Home General Advertorial & Contest Menunggang MAD Scooter Velocifero di Port Dickson N. Sembilan

Menunggang MAD Scooter Velocifero di Port Dickson N. Sembilan

3990
3

 

Menunggang MAD Scooter Velocifero di Port Dickson N. Sembilan. Weekend yang lepas aku sempat habiskan masa selama 2 hari di Port Dickson. Sebuah tempat yang agak popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara untuk menghabiskan masa hujung minngu bersama keluarga. Selain mempunyai pantai yang cantik dan pemandangan matahari terbenam yang sangat awesome, Port Dickson juga merupakan syurga makanan untuk mereka yang sukakan makanan malaysia yang sedap. Kadang-kadang aku sanggup drive dari Kuala Lumpur ke Port Dickson semata mata nak makan kat sini.

 

Sempena dengan review MAD Scooter Velocifero atau test drive maybe, aku dan beberapa lagi rakan blogger di beri peluang oleh pihak syarikat Maison Moments Snd Bhd dan juga Cervello team untuk mencuba skuter elektrik pelbagai guna selama dua hari. Sudah semestinya peluang ini di gunakan dengan sebaik mungkin untuk merasai sendiri pengalaman menunggang skuter elektrik terbaru di Malaysia ni.

 

Secara jujur aku sangat enjoy dengan program yang di anjurkan selama dua hari ni. Program ini mampu mengisi masa weekend aku dengan penuh aktiviti yang berfaedah di samping dapat kenalan baru.

 

 

Ok bagi mereka yang ternya-tanya apa benda Scooter Velocifero ni meh sini aku explain sikit apa benda eh jang. Velocifero ni merupakan jenama automobile bagi mereka yang sukakan sport. MAD Velocifero ni pula merupakan skuter elektrik yang berasal dari Italy. Di design oleh designer yang agak popular iaitu Alessandro Tartarini. Kenal ker? Ok jujur aku pun baru je dengar nama dia ni. Hik hik hik….MAD Velocifero ni juga merupakan skuter jenis compact dengan high performance sesuai untuk travel dan lifestyle. Boleh juga di bawa di atas jalan raya.

 

Ramai juga yang tanya boleh ke naik benda ni di atas jalan raya? Kena ada lesen ker?

 

Ok aku pun tertanya-tanya jugak. Menurut daripada team mereka sendiri, MAD Scooter Velocifero tak perlukan lesen pun nak tunggang benda ni. Dan korang boleh jer naik kat atas jalan raya. Cuma hati-hati lah sikit. Lagipun orang mesti akan pandang je bila korang naik benda ni. Aku dah merasai dah. MAD Scooter Velocifero ni tak perlukan lesen sebab mengikut undang undang JPJ Malaysia kenderaan di bawah 50KM/jam tak dikenakan lesen. had laju maksimum MAD Scooter Velocifero ni pun hanya 49KM/Hour jer…

 

Selama dua hari aku di PD, aku stay di Eagle Ranch Resort & Spa. Sebuah resort di Pasir Panjang yang agak menarik dan berpatutan. Dari segi persekitaran dan design resort aku memang suka. Berkonsepkan cowboy, resort ni pastiknya akan menarik minat korang untuk stay di sini. Selain itu, Eagle Ranch Resort & Spa juga menyediakan tempat untuk team building. Bagi mereka yang ingin anjurkan team building boleh lah buat kat sini. Dan yang penting kat resort ni juga ada menyediakan khidmat MAD Scooter Velocifero kalau kalau korang nak cuba lah. Bagi aku kalau korang stay sini wajib try kot sebab kat sini juga ada sediakan trak yang mencabar untuk menunggang MAD Scooter ni.

 

 

Selain di Eagle Ranch Resort & Spa, Korang yang stay di Thistle Port Dickson. Disini pun boleh cuba MAD Scooter ni. Track tak mencabar tapi sekadar nak pusing-pusing kat sekitar resort petang-petang dan cukup kot. Ambil angin orang kata.

 

Sebelum pulang ke KL kami sempat singgah di PD Ostrich Show Farm. Tempat ni terbahagi kepada 15 bahagian kalau tak silap aku lah. Ada macam-macam binatang dalam ni. taman dinasour pun ada hokey. Sesuai nak bawak anak anak. Selain Taman Dinasour, kat sini juga ada taman burung unta, taman kucing, taman anjing, merak dan macam macam lagi. Paling menjadi tarikan kat sini adalah burung unta. Kalau korang masih ingat lagi Burung Unta yang kat federal Highway tu kat sini ada adik beradik dia. Lagi satu kat sini ada burung unta nama dia Puteri apa tah sangat jinak. Nak selfie dan peluk peluk pun boleh. paling aku suka kat sini taman anjing. banyak baka yang cantik cantik. Geram je nak peluk.

 

Owh lupa kat PD Ostrich Show Farm pun boleh kalau nak cuba MAD Scooter Velocifero. Track di paling mencabar dari dua resort sebelum ni.

 

Berbalik kepada MAD Scooter Velocifero. Terdapat 4 jenis spesifikasi MAD Scooter ni. Terpulang lah korang nak pilih yang mana.

 

SPECIFICATION MAD SCOOTER VELOCIFERO

 

Anyway sepanjang 2 hari aku kat PD memang best. Kalau ada duit lebih nak juga aku angkut sebijik. Hantar kat kampung untuk bawak gi pasar ker. Bawak jalan jalan petang petang ker. Memang sesuai. Paling best scooter ni boleh di lipat kalau nak masukkan dalam bonet kereta. Sudah pasti juga di lengkapi ciri ciri keselaman spserti break depan dan belakang, Lampu pun ada. So tak payah risau tentang ciri ciri keselamatan.

 

Terima kasih aku panjatkan kepada team Cervello dan Maison Moments Snd Bhd untuk penganjuran program ini. Semua aktiviti yang disediakan sangat seronok. Baru aku tahu aku ni tak reti buat origami sebenarnya. Haha… Terselit pulak aktiviti explorace + origami kat Eagle Ranch tu. Namun aku tetap seronok. Mungkin lepas ni program ini akan di adakan di resort resort di Melaka pula….

 

Team Cervello sedang bagi sedikit penerangan tentang MAD Scooter ni
We are ready to ride
Me and my new toy. Hhehe


PD Ostrich Show Farm
bagi makan burung unta. Kena pegang kuat kuat rumput tu sebab burung tu akan tarik dgn kuat.
Lari bersama burung unta.
PD Ostrich Show Farm
Taman Dinosour
Burung Unta ni nama princess. Sangat jinak
Comel je kan kambing ni minum susu

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge