
Episod ke 4. Pada mereka yang masih belum baca kisah sebelum ni boleh baca kat sini. Mana tau ada beberapa tip yang korang boleh dapat kat espisod yang lepas.
Trip di Sabang dan Aceh ni berakhir di sini. Dimana hari ke 4 dan 5 kami habiskan segala aktiviti yang sempat kami buat. Selepas breakfast untuk hari ketiga kami terus ke Pantai Sumur Tiga. Menariknya kat pantai ni ada sebiji telaga yang betul-betul terletak di tepi pantai. Uniknya air telaga ni tak ada rasa sedikit pun rasa masin. Biasa swimming pool hotel yang terletak jauh sedikit dari pantai pun boleh rasa masin. Telaga ni rasa macam telaga kat kampung air dia. Tawar, fresh dan sejuk. Perghh kalau mandi kat telaga ni lepas main air laut kompen tak rasa belengas.
Pantai Sumur Tiga ni dekat je dengan Hotel The Point yang kami stay sepanjang kat Sabang.


Kat pantai ni sempat lah kami main air di gigi pantai kejap. Ambil gambar sekeping dua untuk upload kat instagram dengan facebook kami terus gerak ke Pantai Anoi Hitam. Anoi tu maksudnya adalah Pasir kata blogger Hasiff Hamsyari.
Pantai Anoi Hitam ni menarik juga. Selain untuk bergambar konon-konon ala model dekat sebatang pokok di tepi pantai, kat sini juga boleh nak berkelah sebab di sediakan pondok-pondok kecil untuk bersantai.
Masa tengah ambil gambar tu, muncul juga idea nak buat weeding photoshoot satu hari nanti. Pasir pantai yang hitam dan background yang mempesonakan mesti gambar tu meletup nanti.

Dah bergambar semua kami terus gerak ke Pulau Rubiah. Inilah masanya untuk snorkeling. Aku tak pernah rasa excited macam ni bila nak snorkeling. Sebelum ni aku ke Perhentian, Redang dan Mersing aku banyak duk atas bot je. Sebab takut sunburn. faham fahamlah cuaca panas ni kulit mudah terbakar. bagi orang yang tak berapa nak putih macam aku ni memang agak trauma sikit bila sunburn. ya lah kulit jadi hitam tu sekejap je. Nak putih balik tu makan masa berbulan bulan woo. Tu pun dah 14 jenis produk pemutih kulit pakai termasuk Qu Puteh. Tapi tetap tak putih putih.
Bila dah sampai ke Pulau Rubiah tu kami lunch dulu. kasi perut kenyang baru syok nak snorkeling.
Menariknya kat Pulau Rubiah ni cuaca terang tapi tak panas. Angin pulak terbaik waktu tu. Ini menambahkan lagi ke excited an aku untuk snorkeling. Sebelum ni aku banyak baca Pulau Rubiah ni syurga buat mereka yang sukakan diving. Mesti laut kat sini cantik.
Kami naik bot yang ada lubang kat tengah-tengah tu. Lubang tu bertujuaan nak tengok pemandangan dalam air dari atas bot. Untuk mereka yang takut air boleh jugak tengok keindahan yang ada dalam laut Aceh ni.

Dalam 15 minit naik bot kami sampai di Pulau untuk snorkeling. Lepas briefing dalam 10 minit kami dilepaskan untuk menerokai laut pulau ini sendiri dengan ditemani beberapa orang guide.
MasyaAllah itu je yang aku boleh ungkapkan. Walaupun nampak menipu sebab aku ni bukan orang alim sangat tapi percayalah itulah gambaran yang mampu aku ungkapkan. Keindahan yang ada di sini memang sangat memukau. Tak nyesal weh datang. Masa tu hitam pun hitam lah janji aku puas hati dapat tengok ikan-ikan dalam tu.
Yang lagi best cuaca kat tengah-tengah laut ni tak panas weh. Huih tak der lah sunburn sangat. Kami snorkeling kat tepi pantai je. Tak payah nak naik bot gi tengah-tengah laut. Kat tepi pantai pun banyak terumbu karang yang cantik-cantik. Ikan pulak banyak. Meriah dengan kaum kerabat ikan lalu lalang depan muka. Macam-macam warna ikan dan spesis ada. Kalau bawa roti boleh lah umpan ikan untuk datang main-main dengan korang.


