Musim Bunga di Hokkaido Jepun #MisiMencariSakura. Hokkaido merupakan sebuah pulau yang terletak di bahagian utara Jepun. Dan Sapporo pula merupakan bandar terbesar di Pulau Hokkaido. Kalau fly dari Malaysia satu-satunya flight akan ke Chitose Sapporo.
Istimewanya Pulau Hokkaido ni musimnya bermula agak lambat. Jika korang terlepas peluang nak tengok sakura di Tokyo atau mana-mana part of jepun, Korang boleh cuba ke Hokkaido. Sebab kat sini masih lagi musim bunga.
BILA WAKTU SESUAI KE HOKKAIDO?
Aku tau ramai juga yang target nak ke Sapporo atau Hokkaido ni kan selain Tokyo. Waktu yang sesuai untuk ke Sapporo atau Hokkaido adalah pada musim Bunga (Spring) dan juga pada musim sejuk (Winter). Musim bunga di Hokkaido bermula pertengahan pada bulan April dan minggu kedua pada bulan Mei. Manakala bagi musim sejuk bermula pada lewat december sehingga awal februari.
Bagi korang yang nak ke Hokkaido pada musim sejuk aku sarankan bawak baju tebal sikit sebab musim sejuk di sini antara yang paling sejuk di Jepun. Salji pula agak tebal dan lebat. Tapi bestnya kat sini tiap tahu ada festival snow. Banyak pelancong akan ke Hokkaido untuk bermain ski. Kira musim sejuk ni antara musim yang agak padat di Jepun.
Untuk musim bunga pula. Suhu sekitar 8 hingga 22 darjah. Waktu siang tu kalau nak pakai tshirt masih boleh tapi bila waktu malam sejuk dia boleh tahan. Tapi tak perlulah pakau sweater yang tebal sangat. Light light pun ok dah.
Planning untuk #misimencarisakura ni aku plan sejak tahun 2015 lagi. Kira dah 2 tahun aku plan baru dapat merasa. Pada tahun 2015 aku dah ke jepun pada bulan Mei tapi aku ke Tokyo. So masa tu tokyo dah habis musim bunga. Aku hanya boleh tengok susasa spserti putrajaya jelah. Hehhe. Kira aku salah tempat ni. Terus misi FAILED utk tahun 2015. Kali ini Persiapan ke Jepun aku buat last minit jer. Sebab busy sikit.
Tak kisah lah aku plan 2016 tapi bukan ke Jepun. Plan 2016 ke Australia dan New Zealand utk misi Autumn.
Akhirnya tahun 2017 aku dapat juga menjejaki sakura di bumi Hokkaido. Aku gi awal Mei dalam beberarapa hari je. Fly dari KL ke Bangkok dan terus ke Sapporo. Untuk itinerary dan tempat-tempat menarik secara detail aku akan shared di next entri. So hari ni aku shared gambar-gambar sakura jer.
Meh layanzz…


Ok dah tengok dah. Inilah rupanya bunga sakura yang popular tu. Biasa tengok dalam gambar jer. Ni tengok live. Puas hati. So korang yang teringin nak tengok sakura tu boleh lah start plan. Tak semua musim boleh tengok ya. Aku pun amik masa 2 tahun planning nak gi tengok sakura ni.
So Jepun ni terlalu banyak tarikan sebenarnya. Bukan setakat sakura jer. Banyk lagi yang korang boleh tengok jika datang ke Jepun ni. Korang boleh cari #DiscoveryJapan untuk melihat apa yang ada di bumi matahari terbit ni.
Hari tu masa musim kering melampau di malaysia
Baru bunga sakura keluar dengan jayanya di kedah
In shaa Allah.. Mohon pada Maha Esa utk sampaikan aku di negara matahari terbit nie.. Nak tengok negara org..
wah menarik.. nak kesana kena tunggu anak2 besar barulah honeymoon.anyway..lawanya nya bunga
wah menarik.. nak kesana kena tunggu anak2 besar barulah honeymoon.
perrgh terbaik lah … kalau ada lagu winter sonata sekali tuh.. haha.. itu korealah..
lama gila tak pegi jepun.
rindu gak dengan bunga sakura tu weh.
Cantiknya subhanallahhhh,bila nak nk dpt pluang jalan2 camni huhuuu
Bunga biru tu rasanya lavender kan?
Sama macam kat cameron highland
Mungkin spesis lain
bestnya dapat tengok sakura live! sakura berbunga wangi tak?
Cantiknya Sakura! Puashati kan dapat tengok depan mata.