Bagaimana Lelaki Ini Dapatkan Tiket MAS Dengan RM304.90 Dari Kuala Lumpur ke London (LHR). Tajuk ala-ala The Vocket sangat kan? Tahun lepas aku ada plan untuk Kembara Solo ke Eropah. Lebh kurang 40 hari sendirian. Segala laluan dan bajet half sponsor half sendiran berhad. Tentang destinasi banyak kali juga berubah sebab nak match dengan setiap penerbangan domestik kat sana nanti.
Segala jenis tip dan catatan selama 40 hari boleh baca di Catatan dan Tip Kembara Solo Ke Eropah (40 Hari 11 Negara).
Untuk entri kali ni aku nak story sikit tentang harga tiket dari KL ke London yang bagi aku sendiri pun agak tidak masuk akal. Aku nak percaya pun susah jugak tapi ia nya tidak mustahil. Orang kata rezeki takkan salah alamat kan.
Dah elok2 plan destinasi semua, bajet dan buat draft dah, tinggal masa utk purchase tiket flight jer. Tiba-tiba Allah permudahkan jalan untuk aku mengembara kali ni. Tgh survey tiket ada pula seorang rakan facebook update tentang harga tiket one way dari KL ke L0ndon hanya RM304 sahaja. Memang aku pun cari tiket one way jer sbab nak keluar dari Paris nanti.
Masa tu aku kat sabah busy untuk masjlis pertunangan aku dalam beberapa hari lagi. Tengah2 breakfast layan facebook ternampak perkongsian dari kawan-kawan. So apa lagi aku terus buka MAS website. Dan memang betul harga RM304.90 jer. Banyak kali jugak aku refresh sebab tak caya kan. Tapi memang betul lah. Buka wallet kuarkan kad terus beli. tak fikir panjang dah. Ni jalan yang Allah bagi untuk aku kembara nanti.
Dah setel aku dah lega sikit. Sekurang-kurangnya first step kembara aku ke eropah dah terlaksana. Nak kena fikir next setep pulak.
Lepas aku beli tiket tu ada juga aku shared kat FB ramai juga yang dapat tiket dengan harga tu. Katanya masa tu mana web MAS ada masalah teknikal sebab tu jadi macam tu dengan harga. Then ada yang kata MAS memanga da buat promosi. Harag tu available dalam beberapa jam jer.
3 KEMUNGKINAN HARGA JADI MACAM TU
- Memang MAS ada buat Promo
- Laman web MAS ada masalah teknikal
- Dengan niat utk kembara melihat kekuasaan Allah, Segala jalan di permudahkan
Tapi tak kisahlah rezeki kan. Trip ni pun dah habis dah pun. Cuma itulah bertuah dapat tiket dengan harga tu. Bagi pengembara macam aku ni one way pun tak kisah lah. Cuma kalau korang nak beli return harag dari RM304 tu akan jadi normal balik sebab tiket balik pun mahal.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan “berjalanlah” atau “mengembaralah” di muka bumi.
Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.
Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.
Dengan niat yang betul InshaAllah di permudahkan segala perjalanan nanti. Tak semestinya travel perlu menelan kos yang tinggi. Tuhan tak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang yang ada banyak duit.
Jadi merancanglah dengan niat yang baik….
seronok dapat tiket murah, tapi IQ tak berani lah nak pergi tempat orang sorang2. risau sesat
Siapakah lelaki itu?haha
untung gile dapat harga murah.. rezeki…rezeki..
murah gak tiket tu. wuuuu biasanya 1999 paling murah.
Tajuk tu mmg buat nak tau sape lelaki itu. Hahaha..