Home Indonesia Aceh Trip 5 Hari 4 Malam di Aceh dan Sabang Indonesia (Banda Aceh)

Trip 5 Hari 4 Malam di Aceh dan Sabang Indonesia (Banda Aceh)

6720
3

 

Aceh merupakan wilayah ke-7 di Republik Indonesia yang aku jejaki setakat ini. Terletak paling utara di Pulau Sumatera, Aceh merupakan titik bermulanya Republik Indonesia. Terlalu banyak sejarah Aceh untuk di ceritakan yang ramai orang tidak tahu.

 

Jika sebelum ini, Aceh bukan lah destinasi pilihan buat pelancong untuk berlibur. Malah masih ramai lagi yang tidak sedar akan kewujudan Aceh sebagai antara top destinasi di Indonesia. Namun segalanya telah berubah sejak peristiwa Tsunami pada tahun 2004. Peristiwa yang meragut ratusan ribu penduduk Aceh bagaikan kabus hitam yang tebal melanda Banda Aceh.

 

Mungkin itulah dugaan paling besar yang penduduk Aceh terpaksa hadapai. Bukan sahaja mereka malah kita juga terut merasai kesedihan yang di lalui mereka. Namun mereka bangkit dengan lebih tabah, membina semula tamadun mereka dengan cara sendiri. Itu lah sikap terpuji penduduk Aceh.

 

Muzium Tsunami Aceh

 

TRIP KEINSAFAN DI BUMI ACEH

 

Trip kali ini seakan trip keinsafan. Terasa sebak di dada tatkala aku mula melangkah masuk ke terowong Tsunami di Muzium Tsunami Aceh. Desiran ombak dan titisan air terasa bagaikan digulung Tusnami. Terasa kerdil nya diri ini lantas keinsafan mula menebal dalam diri. Semoga ianya kekal lah hendaknya.

 

Muzium Tsunami Aceh
Replika Masjid Baiturrahman ketika Tsunami melanda

 

MUZIUM TSUNAMI ACEH

 

Rasanya tak lengkap trip kami, jika tidak ke Muzium Tsunami. Banda Aceh cukup sinonim dengan Tsunami. Disinilah tersimpang segala memori mereka tentang peristiwa lalu. Jadi jika datang ke Aceh silalah ke sini ya. Mana tau dapat hidayah terus bila datang ke sini.

 

Di sini banyak tinggalan sejaran selepas Tsunami. Korang boleh tengok replika masjid-masjid yang terselamat. Ada juga naskah – naskah Al Quran yang tidak rosak. Dan ada juga pengangkutan yang dibawa ke muzium sabagai bahan pameran.

 

Muzium ini di bina pada tahun 2007 dan merupakan hasil dari arkitek Indonesia iaitu Ridwan Kamil. Muzium ini juga merupakan simbolik kepada gempa bumi di lautan hindi dan Tsunami satu ketika dulu. Designnya juga agak canggih dan unik. Bumbung muzium ini seakan gelombang ombak dan bahagian bawah pula seperti kapal yang sedang terapung untuk menyelamatkan diri jika berlaku nak Tsunami lagi.

 

Selain itu, Muzium ni bertujuaan sebagai tempat perlindungan kalau berlaku lagi. Sebab tu di tinggi dan kukuh macam tu.

 

View dari atas Kapal PLTD
PLTD Apung 1. Kapal ni yg di bawa ombak sehingga 5km

 

KAPAL PLTD APUNG

 

Mesti korang ingatkan kisah kapal besar yang di hanyutkan oleh ombak ni. Bayangkan kapal sebesar alam ni pun boleh hanyut sehingga 5 km kot. Jauh tu. habis di sapunya segala rumah-rumah kat situ. Di anggarkan berat kapal ni sekitar 2600 tan. Menurut kisah tourist guard tu dia cakap tak ada sorang pun yang selamat dari kapal tu.

 

Kapal PLTD seberat 2600 tan
Bahagian dalam kapal dah di convert menjadi bilik pameran

 

So for now kapal tu ada lagi tersadai kat tempat ia dihanyutkan. Dah jadi muzium dah pun. Dengar cerita Jakarta nak ambil balik kapal tu letak kat tempat asal tapi pihak Aceh tak bagi sebab nak di jadikan salah satu tarikan pelancong kat sana.

 

Masjid Raya Baiturrahman

 

KEMEGAHAN MASJID – MASJID DI ACEH

 

Sesuai dengan tagline Aceh “The Light of Aceh” kat sini memang banyak masjid cantik – cantik. Dah jadi satu tarikan jika datang ke Aceh kena melawat masjid kat sini. Antara yang paling menjadi tumpuan adalah Masjid Raya Baiturrahman.

 

Masjid ini di bina pada tahun 1612 dan merupakan sebuah masjid ikonik yang ada di Aceh. Di inspirasikan daripada bangunan Taj Mahal, masjid ini di bina oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang merupakan Sultan yang paling gah dalam kesultanan Aceh.

