Home Japan Hokkaido Trip 4 Hari Musim Bunga Ke Sapporo Hokkaido Japan

Trip 4 Hari Musim Bunga Ke Sapporo Hokkaido Japan

11314
9

 

 

Trip 4 Hari Musim Bunga Ke Sapporo Hokkaido Japan. Trip ni berlangsung lebih kurang 5 bulan yang lepas. Entah mengapa tetiba rasa lemau nak update trip ke Sapporo ni. Sebelum pergi bukan main excited lagi aku cerita pasal ni. Tapi tak kisahlah yang penting aku update kan. Kisah ke Jepun ni aku tak tahu apa masalahnya balik dari Jepun mesti rasa macam malas nak update. Sama kisah masa gi Tokyo 2 tahun lepas. Lepas 6 bulan baru mood nak cerita tu datang.

 

Seperti korang sedia maklum, Sapporo ni terletak di Pulau Hokkaido, Pulau yang paling utara dalam peta Jepun. Musim-musim kat sini pun agak lambat tiba jika dibandingkan dengan tempat lain di Jepun. Untuk musim bunga di Hokkaido kebiasaanya berlaku pada lewat April sampai minggu kedua Mei. Jadi, jika tak sempat nak tengok sakura di tempat lain boleh lah datang ke Hokkaido.

 

*Kebiasaan orang datang ke Hokkaido pada musim bunga dan musim sejuk.

 

Penerbangan direct dari Kuala Lumpur ke New Chitose Airport by Air Asia. Malaysia Airlines pun ada rasanya. Tapi aku ambil AA sebab yang tu je paling murah waktu itu walaupun boleh dianggap mahal masa aku beli dekat one thousand lebih. Kalau beli awal-awal maybe boleh dapat murah.

 

Ini lagbunga Sakura tu. Cantik!!! Tapi x de bau…

 

Aku ke Sapporo selama 4 hari sahaja. Cukuplah, lama-lama buat apa sebab aku gi sorang jer. Boring travel lama-lama kalau tak de geng ni. Lagi pun malas nak tinggal kelas lama sangat.

 

Tujuan utama aku nak ke Hokkaido memang nak tengok bunga Sakura jer. So aku tak banyak berjalan sangat. paling jauh pun aku ke Otaru. Rugi rasanya kalau ke Sapporo tak ke Otaru. Boleh naik train dalam 1 jam sahaja.

 

Kat bandar Sapporo pun banyak spot-spot untuk tengok bunga Sakura. Ada dalam 10 tempat di masukkan dalam list aku kali ini. Tapi tak semua aku pergi pun.

 

Bunga Sakura

 

7 TEMPAT UNTUK TENGOK BUNGA SAKURA DI SAPPORO

 

  1. Maruyama Park
  2. Nakajima Park
  3. Moerenuma Park
  4.  Hokkaido University
  5.  Toda Memorial Park
  6.  Odori Park
  7.  The Civil Engineering Research Institute

 

Nak ke tempat ni semua boleh guna Google Maps. Lagi senang sebab dia akan bagitau detail. So dari situ nampak tak  internet sangat penting ya adik adik. Boleh sewa pocket wifi sebelum fly.

 

Cuaca masa kat sana tak berapa sejuk sangat boleh pakai sweater nipis biasa tu. Tapi kalau malam tu cuaca akan bertambah sejuk. Aku hari tu stay di luar Sapporo, waktu malam baru balik naik basikal dari train. Sejuk boleh tahan jugak lah.

 

Untuk penginapan aku ambil keputusan nak stay di luar bandar sikit. Tapi tetap pilih hotel/bnb dekat dengan train sebab senang nak ulang alik ke bandar. Jauh sikit dalam 30 minit dengan train. Lagi satu penginapan kat Jepun ni memang terkenal dengan harga yang mahal. So better choice kena stay jauh sikit lah.

 

Untuk dapatkan tip dan hotel yang murah semasa travel boleh booking hotel di Hotel.Com. Biasanya melalui Hotel.com ni boleh dapat diskaun kod untuk booking hotel. So dah boleh save bajet untuk penginapan. Tak kisah lah nak travel ke mana pun semua boleh guna kod kat Hotel.com.

 

Tip Travel :Hotels.com pakar dan khusus dalam penempahan hotel seluruh dunia menawarkan khidmat tersebut melalui rangkaian laman web dan pusat tempahan mereka sendiri. Dengan menggunakan tawaran diskaun di Deals-lands, pelanggan akan lebih berjimat dengan lebih efektif. Terdapat banyak kod baucer dan kod promo yang boleh digunakan. Anda hanya perlu menggunakan baucer hotels.com setelah berkeputusan menggunakan tawaran yg dipilih dan selamat melancong.

