Yogyakarta sudah tidak asing lagi dalam kalangan orang kita. Wilayah ini yang terletak di Pulau Jawa cukup terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang sangat unik. Tidak hairanlah ianya menjadi salah satu destinasi pilihan buat pelancong.
Buktinya aku sendiri pun sudah 3 kali jejakkan kaki di bumi Yogyakarta dalam masa 2 tahun. Itu pun belum habis lagi semua tempat aku terokai. Mungkin kena datang lagi sekali kot.
Yogyakarta juga di kenali sebagai “Jogja” tapi menurut tour guard hari tu kalau sebut Jogja tak der makna. So better sebut Yogyakarta. Peliknya orang kat sana sendiri pun ada sebut Jogja. Aku pun confius.
Trip aku kali ini bersama dengan pihak Wonderfull Indonesia dan juga Yogyakarta Tourism sempena dengan Hari Ulang Tahun Kota Yogyakarta yang ke 261 atau lebih dikenali dengan Wayang Jogja Night Carnival #HUT261jogja.
Ini membuatkan trip aku kali ini lebih istimewa berbanding dengan trip-trip aku ke Jogja sebelum ini. Dimana aku di beri peluang untuk merasai sambutan yang penuh meriah dan istimewa buat penduduk kota Jogja ini. Selain itu, aku juga di bawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Jogja dimana tempat-tempat aku pergi kali ini fokus di dalam bandar Jogja. Jika sebelum ini aku fokus kat tempat-tempat jauh jer.
HARI PERTAMA
Hari pertama sampai kami di sambut oleh tour guide dari Jogja dan terus ke Hotel 101 untuk persediaan majlis makan malam yang di adakan di Hotel Phoenix. Memang meriah selain hidangan yang sangat memuas hati. Tengah-tengah lapar pastu di hidangkan dengan makanan Indonesia secara buffet pulak. Fullamakkk…Penuh perut!!!
Majlis makan malam ini juga di hadiri oleh pelbagai media dari pelbagai negara Asia Tenggara. Selain itu, ada juga tetamu VIP yang hadir. Habis dinner kami buat aktiviti sendiri. Tatkala rakan media lain memilih untuk berehat di bilik masing-masing aku dan 2 lagi rakan blogger memilih untuk merayau-rayau di Malioboro dahulu.
Rugi rasanya kalau ke Jogja tapi tak singgah di Malioboro. Malioboro ni salah satu tempat yang paling meriah di Yogyakarta. Biasanya pelancong akan datang ke sini untuk membeli sourvenir untuk dibawa pulang. Nak lepak sahaja pun boleh. Dari Hotel 101 kami hanya jalan kaki sekitar 10 minit untuk ke Malioboro.
HARI KEDUA
Hari kedua kami mulakan aktiviti dengan breakfast di hotel. Habis breakfast kami di bawa ke Jeron Bateng Heritage Trail dimana disinilah kami akan mulakan explorasi kota Jogja yang penuh dengan keunikan dan keseronokan. Antara tempat yang kami singgah adalah di Kraton Palace, Sonobudoyo Museum, Tamansari Water Castle dan Ngasem Tradisional.
Agak tuff jugak hari kedua ni sebab cuaca agak panas. Habis sunburn balik. Tapi tak mengapa disebabkan kami dihidangkan dengan info-info menarik tentang Yogyakarta. Kraton Palace merupakan tempat bersejarah. Kat sinilah terletaknya sumber-sumber dan sejarah tentang kewujudan kota ini. Bagi mereka yang minat sejarah memang sesuai datang ke sini. Aku? Seperti biasa memang minat sejarah tapi nak hadam tu slow sikit. So aku banyak bergambar je kat sini.
Dah habis kat Karton Palace kami teruskan perjalanan ke Sonobudoyo Museum. Dah nama pun muzium kan? So nak jangka apa lagi memang ianya muzium yang penuh dengan sejarah-sejaran tentang Jogja. Aku lagi sekali bab sejarah ni agak failed sikit. Apa yang tour guide bagitau masuk telinga kiri kuar telinga kanan.
Destinasi ketiga kami singgah adalah Tamansara Water Castle. Ok tempat ni wajib korang datang kalau ke Jogja. Sekali lagi aku ulang WAJIB!! Haaa capslock terus sebab tempat ni sangat unik dan cantik weh. Kalau korang nak gambar dalam Instagram korang meletop tolonglah datang kat sini.
Tamansari water castle mempunyai struktur bangunan yang sangat unik. Ia juga merupakan taman diRaja Sultanate Yogyakarta. Berfungsi sebagai tempat rehat dan tempat perlindungan Kraton Yogyakarta.
Kat sini juga ada peristiwa sebenarnya. Kat sinilah aku di tinggalkan berdua dengan blogger Hasif Hamsyari. Dekat 2 jam jugak lah kami kat sini. Last2 ambil Uber untuk ke Sekar Kedhaton untuk makan tengah hari. Masa ni aku geram dengan si penjaga sorang tu. Aku dah cakap banyak kali kami je last. Dia pulak duk degil cakap kena tunggu lagi yang kat atas belum turun. padahal aku orang last. Bengang tol. Dah la tengah lapar masa tu. Rasa nak makan orang jer.
Dah habis lunch sempat lah bertenang kejap. Perut pun dah penuh so mood tu datang balik. Perjalanan di teruskan ke Kampung Wisata Kotagede. Kampung ni juga unik. Macam dalam sinetron petang-petang tu. Nak #ootd pun sesuai kat kawasan ni. Banyak dinding-dinding yang cantik untuk di jadikan background.
Tapi penat jugaklah pusing-pusing dalam kawasan ni. Dalam ni juga ada Mataram Grand Mosque. Sempat solat Asar kat sini. Kalau nak di ceritakan memang tak kan habis. Sebab terlalu banyak cerita nak di tulis. Kang boring lakkorang nak baca. Nanti kalau datang Jogja korang tengok lah sendiri.
Mataram Mosque Kotagede dibina pada tahun 1640 oleh Sultan Agung dan di bantu oleh penduduk tempatan. Pengaruh Hindu dan Budha juga mempengaruhi seni bina Masjid ini.
Dah puas merayau kami balik ke Hotel untuk persiapan Wayang Jogja Night Carnival sempena HUT261 Kota Yogyakarta. Majlis ni antara tujuan utama kami ke Jogja kali ini. Nanti aku cerita dengan lebih detail untuk HUT261 dalam next entri.
Wayang Jogja Night Carnival di adakan setiap 7 Oktober sebagai sambuntan ulang tahun kota Yogyakarta. Perarakan ini berlansung dari jam 6 petang sehingga 9 malam dan mempersembahkan persembahan tradisional dari 14 buah kampung yang ada di bandar Yogyakarta.
HARI KETIGA
Jadual hari ke 3 kami ke Kali Suci. Kali suci ni aktiviti air. Naik pelampung tu pastu masuk dalam gua. Tempat ni juga masih baru di buka. Memang seronok walaupun penat. Air jernih dan boleh mandi-mandi tu part paling best. Lama juga kami kat sini. Lunch pun kat sini juga.
Dah setel kat Kali Suci kami terus ke Tebing Breksi untuk tengok Sunset katanya. Entah lah nasib aku malang betul nak tengok sunset kat Jogja ni. 3 kali datang kat sini semuanya tak dapat tengok sunset sebab cuaca redup.
Kat tebing breksi pun best jugak. Memang spot bergambar.
Dah habis kecewa tak dapat tengok sunset kami beredar ke Prambanan Temple. Prambanan Temple juga di kenali sebagai temple 1000 sebab ada 1000 temple kat sini. Aku dah pergi tahun lepas. Tahun ni kami ke sini untuk tengok persembahan teater Ramayana.
Tarian ballet ini melibatkan lebih dari 200 orang penari profesional.
Sebelum tengok teater ni aku sarankan korang google tu kisah mengenai teater ni takut nanti tak faham. Aku nak explain pun aku tak faham sangat cerita dia. Ada lah baca masa persembahan tu tapi tak reti lak nak cerita, Korang google lah sendiri.
HARI KEEMPAT
Fly back to KL….





TEMPAT – TEMPAT MENARIK DI YOGYAKARTA
- Kali Suci
- Water Castle
- Tebing Breksi
- Prambanan Temple
- kampung Wisata Kotagede
Aktiviti dalam gua tu nampak menarik ya
Permandangan pun cantik
Cantik juga yogyakata ni ya
ada banyak tarikan pelancong
Tq sharing, insyaa Allah akan ke sana juga nanti masih dalam perancangan. Tengok semua macan best best yak sabarnya huhu
Salam Kenal dari saya Sofea Effendi