Home LIFESTYLE Adventure Lost World Of Tambun Perak Review

Lost World Of Tambun Perak Review

9530
10

 

 

Lost World Of Tambun Tidaklah Seperti Aku Sangkakan | Berpeluang untuk berlibur di Lost World of Tambun sebenarnya bukanlah satu pilihan aku. Bagi aku tempat ni tiada bezanya dengan taman tema yang aku pernah pergi sebelum ini. Lebih baik aku habiskan masa di rumah layan movie jer. Tapi itu sebelum aku sampai di Lost World Of Tambun. Betullah kata orang kalau tak kenal maka tak cinta.

 

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit dan alhamdulillah perjalanan kami lancar sehingga ke destinasi. Sehingga tiba ya!! Dan dan sampai kat tambun, turun kereta tayar kereta pancit pulak. Hampeh betul…. Terus kacau mood bercuti kejap.

 

Tapi itu belakang kira, kita check in dulu. Yang membuatkan aku tambah excited kali ini aku akan tido secara Glamping. Glamping ni ala-ala khemah tapi jenis diva sebab dalam tu ada katil, kipas dan ruang yang luas. Siap ada plug lagi untuk charge handphone.

 

 

PENGALAMAN GLAMPING

 

Sebelum ni aku ada juga tengok gambar kawan-kawan yang pernah stay Glamping di Lost World Of Tambun ni. Memang nampak seronok. Mengimbau zaman-zaman dulu yang selalu berkhemah. Paling best glamping ni terletak tepi sungai / tasik. Jadi bangun pagi tu memang dapat hirup udara fresh. Belakang glamping ni ada bukit. Terlindung dari dunia luar. Memang satu pengalaman terbaiklah.

 

Bagi korang yang nak merasa camping ala-ala diva boleh lah cuba Glamping di Lost World Of Tambun. Satu glamping tu ada 4 katil. Boleh muat dalam 5 orang maximun. Malam-malam boleh lah konon2 lepak tepi unggun api sambil kongsi-kongsi cerita seram atau bed time story. Kalau nak nyalakan unggun api boleh mintak abang-abang yang jaga kat sana tolong cari kayu api.

 

 

THEME PARK

 

Dua hari kat sana banyak juga aktiviti yang sempat kami buat. Theme Park pulak memang best habis. Jauh dari sangkaan aku. Paling best tak perlunak beratur lama-lama kalau nak main. Permainan pula tak der lah hardcore sangat sampai stress nak naik. Memang sesuai untuk having fun orang kata.

 

Waktu malam pula ada show sempena party Hollowen. Ada ada show abang-abang api. Memang meriah. Tapi sayang aku tak sempat nak tengok show tu sebab nak kena tukar tayar kereta yang pancit. Nasib baik lokasi The Lost World Of Tambun ni tak jauh kedalam. banyak kedai-kedai kereta dan juga kedai 24 jam sekitar sini. Bank pun ada..

 

 

Waktu malam kalau korang stay di Glamping korang boleh jalan-jalan dalam mini zoo dan them park tu. Orang kata macam seronok jalan-jalan waktu malam. Boleh tengok pet-pet dalam tu yang jenis tak tido malam.

 

Waterpark pun ada. So kalau nak datang sila bawa baju sesuai untuk mandi. Kalau tak boleh je beli di kedai kat dalam ni.

 

Overall bagi aku memang berbaloi untuk datang ke sini. Memang jauh dari sangkaan aku sebelum ni. Sesuai untuk keluarga dan bujang. Kalau tak nak stay di Glamping boleh juga stay di Hotel.

 

Sepanjang bulan oktober ni Lost World bertemakan Hollowen. Memang best. Owh lupa kalau datang sini jangan lupa masuk rumah hantu tu. Hhahah. Scary sikit lah sebab hantu-hantu dalam tu banyak hantu melayu jadi dia punya feeling tu sampai.

 

Comel kan tapi tak leh sentuh sebab tergolong dalam kategori anjing. Fennic Fox!!
Pandai burung nih!!!
Jinak jinak burung disini jinak lagi burung sendiri kan…
Wahh kucing pun ada.. geram rasa nak wak balik jer…
Harimau Malaya.
6 mile terowong. Fuhhh memang tuff gila nak lalu terowong ni. mencabar. kalau sapa takut gelap dan tempat sempit memang jangan harap boleh lepas
Hahhaa…paling best!!!

 

Untuk matlumat lanjut:

 

  • Lost World Of Tambun, Sunway City, 31150 Ipoh, Malaysia. 
  • Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
  • Call 05-542 8888
  • sunwaylostworldoftambun.com
  • Lost World Hot Springs & Spa by night is open daily from 6pm till 11pm
  • Crystal Spa Treatment is open daily from 12pm till 11pm
  • Theme Park: 605 542 8888 | Hotel: 605- 540 8888 / 8801 / 8802

 

 

Macam biasa kemana-mana aku pergi mesti bawak losyen cosmoderm!!! Seharian duk  main air sungai dan gua. Untuk elakkan kulit jadi gatal kita sapu magic losyen. Biasalah kulit sensitif macam ni lah. Always be prepare…

10 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge