Pengalaman Menyaksikan Wayang Jogja Night Carnival Sempena HUT Ke 261 Depan Mata. Aku biasanya kurang gemar untuk meyaksikan acara atau karnival ni. Biasanya aku elak untuk saksikan acara macam ni. Sebab bagi aku macam boring. Kat KL pun aku tak pernah join apa-apa karnival.
Tapi kali ini aku di beri peluang untuk merasa sendiri Karnival yang katanya penuh gilang gemilang dan bersejarah yang di adakan di Kota Yogyakarta, Indonesia. Wayang Jogja Night Carnival ini sempena peringatan hari jadi Kota Yogyakarta ke-261, Wayang Jogja Night Carnival diadakan pada kemuncak perayaan ini dan di adakan setiap tahun pada setiap 7 Oktober.
Terima kasih pada pihak Tourism Yogyakarta untuk FAM Trip kali ini. Memang ianya trip lain dari FAM Trip yang pernah aku join sebelum ini.
Wayang Jogja Night Carnival di sertai oleh 14 daerah daerah yang Kota Jogja ini. So kita boleh tengok persembahan mereka yang penuh dengan keunikan menggambarkan tema daerah masing-masing. Macam Citrawarna kat KL kantanya.
Lokasi berlangsungnya Wayang Jogja Night Carnival adalah di Tugu Pal Putih yang merupakan ikon dari kota Yogyakarta. So kalau datang sini wajib lah bergambar dekat Tugu ni. Kalau malam minggu kat bawah tugu ni akan ada Pontianak dan Hantu Bungkus mintak sedekah. Hahah kalau berani sila lah datang.
Persembahan malam tu memang best. Macam-macam aksi boleh tengok antaranya Nakula-Sadewa, Antasena, Bathara Guru, Wisanggeni, Drupadi, Bhisma, Karno, Puntodewa, Sugriwa-Subali, Sukasrana-Sumantri, Suwida, Kumbokarna, Bathari Dhurga, dan Petruk Ratu. (Yang ni aku google!!! Ntah betul ke tidak)
Selain itu, wayang yang di paparkan di skrin projektor bertemakan street art!!!
So kalau korang nak merasa sendiri kemeriahan HUT261 Jogja boleh lah datang lagi tahun depan. Memang rare dan layan lah. Lepas habis majlis tu tempat ni akan jadi open disko gitu. Lagi meriah rasa macam tak nak balik hotel jer.
INFO TAMBAHAN
- Perayaan biasanya bermula pada bulan September
- Kemuncak di adakan pada 7 Oktober
- Acara Wayang Night Carnival bermula jam 6 ptg – 10 malam
- Lokasi: Tugu Pal Putih, Yogyakarta
Semua gambar hasil curian dari www.duniapatik.com!!!!
Ibu ni kalau keluar travel sampai tempat penginapan je dah tak larat nak pusing pusing
Hehe
BAnyak elemen fantasi dan mistik dalam persembahan malam ni ya
Wah wayang dia memang real lah!
Hmmm macam macam aktiviti ada ya
Memang nak tarik pelancong ni