Home TRAVEL Backpacker KEMBARA ITALI MILAN 3 HARI 2 MALAM

KEMBARA ITALI MILAN 3 HARI 2 MALAM

12603
7
4 Hari di Milan Itali | Backpacking ke Eropah 38 Hari

 

KEMBARA EROPAH MILAN, ITALI | TIP & ITINERARY. Dari Budapest aku fly ke Milan. Aku pun dah tak ingat dah hari ke berapa aku kat Milan. Dah lama sangat rasanya aku membawa diri ni haaa. Tetiba rindu nak balik Malaysia pulak padahal masih banyak lagi pit stop aku lepas Milan ni. Aku kat Milan 4 hari jer tolak hari travel jadi lah dalam 3 hari setengah. Ok lah tu kan setakat nak round city jer. Kalau nak explore Milan betul – betul mau seminggu jugaklah baru habis satu Milan.

 

Bila dah masuk ke Italy ni aku dah lega sikit sebab cuaca kat Itali ni dah kurang sejuk dah jika nak banding dengan Hungary dan Czech Republic. Boleh trauma aku nak travel musim sejuk lagi sejak singgah di Budapest. Seluruh Budapest Freezing kot…tu pun belum ada snow lagi dah sejuk gila..

 

Kat Milan ni suhu dalam 1 – 8 darjah. Masih sejuk tapi boleh tahan lagi lah sejuknya.  Tapi still  nak kena pakai tebal tebal gak. Aku bertolak dari Budapest dalam petang kot. Sampai Milan dalam jam 10 malam gitu. Dari Airport aku amik train ke Milan lebih kurang 45 minit gak. Macam KLIA ke KL.

 

Sampai Milan aku terus check in Hotel sebab dah lewat dah bagi aku. Nak cari Hotel yg aku dah book siap2 tu pun dah satu hal. Malm2 ni susah sikti nak cari tp jumpalah jugak nasib baik dekat jer dgn stesen. 

 

Dah setel check in tu aku dah tak larat dan nak keluar walaupun baru jam 11 malam. Bila cuaca sejuk ni ko tau cuma nak duk dalam selimut ja. Nak keluar ke toilet pun rasa malas dah.

 

Piazza del Duomo, Mila

 

Hari kedua aku jalan2 ke sekitar bandar jer. tempat pertama Milan Cathedral. Gereja ni merupakan antara gereja yg terbesar di Eropah. Dah berusia lebih dari 500 tahun tuuu dan mampu menampung lebih kurang 40,000 orang dalam satu satu masa. Kira tempat ni kalau datang Milan tempat wajib singgah lah. Selain tempat ni aku rasa wajib datang adalah Stadium San Siro. Hahah. Lain lain i no have ideal. 

 

Berhampiran dengan gereja ni ada kedai Malaysia. Tapi masa aku gi tutup lah pulak. Makan nasi arab jerlah aku kat Milan…

 

Secara jujur aku memang tak suka sangat Milan ni. Sebab Milan ni kalau korang nak datang shopping boleh lah. Aku teringat cerita yg Erra Fazira dan Ummi Aida berlakon tu. Shopaholic rasanya tajuk dia. Depa shopping kat Milan mcm seronok ja. Tapi kalau datang shopping memang lah seronok. Kalau datang backpack macam aku ni? Duk melangut je lah…

 

Plan asal aku nak ke Italian Apls atau Lake Como. Jauh sikit lah 3 hari tak cukup. kalau nak gi italian alps tu memang kena overnite kat sana ataupun kena datang dari Switzerland dekat sikit. Kalau Lake Como lak dalam 3 jam dari Milan..Nak pergi boleh jer. 

 

Piazza del Duomo, Mila

 

Hari ketiga aku kat Milan pulak memang menyedihkan…Bangun pagi2 tetiba tengkuk sakit pulak. Tak leh nak toleh kiri kanan dan Kepala jadi teleng ke kiri. Sakit woo…Masa tu aku dah panic dah tak tahu nak wak apa. Terfikir journey lepas ni masih lagi panjang pulak. Nak pikul begpack berat lagi. Ahh jem dahhhh..Tanya member2 depa kata salah bantal. apa pulak bantal yg salah. Dia tak buat apa pun kat aku. Haha padahal salah posisi tidur. 