Tour guide tu kata sebelum Tsunami dulu laut kat sini lagi cantik. Terumbu karang pun lagi banyak. yang ada sekarang banyak rosak sebab Tsunami dulu. kalau macam ni pun dah cantik, sebelum Tsunami dulu tak tahu lah macam mana kan.
Memang layak ianya di gelar syurga buat untuk diving. Mungkin satu hari nanti aku nak try diving kat sini. tunggu dapat lesen dulu lah..
Dekat 2 jam jugak aku rasa kami snorkeling. Ke lebih, aku pun tak pasti. Naik je perut dah start lapar. Dah mandi-mandi bershkan badan kami lepas layan angin pantai sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Hotel. Seperti biasa sebelum balik hotel kami singgah isi perut di Mie Aceh. Tempat ni famous juga kalau nak rasa makanan tradisional kat Aceh.
Malam last di Sabang kami keluar makan durian kat sini. Harga murah dan durian sedap. Heaven gila rasa. Kat Malaysia tak dapat durian dengan harga macam ni weh. Bukan durian kampung biasa-biasa. Ni durian Aceh. Lemak dan sedap!!! Kalau datang ke Sabang tolong guys pergi try makan durian diorang. Hantu durian please beware ya. Jangan terover makan sebab durian ni panas.

LAST DAY
Hari terakhir kami di Aceh hanya luangkan masa untuk shopping jer. Kat sini popular Batik Aceh. Aku sempat beli sehelai harga Rp450,000. Kain helok dan berkualiti. Aku pakai untuk majlis makan malam nanti.
Hari tu juga kami stay di The Pade Hotel. Keselesaan di utamakan. Hotel yang best sesuai dengan harga. Kalau trip-trip dari company sesuailah stay kat sini.
Networking Night kami di hidangkan oleh persembahan tradisional masyarakat Aceh. Sambil-sambil tu kami sempat berkenalan dengan media dan agency travel dari Indonesia.


Jam 11 malam habis, kami masuk tidur dah ready untuk check out dan fly back to KL. Flight keesokkan pagi jam 7.50 pagi. Seawal jam 5.30am kami dah kena gerak ke Airport. Tak jauh dalam 2o minit jer perjalanan.
Dengan itu berakhirlah sudah perjalanan 5 hari kami di bumi serambi mekah ini. Satu pengalaman yang cukup seronok dengan team yang satu kepala semuanya. InshaAllah i will be back to Aceh….
Di kesempatan ini aku nak berterima kasih juga buat WONDERFUL INDONESIA dan KEDUTAAN BESAR REPUBLIK INDONESIA KL atas trip yang cukup happening ini. Sebarang salah silap sepanjang trip aku mintak maaf andai terbuat dengan sengaja atau tidak. Sebarang gurauan jangan ambil hati kalau terlebih ya. Chill have fun and Good Luck buat semua.
Sekian Terima Kasih….
Terimalah antara moment yang sempat di snap ini..








berapa kos sewa bot dan peralatan snokerling?
cantiknya…. rasa nak pergi juga kat sanaa
Seronoknya. Rindu nak menyelam..tengok hanak2 ikan…bestnya.. Ada ja lesen ni tapi kekangan masa dan duit je nak dapat travel cam FF ni haihs… jeles nya!
Tenangnya tengok kalau tengah stres dengan kerja elok juga datang sini boleh tenangkan diri.
Bestnya dapat pergi Snockling…
Tenang melihat keindahan kehidupan di dasar laut….
Oh My God ! Durian???? Killa ni hantu duriannn… bestnyaa bestnyaa bestnyaa !
Tempat macam ni memang jadi pilihan Mazni untuk bercuti
Suka duduk dengan family di tepi pantai
Lawa view kat sini
Terbaik untuk rehatkan fikiran
Pantai mana tak di pukul ombak
Hospital pantai
Jawapan bagi pantai mana tak di pukul ombak adalah Pantai dalam. ekekekekee