masa menunggu next flight, bajet pun semakin bertambah wooo
perghh.. mampu telan air liur tengok harga tiket baru. haha
Adus… sedihnya baca pengalaman ni… saya pun ada pengalaman kena tinggal flight ni..
Lebih rasa sedih semasa nak beli flight yang baru… rasa nak menangis tengok duit yang hangus macam tu jer.. sabarlah bro.. pasti ada hikmah disebaliknya..
seminit yang penuh makna..
Anda suka mengembara ke tempat yang sangat sejuk.
Aduhhh.., takpa anggaplah ada hikmah disebakiknya