 

Mandi2 tahan sikit lah sakit tu. Masu tu aku dah belajar kalau aku manja kan diri memang tak kemana lah aku. I need to be strong hokey. Lepas mandi aku sapu cream Cosmoderm dulu. Bolehlah tahan sikit. Siap2 keluar ke Farmasi beli ubat dan pelekat tu dan singgah makan dulu. Mula2 nak gi San Siro tapi tak tahan weh sakit. So aku amik keputusan balik hotel ja. Telah ubat tampal pelekat tu then tido. malam jaga dah tak leh tido dah. Sakit tu kurang sikit.  Boleh lah keluar tgk Milan waktu tgh malam. Tak dak apa pun…. biasa jaaa…

 

Dah habis makan aku balik hotel dan tidur..Pagi-pagi tu aku siap2 utk ke Monaco…Naik train ja…Train 7 pagi…Dari situ tamatlah kisah aku di Milan..Hahaha x byk tempat aku pergi kat Milan….Sambung dekat Monaco dan Nice….

 

 

SUMMARY ITINERARY 4 HARI DI MILAN ITALI

DAY 1

  • Arrived at 9.30pm
  • Dinner at airport €7
  • Train to Milan €13 (trenitalia)
  • Subway to hotel €1.5

DAY 2

  • Breakfast
  • Milan Cathedral
  • Sforza Castle
  • Lunch €7
  • San Siro Stadium
  • Navigli
  • Balik Hotel
  • Rest

DAY 3

  • Stay dalam bilik je sb salah tdo smlm. Leher sakit. Gi farmasi beli ubat then tido
  • Lunch €7
  • Malam baru keluar gi makan spegeti €28
  • Jalan2 sekitar city
  • Balik n rest

DAY 4

  • Naik train ke Monaco
  • Souvenir €10
  • Breakfast atas train €10
  • Train to Monaco

TIP 4D3N di Milan Itali

  • Temperature 1-8 darjah
  • Currency Euro
  • Language Itali/English
  • Kat milan cathedral tu byk immigrants mcm kat paris gak duk jual brg2 kdg2 serabut kpla. Klau ada yg ofer bg mknan burung dan nk tlg amikkan pic baik jgn lyn. Sb after that dia akan mtk byran. €5 pulak tu. Baik aku wak mkn. Knyanglah jugak.
  • Kat area milan cathedral tu ada satu kedai malaysia tp smlm tutup pulak.

 

Wizz Air! First time fly dengan Wizz Air ni. Aku pun baru tau wujudnya Airline ni
Train dari Milan Airport ke Milan City
Dah alang alang kat Italy kenalah cuba spegeti kat sini. Rasa dia..ermmm sedap lagi yg kat KL..haha
Sforza Castle. Geng yg jual monopod, gelang tu ramai gila kat sini. Aku nak bergambar pon hilang mood
Sforza Castle
Milan Cathedral. Tempat ni yg banyak burung tu. Selalu aku tgk dalam TV
Ray Ban. Tak masuk pun
Ni geng2 yg jual dan bagi makanan burung ramai kat sini. Dah bagi pastu mitak duit pulak. Stress aku.
Milan Cathedral
Sforza Castle
Piazza del Duomo, Mila
Sforza Castle
Navigli. malam2 sini cantik. Macam Venice dah
Navigli
Navigli
Navigli
Navigli
Basilica of Sant’Ambrogio
Basilica of Sant’Ambrogio
Basilica of Sant’Ambrogio

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Milan ni. tapi aku tak sempat pulak nak jelajah semua maklumlah kepala teleng satu hari.  So ni aku bagi list mana tau korang datang sini nak jelajah semua ker.

Tempat Manarik di Milan Itali

  • Milan Cathedral
  • Sforza Castle
  • Brera (district of Milan)
  • Galleria Vittorio Emanuele II
  • Pinacoteca di Brera
  • Santa Maria Delle Grazie
  • Basilica of Sant’Ambrogio
  • Piazza del Duomo, Mila
  • Parco Sempione
  • San Siro Stadium
  • Cimitero Monumentale di Milano
  • San Maurizio al Monastero Maggiore
  • Royal Palace of Milan
  • Lake Como

Till Then..See u in Nice, France & Monaco….

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here