
Persiapan PyeongChang untuk Winter Olympic 2018. Baru-baru ni aku dan beberapa lagi rakan media dari Malaysia dengan tajaan dari Korea Tourism Organization (KTO) telah ke PyeongChang untuk site visit dan test event sempena Winter Olympic PyeongChang 2018. Kami di sana selama 6 hari bertujuaan untuk merasa sendiri pengalaman PyeongChang selaku tuan rumah dalam mempersiapkan tempat-tempat dan segala kemudahan sepanjang Olympic 2018 nanti.
Korea Selatan merupakan Negara ke 2 selepas Jepun sebagai tuan rumah winter olympic di rantau asia. Dan PyeongChang pula bandar ketiga selepas Sapporo Japan (1972), dan Nagano Japan (1998). Untuk rekod bidaan PyeongChang menangi bidaan ke-3 selepas 2 kali tewas kepada Vancouver di Kanada dan Sochi di Rusia. Nampak tak kegigihan Korea Selatan untuk menganjurkan sukan olimpik musim sejuk kali ini. Sebab tu persiapan untuk PyeongChang kali ini di mesti sempurna.
Aku difahamkan persiapan untuk sukan olimpik musim sejuk kali ni bermula sejak 10 tahun yang lepas lagi. Lama gila kot persiapan kali ini bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
Untuk Site Visit sempena Persiapan PyeongChang untuk Winter Olympic 2018, kami dihidangkan dengan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan suasana persiapan dan merasai sendiri pengalaman winter olympic kali ini.
Untuk tempat-tempat yang terlibat dealam sukan kali ini merangkumi Wilayah Gangwon dan bandar bandar yang terlibat pula ialah PyeongChang, Gangneung, Jeongseon.
XXIII Olympic Winter Games akan berlansung selama 17 hari bermula 9 hingga 25 February 2018 di PyeongChang, Wilayah Gangwon, Korea Selatan. Pyeongchang memenangi bidaan dengan udian majoriti sebanyak 63 daripada 95 undian. Sukan Olimpik ini juga merupakan kali kedua diadakan di Korea selepas 30 tahun yang lepas yang berlansung di Seoul pada tahun 1988. bandar Pyeongchang akan menjadi tempat untuk pembukaan dan penutup winter olympic kali ini. Manakala Alpine speed events akan di adakan di bandar Jeongseon, dan kesemua sukan melibatkan ice sports akan diadakan di bandar Gangneung.
New Horizon pula menjadi Visi untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 yang bermaksud generasi muda yang baru datang berkumpul di pentas besar di Asia untuk membuka horizon baharu dalam Sukan Musim Sejuk dan mencipta warisan baru yang mampan untuk wilayah Gangwon dan Republik Korea.
Passion, Connected
Passion adalah simbol semangat yang Pyeongchang 2018 melancarkan era baru untuk festivity dan hospitaliti. Manakala Connected pula bermaksud budaya tradisional dan moden Korea dihubungkan dengan teknologi canggih yang merentasi generasi.
Logo
Logo tersebut melambangkan dunia adalah untuk semua. Ianya menggabungkan imej ais dan salji, ahli sukan terkemuka sukan musim sejuk dan penduduk dari serata dunia datang ke Pyeongchang untuk menikmati keagungan sukan musim sejuk ini.
Lokasi-lokasi berlansungnya Winter Olympic 2018
PYEONGCHANG OLYMPIC STADIUM
Seperti yang aku dah membebel kat atas tu lokasi sukan olimpik kali ni melibatkan 3 bandar. Bandar pertama ialah PyeongChang. Di PyeongChang akan berlansungnya acara pembukaan dan penutup sukan olimpik dan juga paralimpik 2018 yang akan di adakan di PyeongChang Olympic Stadium. Stadium ni boleh memuatkan lebih kurang 35,000 penonton dalam satu satu masa dan stadium ni juga mempunyai 7 tingkat termasuk 1 tingkat bawah tanah.
ALPENSIA SPORTS PARK
- Alpensia Biathlon Centre
Alpensia Biathlon Centre dibina pada November 2007 untuk fasa pertama dan fasa kedua di bina pada April 2015 hingga Desember 2017. Ini bermakna tempat ni masihbelum siap sepenuhnya. Masa aku pergi hari tu tempat ni dah dalam 90% siap dah. Dan test event pun dah berlansung di sini. Serius tempat ni cantik gila. Kat sini akan berlangsungnya sukan Biathlon melibatkan 11 event.
- Alpensia Ski Jumping Centre
Alpensia Ski Jumping Centre juga sama seperti Alpensia Biathlon Centre. Masih lagi dalam proses. Juga di bina pada November 2007 dan dijangka siap sepenuhnya padah Desember 2017. Tempat ni boleh memuatkan seramai 13,500 penonton. Sukan yang akan di adakan di sini adalah Ski Jumping LH (125m), NH (98m). Antara banyakbanyak sukan, jumping ski ni paling mencabar bagi aku. Tengok pun dah seram. Tinggi kot. Pada tahun 2009 dan 2011 kat sini berlangsungnya FIS Ski jumping Continental Cup. Alpensia Ski Jumping juga merupakan simbol kepada 2018 PyeongChang Winter Olympic. Terlepak di Alpensia Resort pada mulanya ianya dirancang untuk majlis pembukaan dan penutup 2018 PyeongChang Winter Olympic tapi atas sebab sebab tertentu tempatni hanya dijadikan tempat ski jumoing sahaja.
- Alpensia Cross-Country Centre
Dibina pada tahun 1998. fasa pertama bermula pada Jun 2009 dan fasa kedua pada April 2015 dijangka siap sepenuhnya pada Desember 2017. Boleh memuatkan seramai 7,500 dan akan melibatkan 12 acara.
- Alpensia Sliding Centre
tempat ni baru dibina pada tahun 2013 dan dijangka siap pada desember 2017. Melibatkan 3 jenis sukan iaitu Luge (4), Bobsleigh (3) dan Skeleton (2). Bolehmemuatkan seramai 7,000 penonton dalam satu satu masa.