 

Sun bathing di Moerenuma Park katanya…
Jam Qiblat!! Sentiasa aku bawa kalau travel. Senang nak tgk waktu Solat dan arah Qiblat

 

Ok ini itinerary selama 4 hari aku kat sana. Ini je yang sempat di catat dalam note aku. Hahah

 

DAY 1

  • Arrived CTS airport 8.30am
  • Take JR train to Sapporo Shin 1072¥
  • Take JR train to Oasa Sts 260¥
  • Check in airbnb 5 minit jalan kaki dr sts oasa
  • Lepas check in mandi2 bagai keluar ke sapporo 260¥
  • Dari Sapporo sts jalan kaki ke odari park
  • Dari odari park naik subwai (Tosai) ke Maruyamakoen utk ke Maruyama Park 200¥ (Tempat tgk sakura)
  • Lepak dlm 1 jam. Org ramai. Croded sb cuti kot.
  • Naik subway ke Odari 200¥
  • Dari odari ke Nakajima Park naik subway.
  • Topup Suica 2000¥
  • Sapporo TV Tower
  • Kedai Bape. (Org kata pames kedai ni) aku masuk pun sb mmber mtk tlg tgk brg. Mahal nak mamposs. Kedai ni dpn sapporo tv tower betol2

 

DAY 2

  • Moerenuma Park (From the Sapporo Municipal Subway Toho Line Sapporo Station, take the train in the direction of Sakaemachi for 6 minutes, alight at Kanjo-Dori-Higashi Station, and transfer to a bus.)
  • Chuo bus?East 69?in the direction of “Ainosato-Kyoikudai Station” / “Nakanuma-Shogakko-Dori,” alight at “Moerenuma Park East Entrance”. 
  • Chuo bus?East 79?in the direction of “Nakanuma-Shogakko-Dori,” alight at “Moerenuma Park East Entrance”
  • Chuo bus?East 61?Bi 61??Departing from “Sapporo Beer Museum” via “Kanjo-Dori-Higashi Station” in the direction of “Nakanuma-Shogakko-Dori,” alight at “Moerenuma Park West Entrance?” (Each bus journey takes about 25 minutes)
  • Park ni sgt luas. Byk pokok sakura kat sini. Memang boleh dikatakan seharian jugak aku kat sini

 

DAY 3

  • Otaru
  • Dari Sapporo Sts naik JR Line ke Otaru tiket dalam 1280¥ round trip
  • Ambil masa dlm 1jam45m utk ke otaru
  • Otaru popular dgn canal dan seafood
  • Sehari juga aku di sini
  • Ada lake yg cantik
  • Boleh jalan kaki je sekitar attraction kat sini
  • Paling best dekat

 

TEMPAT MAKAN

  • aku byk beli nasi putih kat 7e je. Pastu makan dgn sambal ikan bilis yg aku bawa dr malaysia
  • Harga dalam 100-200¥
  • Kedai2 roti byk dan sedap2 lak tu
  • Aku suka crosses kat sini. Sedap gilaaa

 

TIP DAN INFO TAMBAHAN

  • waktu di Jepun awal 1 jam dari Malaysia
  • Transport by train aku guna suica yg aku beli kat tokyo dulu
  • Subuh dalam 2.13am
  • 4.00am dah start cerah. Negara matahari terbit kan
  • Org jepun sgt peramah
  • Tong sampah susah nak jumpa begitu juga sampah
  • Cuaca dalam 18-21 degree. Malam boleh cecah 8 degree. Siang boleh pakai tshirt. Mlm dah sejuk dah
  • Airport tax kat Sapporo tak der

 

Sapporo agak tenang sikir berbanding Tokyo

Bas nak ke Moerenuma Park

Bunag Tulips pun banyak kat tepi jalan
Beautiful Tulips everywhere
Ais Krim Green Tea. masa ni ramai org beratur nak beli. Satu lagi Ais Krim Susu Hokkaido. Rasa ok lah. Sedap…
Makan Ais Krim!!!!
Otaru Canal…
Suasana desa sangat area ni
Ramai-ramai tu beratur nak minum2 wain…

Sesuai nak buat ootd kawasan ni
Otaru

Sunset!!!

Seluas mata memandang kehijauan
Moerenuma Park

Kalau bawak budak2 ni mesti seronok diorang main main kat sini

Dah sampai Jepun rugi lah x makan shushi. Ramai gila org. Dekat 2 jam kot aku tunggu. Kena booking dulu..
Ni je yg mampu aku makan…hahah kenyang
geram tgk makanan kat sini. Freshh

 

Ok itu je lah perkongsian aku di Sapporo. InshaAllah kalau ada rezeki nak datang lagi. Sepatutnya aku datang ke Hokkaido desember nanti tapi ada hal lain pulak masa tu. So jumpa Februari 2018 di Hokkaido.

 

Seronok sebenarnya bercuti ke Jepun ni. jam 4 pagi tu dah macam jam 9 pagi di Malaysia. Cerah sangat sesuai dengan gelaran negara matahari terbit. Masa nak fly balik ke KL aku gerak jam 4 pagi ke air port. Sampai kat bandar sunyi sepi. Padahal hari isnin. Tengok jam eh baru jam 4.45 pagi. patutlah tak ada orang lagi…

 

9 COMMENTS

  1. Panduan berguna untuk melancong ke sapporo / hokkaido..

    Baru tau rupanya bunga sakura ni takde bau.. ingatkan wangi mcm lavender tadi..

  2. Jepun ni suka buat benda yang nampak biasa biasa dan lakukan secara luarbiasa

    lawa bunga tu

    Perumpamaan bunga yang cantik tapi tak ada bau tu

    Sama macam orang yang ada ilmu tapi tak sampaikan pada orang lain

    Pernah dengar masa majlis ilmu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here