 

Macam Masjid Nabawi

 

Pada satu ketika dahulu masjid ini pernah di serang dan di bakar oleh pihak Belanda seterusnya menambahkan kemarahan penduduk Aceh. Namun begitu pada tahun 1877 pihak Belanda membina semula masjid ini setelah melihat kemarahan yang kian membara. Kira diorang tu pujuk balik lah. tau takuttt…Heheh. Masa tu zaman pemerintahan oleh Sultan Aceh yang terakhir iaitu Sultan Muhammad Daud Syah Johan.  Huh masuk bab sejarah pulak..

 

Semasa Tsunami pula, Masjid ini salah satunya bangunan yang tetap berdiri teguh sedangkan semua bangunan disekelilingnya rebah menyembah bumi. Dari segi sains mereka kata sebab bahan-bahan yang di gunakan untuk bina masjid ini bahan asal sebab tu kukuh. Tengoklah masjid ni pun di bina pada tahun 1612 lagi. Tapi tak tahu lah ini semua kuasa yang Maha Esa..

 

Masjid Rahmatullah. Masjid ni terletak kira-kira 300m dari laut
Bahagian dalam Masjid
Kerosakan akibat Tusnami dibiarkan
Coral-coral yang di hanyutkan oleh ombak pun masih dibiarkan di dalam masjid

 

Selain Masjid Raya Baiturrahman satu lagi masjid yang berdiri gah tatkala badai melanda adalah Masjid Rahmatullah yang terletak di Lampuuk.

 

Entah macam mana masjid ini boleh berdiri teguh walaupun hanya terletak beberapa meter sahaja dari laut. Hanya sebahagian kecil depan majsid je yang rosak. Dan kerosakan itu dibiarkan hingga sekarang sebagai bukti Masjid ini pernah di pukul ombak.

 

Boleh di katakan hampir 100% masjid yang aku jumpa kat sini semua cantik-cantik. Sesuai dengan jolokan Aceh sebagai Serambi Mekah.

 

Pantai Lampuuk
Kasi lompat satu kali.
Tepi pantai tu ada bukit. Sesuai untuk shooting

 

Dah habis pusing-pusing Masjid dan Muzium kami singgah nak tengok sunset di Pantai Lampuk. Serius weh pantai ni cantik sangat. Aku suka angin kat sini. Rasa macam segar jer. Pasir pulak memutih. Tepi dia ada gua yang boleh buat background ko jadi more awesome bila ambil gambar. Tapi sayang pantai ni macam tak terjaga. Ada juga resort aku nampak satu dua. Resort jenis melekat kat dinding bukit tu. Unik gila cuma maybe bila malam akan jadi sunyi sebab macam tak ada lampu jer. Mungkin sebab terletak di kawasan yang jauh kot.

 

Ni rumah yg melekat kat dinding bukit tu. Menarik tp scary pun ada
L-Pante Restoren

 

Setelah seharian berjalan-jalan kami layan sunset di L-Pante Restoren. Niat nak tengok sunset tapi cuaca pula jeles dengan memendungkan diri nya. So kami makan je lah bagi isi perut yang telah mula berkeroncong.

 

NA Coffee

 

Bila dah kenyang kami layan Coffee pulak. Sebab Indonesia merupakan salah satu negara pengeluar kopi yang terbesar. Nak juga rasa kopi Aceh ni macam mana kan. Kalau kat Bali kopi Luwak yang menjadi tarikan. Kat Aceh pun ada Coffee Sangge (betul tak tahu eja macam ni). Rasa macam teh tarik tapi ada rasa kopi. Eh susah nak describe lah. Korang kena try sendiri.

 

Akhirnya aktiviti kami berakhir hampir jam 11 malam. Fuhhh perempuan!!! penat gila. Tapi banyak dapat gambar cantik2 dan info yang menarik. Kami check in dia Hotel Hermas Palace. 5 star hotel tau. Jangan main-main.

 

SUMMARY

 

Tempat Menarik

  • Museum Tsunami Aceh
  • Kapal PLTD Apung
  • Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh
  • Masjid Rahmatullah yang terletak di Lampuuk.
  • Pantai Lampuk

Tempat Makan dan Minum

  • Solong Coffee
  • Syiah Kuala Resto (Tradisional Food)
  • L – Pante Restaurant (Indonesia Food)
  • NA Coffee

Hotel dan Tempat Tinggal

  • Hermes Palace Hotel (5*)

 

Thanks kepada Wonderful Indonesia dan juga Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur untuk trip yang sangat menarik ini. Nanti ajak lagi yuk. Teringin nak ke Raya Ampat pulak… Untuk next story nanti aku cerita tentang Sabang dan Pulau Aceh pulak. Ni lagi gempak weh. Korang wajib baca nanti.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here