KEMBARA SEPANYOL BARCELONA 4 HARI 3 MALAM. Episode kali ni dah mula ke selatan eropah. Barcelona merupakan bandar terbesar di Sepanyol. Masa buat itinerary ni aku agak excited nak ke Barcelona. Dalam kepala otak aku dah terbayang building yang agak cantik macam dalam tv tu.
Aku kat Barcelona dalam 4 hari je. Start sini aku dah macam flat dah. Al maklum lah dah hari ke 30 dah aku kat eropah ni. Tenaga tu dah tinggal hujung hujung ja. Tapi tetap juga teruskan sebabnya dah alang alang datang tak kan nak lepak hotel jer. Ish rugi. So itinerary aku kat Barcelona agak releks sikit. Just main pusing pusing dalam bandar sahaja. malas nak gi jauh jauh pun. Lagi satu dalam bandar barcelona pun banyak jer tempat cantik cantik.
Kalau nak pusing satu Barcelona aku rasa x cukup masa 4 hari tu. Jadi aku pergi yang mana sempat jer. Kat sini cuca dah panas dah. Sekitar 10 ke 14 darjah. Nak pakai t shirt tu masih lagi tak boleh tapi agak selesa nak jalan jalan.
Dari segi kebersihan bandar barcelona ni aku bagi gred C jer. Hahah serius sepanyol ni agak kotor sebenarnya. Tak macam negara central eropah. Public transport macam biasa train dan bas. Kalau beli tiket public transport tu aku beli yang 24 jam punya tiket. Lagi jimat dari beli satu satu. Nak naik tanpa tiket tu tak der peluang kalau train. tapi kalau bas tu boleh lah. Hahaha tapi kalau kantoi tanggung sendiri. Jangan kata ku lak yg ajar.
Aku kat Barcelona kena pada hari weekend. So untuk hari kedua tu memang banyak kedai tutup. Jalan pun sunyi jer. tak syok pulak nak ronda ronda.
Tak der peristiwa menarik yg berlaku di sini so tak banyak nak di ceritakan. pada pendapat akulah aku tak beran anak suka Barcelona…Sebab keadaan sini agak berdebu dan kotor. Balik dari Barcelona aku terus demam sebab aku ni alahan sikit dengan habuk….
Ni aku shared summary aku kat Barcelona
DAY 1
- Sampai airport 7pm
- Dinner €7
- Naik bas ke Espanya €5.9 malam meriah
- Magic Fountain of Montjuic
- Terserempak dgn group makcik2 dari perancis. Sebijik mcm rombongan cik kiah. Penuh geng dia saje kat stesen train tu.
- Beli tiket train 10 Journey €10
- Naik Train ke Hostel dari Espanya €2.5
DAY 2
- La Rambla (tempat souvenir)
- La Boqueria (Local Market. Byk jual buah2 dan makanan basah. Cokelat pun ada)
- Beli strawberry €4 (Banyak, Murah, Besar dan Manis)
- Beli makan goreng2 seafood €6
- Naik bas 59 ke Barcelonita Beach
- HRC RM216
DAY 3
- Brunch €3 (roti)
- Guell Park (biasa je)
- Nou Camp
- Souvenir kat Nou Camp €7
- Casa Mila
- Barri Gothic
- La Sadgrada Familia
- Mirador de colom
- Dinner (Bombay Spicy) €12
DAY 4
- Lunch kat Bali Restaurant €13
- Souvenir kat La Rambla €10
- Ke Airport
TOTAL SPEND
- Transport = €20
- Meals = €30
- Hotel = €96
- Souvenir = €17
- HRC = €45
INFO
- Currency: €
- Suhu: 10 – 15 darjah
- Transport: train dan bad
- Language: Spanish
- Bandar org tua
- Hari ahad banyak kedai tutup.
- Kedai Makan Halal – Bali Restaurant (Dekat Stesen Lesseps)
Dah habis jalan jalan di sekitar barcelona. Satu je aku tak berapa suka tentang Barcelona cuaca dia macam kekuningan. Maybe sebab dekat dengan utara afrika kot. Pastu aku rasa macam suram je cuaca dia. Tak tahu lah memang barcelona sentiasa macam tu atau sebab aku tak berapa sihat semasa aku di sana. Tempat menarik pun tak banyak kalau ada pun kena pergi jauh sikit. Lagi satu kat sini agak berdebu sikit. Aku bab habuk ni alahan sangat.
Anyway satu pengalaman yang awesome jugak. Nak repeat? erkkk no thanks kot. Cukuplah sekali. Not my favourite city sepanjang aku di Eropah. Ok lah jom layan gambar-gambar sepanjang aku kat Barcelona pulak…
Ok itu je lah….Bye…Jumpa di Madrid, Spain….
Sangat teliti… boleh dijadikan rujukan untuk ke trip next year ni.. Terima kasih tuan..
Macam mana tuan boleh ingat semua petbelanjaan tu ya
.
Mesti simpan semua resit ?
.
Detail benar semuanya
saya catat semua dah fon..hehehe
Bestnya.. Sampai 30 hari duduk dekat Eropah… Dah macam dekat negara sendiri pulak Eropah tu yer.. 😉
best jugak…rasa mcm x nak balik malaysia pun ada