YONGPYONG ALPINE CENTRE
Dibina pada tahun 1998 dan pembinaan di teruskan sempena winter olimpik pada tahun 2016. Boleh memuatkan seramai 6,000 penonton dan meibatkan 5 acara. Tempat ni agak popular disebabkan menjadi tempat shooting beberapa drama korea yang meletop seperti Winter Sonata dan juga Goblin. Selain itu tempat ini juga menjadi lokasi berlansungnya FIS Alpine Skiing World Cup pada tahun 1998, 2000, 2003, FIS Alpine Skiing Continental Cup 1999, Winter Asian Cup 1999, IPC Alpine Skiing Asian Cup 2006 dan 2016, IPC Snowboard Asian Cup.
JEONGSEON ALPINE CENTRE
Tempat ni kira masih baru lagi rasanya sebab baru dibina pada Mac 2014. Boleh memuatkan seramai 6,000 penonton dan melibatkan 6 acara sukan Alpine Skiing.

PHOENIX SNOW PARK
Bokwang Snow Park atau Phoenix Snow Park ni aku rasa antara tempat paling besar untuk Winter Olympic kali ni. Boleh memuatkan seramai 18,000 penonton dan dbina pada tahun 1995. Namun pembinaan Phoenix Snow Park di teruskan untuk fasa kedua sempena Winter Olympic pada Mac 2015. Kat sini akan berlangsungnya 10 acara Freestyle Skiing dan 8 acara Snowboard.
Untuk test event hari tu aku sempatlah tengok event FIS Snowboard World Cup 2016/17. Bagi korang yang nak main ski kat sini juga boleh stay di Phoenix Ski Resort.
GANGNEUNG OLYMPIC PARK
- Gangneung Hockey Centre
Construction Period: March 2014 ~ January 2017. Melibatkan 2 acara Ice Hokey. Boleh memuatkan seramai 10,000 penonton.
- Gangneung Oval
- Gangneung Ice Arena
- Gangneung Curling Centre
- Kwandong Hockey Centre















Persiapan 10 tahun untuk acara 17 hari. Banyak duit invested tu. Kalaulah mampu pergi dari segi masa seronok dapat pergi ke Yongpyong tu. Cantik betul time winter kat sana.
negara2 yang jd host sukan gini mesti ada tarikan perlancongan yang menarik
info yang menarik.. terima kasih.
pergh, best giler dapat pengalaman buat site visit untuk persiapan winter Olympic 2018!
10 tahun tu nak prepare semua! salut!
Bestnya..
Tiba-tiba teringat filem “Eddie The Eagle”
Seorang pemuda yang begitu gigih nak masuk bertanding di sukan Olympic untuk acara luncur papan salji..